Jumaat, 25 Oktober 2013

MUTIARA KATA UNTUK MU

MUTIARA KATA UNTUK MU

1) Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

2) Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

3) Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

4) Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun. Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.

5) Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.

6) Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

YA ALLAH MANTAPKAN SEMANGAT DAN KEAZAMAN KU

Segala puji untukMu Ya Allah di atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami. Ya Allah, sesungguhnya kami lemah, maka kuatkanlah dengan redhaMu kelemahan kami itu, gerakkan kami kepada kebaikan. Sesungguhnya kami miskin, maka berikanlah kekayaan yang tidak melalaikan kepada kami.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kesihatan dan keselamat
an yang berkekalan pada perkara-perkara dunia dan akhirat pada tubuh badan, murahkan rezeki kepada kami, kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menempuh segala dugaan dan ujian dariMu Ya Allah.

Ya Allah, kami memohon taufiq dan hidayah-Mu dalam setiap perkara dan restuilah perancangan yang disusun dan diatur oleh kami dalam usaha memajukan diri dan keluarga kami. Bimbinglah kami yang memikul amanah dan tanggungjawab dalam pekerjaan kami dengan sinaran petunjuk-Mu yang berterusan.

Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala malapetaka dan sifat-sifat keji, hasad-
dengki, boros, dan semua sifat negatif. Ya Allah selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan.

Kami pohonkan limpah rahmat, taufiq dan hidayat bagi segenap lapisan dan seluruh rakyat negara yang tercinta. Mantapkanlah semangat dan keazaman mereka dengan penuh kesabaran dan bertawakkal kepada-Mu dalam memikul tanggungjawab memajukan negara dan agama supaya disanjung tinggi dan disegani.

Ya Allah, janganlah Engkau jadi sekalian yang ada di kalangan kami akan mendapat kecelakaan, dipencilkan atau tersekat daripada beroleh rahmatMu.

Ya Allah, mohon limpah kurnia rahmatMu jua Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Ya Allah, kurniakan kepada kami kebaikan dengan berkat keagungan zatMu yang bersifat Al-Karim...

Tiada ulasan: