Rabu, 31 Julai 2013

Tangisan Yang Dikasihi Allah

Dalam dunia ini ramai orang yang menangis, akan tetapi sedikit sekali yang didapati orang yang menangis kerana takutkan Allah, menangis kerana mengenangkan hari Akhirat, menangis kerana gerunkan Neraka Allah dan rindukan Syurga Allah. Apa yang kita dapati kebanyakan manusia hari ini menangis kerana hal-hal lain yang bersangkutan dengan kepentingan duniawi semata-mata umpamanya menangis kerana tidak tahan dengan penderitaan hidup, menangis kerana kemiskinan, kesusahan, kesakitan, kehilangan orang yang dikasihi, gagal dalam peperiksaan, kecewa dalam percintaan, putus tunang, dicaci maki dan tidak kurang juga ada yang menangis kerana tersinggung atau kecil hati dengan tingkah laku seseorang.

Ada juga yang menangis kerana suaminya kahwin lagi dan tidak kurang juga ada yang menangis kerana kurang mendapat perhatian serta kasih sayang dari orang yang disayangi. Alangkah ruginya air mata yang dicurahkan ke bumi, sedangkan tiada nilai sedikit pun di sisi Allah. Malang sungguh bagi mereka yang menangis kerana hal lain, bukan kerana Allah, hidupnya menderita dan setiap tangisannya membawa kehancuran. Tidak kurang juga ada yang sanggup mengambil jalan singkat setelah puas menangis mengenangkan nasib diri iaitu dengan membunuh diri atau melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan syariat.
Akan tetapi alangkah bertuah dan beruntungnya orang yang menangis kerana takutkan Allah, kerana gerunkan azab Neraka dan rindukan nikmat Syurga yang tidak terhingga lazatnya kerana mereka ini akan mendapat jaminan rahmat dan pengampunan dari AllahSWT serta mendapat ketenangan jiwa lahir dan batin. Justeru semakin banyak mereka menangis, jiwa mereka semakin tenang dan iman mereka semakin menebal dan mantap. Sebagai buktinya Allah berfirman yang bermaksud:
” Ketika dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Tuhan yang Maha Pemurah, mereka lalu tunduk dan bersujud sambil menangis” – Surah Maryam:58
Pernah berlaku dalam sejarah Islam, seorang Khalifah yang cukup terkenal sifat warak dan zuhudnya yang bernama Khalifah UmarAbdul Aziz, suatu malam beliau bemunajat dengan Tuhan di tingkat atas bangunan kedua, oleh kerana terlalu takutkan Allah dan gerunkan Neraka Allah dan cemas memikirkan nasib diri di Akhirat kelak beliau sujud pada Allah sambil menangis yang teramat sangat hingga titisan air mata beliau menitis ke bangunan bawah melalui celah-celah lubang lantai.
Suatu kisah lagi pernah berlaku dalam sejarah hidp Sayidina Ali k.w.j, wakut itu ketika beliau sedang mengambil wuduk dengan serta merta wajah beliau berubah menjadi pucat dan seluruh tubuhnya menggeletar ketakutan.
Bila ditanya oleh sahabat yang lain,” Wahai Ali, kenapakah keadaan tuan begini?”
Maka dijawabnya ringkas,” Aku takut pada Allah.”
Lihatlah, Sayidina Ali berubah mukanya pucat dan cemas serta menggeletar tubuhnya hanya sekadar mengambil wuduk belum lagi mengangkat takbir utnuk mendirikan solat untuk menyembah Tuhan yang Maha Agung. Begitulah hebatnya keimanan dan ketaqwaan para sahabat dan orang-orang soleh dahulu.
Antara sifat oarang yang takutkan Allah ada dinyatakan dalam Al Quran yang bermaksud:
” Mereka lalu tunduk dengan dagu-dagu mereka sambil menangis dan keadaan itu akan menambah mereka khusyuk.” – Al-Isra’:109
Di alam Akhirat kelak setiap orang akan menangis kerana menyesal akan dirinya tidak beramal tetapi ada orang yang beruntung, ia mampu ketawa dan senyum disaat orang lain menangis. Siapakah mereka itu?  Mereka itulah golongan orang yang dikhabarkan oleh baginda Rasulullah SAW melalui sabdanya yang bermaksud:
” Setiap mata akan menangis di hari Kiamat, melainkan mata yang telah menangis kerana takutan Allah dan mata yang celik kerana berjaga untuk jihad fi sabilillah.”
Sabda baginda lagi:
” Seseorang yang menangis kerana takutkan Allah tidak akan masuk ke dalam Neraka meskipun susu dapat kembali ke dalam tetek ataupun unta dapat masuk ke dalam lubang jarum.”
Mengikut baginda Rasulullah SAW titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah, nilainya sama dengan titsan darah yang tumpah di medan peperangan kerana jihad di jalan Allah.
Anehnya kita hari ini sukar sekali mengeluarkan air mata kerana Allah tapi senang dan mudah sekali mengeluarkan air mata kerana hal-hal lain yang bersangkutan dengan dunia.
Kenapa ini terjadi? Jawapannya kerana tipisnya iman dan rasa tauhid pada Allah. Selain dari itu tidak ada rasa kehambaan pada Allah dalam diri.
Dari itu untuk keselamatan diri kita, marilah kita berusaha melatih diri menangis kerana takutkan Allah bukan kerana hal lain. Peringkat permulaan kalau mata tidak boleh mengeluarkan air mata, cukuplah hati yang menangis. Tetapi awas, jangan tertipu oleh perangkap syaitan, yakni elakkan diri menangis dikhalayak ramai, nanti sifat ujub menguasai diri.
Untuk menyelamatkan hati, menangislah ketika berseorangan di waktu malam yang hening bening, ketika insan lain sedang nyenyak tidur dan dibuai mimpi. Maka ketika ini bangunlah seorang diri untuk bermunajat dengan Allah. Tangiskan dosa-dosa kita yang banyak. InsyaAllah tangisan air mata ketika itu akan ada hasil dan nilainya di sisi Allah...

Selasa, 30 Julai 2013

CARA-CARA MELAWAN MAZMUMAH TERHADAP MANUSIA


Mujahadatunnafsi terhadap mazmumah kita kepada manusia seperti hasad, dengki, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, gila pangkat, tamak, bakhil, sombong dan lain-lain boleh dilakukan dengan cara menentang sifat-sifat itu.
Di sini huraikan cara-cara mujahadah terhadap penyakit hasad, dengki, pemarah dan gila dunia serta terhadap sifat-sifat mazmumah.
Dalam usaha melawan nafsu itu kita dikehendaki menempuh tiga peringkat:
1. Takhalli – Mengosongkan atau membuangkan atau mensunyikan
2. Tahalli - Mengisi atau menghiasi
3. Tajalli – Terasa kebesaran dan kehe batan Allah
3. TAJALLI
Sebagai hasil mujahadah dalam takhalli dan tahalli kita memperolehi tajalli iaitu sejenis perasaan yang datang sendiri tanpa memerlukan usaha lagi.Agak sukar untuk ditulis apa itu tajalli sebenarnya sebab ia hanyalah sejenis perasaan (zauk) yang hanya mungkin dimengertikan oleh orang-orang yang merasainya. Sepertilah kemanisan gula, tidak dapat digambarkan dengan tepat kecuali dengan merasai sendiri gula itu.
Tajalli secara ringkas ialah perasaan lapang, tenang dan bahagia. Hati seakan-akan celik, hidup, nampak dan terasa kehebatan Allah.Ingatan dan rindu penuh tertuju pada Allah. Harapan dan pergantungan tiada pada yang lain lagi selain daripada Allah. Seluruh amal bakti adalah kerana dan untuk Allah semata-mata. Apa sahaja masalah hidup, dihadapi dengan tenang dan baha- gia. Tiada apa pun kesusahan dalam hidupnya sebab semua itu dirasakan pemberian daripada kekasihnya, Allah SWT.Kalau begitu, bagi orang-orang yang beriman dunia ini sudah terasa sebagai Syurga. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan sejati dan abadi iaitu kebahagiaan hati. Hasad dengki menjadikan jiwanya menderita, kecewa dan sakit jiwa. Hatinya tidak selamat di du- nia maka tidak mungkin dia boleh selamat di Akhiat.
Firman Allah: Hari khiamat iaitu hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna kecuali mereka yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera.(Asy Syuara’: 88-89)
1. HASAD DENGKI
Hampir semua orang dihinggapi penyakit hasad dengki. Cuma bezanya banyak atau sedikit, bertindak atau tidak. Hatta ulama-ulama pun terkena penyakit ini bahkan lebih berat lagi. Hadis ada mendedahkan tentang enam golongan manusia yang akan tercampak ke dalam Neraka dengan enam sebab. Salah satu dari mereka ialah ulama kerana hasadnya. Allah SWT menjelaskan tentang orang-orang yang hasad dengki dalam surah Muhammad: Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tunjukkun mereka padamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan mereka dan Allah mengetahui perbuatan kamu. (Muhammad: 29-30)
Tanda adanya hasad dengki dalam diri kita ialah apabila orang lain dapat kejayaan kita sakit hati dan orang lain dapat bencana kita senang hati. Jiwanya sentiasa menderita dan terseksa.Bahayanya hasad dengki ialah seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: Sesungguhnya hasad itu memakan amalan kebaikan seperti api memakan kayu.
Bila kita berhasad dengki, kita akan hina meng hina, fitnah memfitnah, benci membenci, dendam mendendam, jahat sangka dan mengadu domba yang semuanya akan mendatangkan dosa-dosa dan meng- hapuskan kebaikan lainnya. Seseorang yang melayan hasad dengkinya adalah penjahat dan perosak serta pemecah-belah persauda- raan antara manusia. Juga dia seorang yang paling biadab dengan Allah SWT. Sama ada dia sedar atau tidak, dia benci kepada Allah. Walau banyak mana sekalipun sembahyangnya, puasanya, hajinya dan hebat perjuangannya tetapi di sisi Allah tetaplah dia ahli Neraka.
Pernah sahabat-sahabat bertanya Rasulullah SAW: Sesungguhnya ada seorang wanita yang berpuasa siang harinya dan di malam harinya bersembahyang tahajjud tetapi selalu menyakiti jirannya dengan lidahnya. Jawab baginda Rasulullah: “(Tidak ada kebaikan lagi baginya) dia adalah ahli Neraka. ”
Orang yang kaki tahajjud dan puasa sunat pun masuk Neraka kerana hasad dengki, apalagi kita yang tiada bertahajud, puasa sunatpun tidak, masih lemak dengan hasad dengki dan umpat-mengumpat ini. Kalau betul kita beriman kepada Allah dan takut kan Neraka, insaflah akan kejahatan hati-hati kita itu dan marilah kita membaikinya dengan melakukan mujahadatunnafsi. Allah berfirman: Hai orang yang beriman, jangan lah satu kaum menghina kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina) lebih baik dari mereka (yang menghina) dan janganlah pula wanita-wanita menghina wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita (yang dihina) itu lebih baik dari mereka (yang menghina) dan janganlah kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman (seperti hai fasik, kafir dan lain-lain) dan barangsiapa yang tidak ber taubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al Hujurat: 11)
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak prasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepada nya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Al Hujurat: 12)
Begitulah pujukan-pujukan Allah pada kita supa ya kita tidak lagi berhasad dengki, umpat mengumpat dan buruk sangka. Di antara langkah-langkah yang mesti kita lakukan sebagai mujahadah terhadap hasad dengki ialah:
Setiap kali orang yang kita dengki itu apabila beroleh kejayaan, kita kunjungilah dia untuk mengucap tahniah dan bergembira bersamanya. Sebaliknya apabila orang itu mendapat bencana, kita kunjungi pula untuk mengucapkan takziah dan tumpang bersedih bersa- manya.
Sanjung dan pujilah kebaikan dan keistimewaan orang yang kita hasad dengki itu di belakangnya dan kalau ada kesalahan dan keburukannya kita rahsiakan.
Selalulah ziarah dan beri hadiah pada orang yang kita dengki itu.
Kalau ada orang cuba menjatuhkan orang yang kita dengki itu, kita pertahankan dia. Jangan layan orang (atau syaitan) yang hen- dak merosakkan mujahadah kita.
Berdoalah pada Allah SWT agar memudahkan kita mengubat penyakit dengki yang ada dalam diri kita itu. Ingatlah selalu Firman-Nya: Dan mereka yang bermujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu. (Al Ankabut: 69)
Timbul hasad dengki kita pada seseorang ialah kerana orang itu mempunyai keistimewaan dan ke lebihan yang mengatasi apa yang ada pada diri kita.
Bila kita terasa orang itu telah mengalahkan kita dalam perjuangan atau perlumbaan maka datanglah dengki itu. Sepatutnya tidak begitu. Kalau kita beriman dengan Allah, yakin akan keadilan-Nya mengatur pemberian kepada hamba-hamba-Nya, kita tidak akan berdengki-dengkian lagi.
Firman Allah: Terjemahannya: Janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (An Nisa’: 32)
Allah yang melebih dan mengurangkan pembe rian-Nya kepada seseorang. Dan Allah adalah adil atas pemberian lebih dan kurang itu. Dia bermaksud menguji kita. Siapa yang sedar dirinya sebagai hamba- Nya, lalu akan sentiasa bersyukur pada nikmat yang diperolehi, redha dengan taqdir dan sabar menung gu ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: Barangsiapa tidak redha terhadap taqdir yang berlaku ddn tidak sabar terhadap bala (cubaan) daripada-Ku, maka carilah Tuhan selain Aku.(Riwayat: At Tabrani)
Dalam Al Quran Allah berfirman: Dialah yang menjadikan mati dun hidup supayd Dia menguji kamu siapa antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al Mulk: 2) Itulah maksud Allah menjadikan hidup yang sementara ini.
Firman-Nya lagi: Sesungguhnya Kami telah mencip- takan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. (Al Insan: 2)
Kalau Allah lebihkan seseorang itu dari kita, ertinya Allah mahu menguji kita sama ada sabar dan redhakah kita dengan kekurangan yang Allah takdirkan. Dan kalau Allah lebihkan kita dari seseorang, ertinya Allah mahu menguji kita, bersyukurkah kita terhadap nikmat itu atau sebaliknya sombong, bongkak, dan lupa diri sebagai hamba Allah.
Kalau begitu apa perlu hasad dengki? Kalau hasad dengki juga ertinya kita tidak redha dengan Allah. Kita tidak senang dengan peraturan-Nya dan kita tidak menerima kehendak-Nya. Sebab itu orang yang hasad bukan sahaja bermusuh dengan orang yang dihasadkan itu tetapi juga bermusuh dengan Allah. Biadab dengan manusia dan biadab dengan Allah maka layaklah menjadi ahli Neraka.
2. PEMARAH
Sifat pemarah berasal dari sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang itu lagi besarlah pemarahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang.Kalau tinggi kedudukannya, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya maka tinggilah egonya dan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya seseorang yang rendah taraf kedudukannya kurang- lah rasa ego maka kuranglah sifat pemarahnya. Lihat antara seorang ayah dengan anaknya. Jarang kita dengar si anak memarahi ayah. Yang selalu berlaku ialah ayah memarahi anak. Atau antara tuan rumah dengan orang gajinya. Tidak pernah orang gaji marahkan tuannya tetapi tuan selalu marahkan orang gaji itu. Atau seperti murid dengan guru. Murid tidak pernah marah gurunya tetapi guru selalu marahkan muridnya. Sebagai misalan yang lain, ketua pejabat dengan pekerjanya. Jarang kerani arahkan “boss”nya tetapi boss selalu marahkan keraninya. Begitulah seterusnya. Jarang kita temui seorang ayah, guru, ketua pejabat, tuan rumah dan seorang pemimpin yang tidak ber- sifat pemarah terhadap orang-orang di bawah mereka.
Pendeknya sifat pemarah ini ada pada setiap orang dari kita seperti hasad dengki. Pemarah juga adalah sifat mazmumah yakni sifat terkeji. Ia boleh memecahbelahkan hati-hati manusia. Sebab itu se- orang yang pemarah adalah seorang yang biadap terhadap Allah SWT. Kenapa mesti marah ? Cuba kita renung sebuah bait gubahan seorang mujahid: Takdir Allah sudah putus dan putusan Allah sudah terjadi. Istirehatkun hati dari kata-kata “barangkali” dan “kalau “.
Setiap kesilapan dan kelemahan manusia pada kita adalah ujian Allah untuk kita. Allah mahu lihat siapa yang mampu menahan rasa malunya kepada Allah. Mari kita lihat bagaimana tindakan seorang mukmin sejati terhadap takdir-takdir buruk yang menimpa hidupnya: Ahnaf bin Qais adalah seorang yang lemah lem- but. Beliau ditanya orang: Dengan siapakah beliau belajar berlemah lembut itu?
Ahnaf menjawab, “Dengan Qais bin Asim iaitu pada suatu hari ketika Qais bin Asim sedang berehat- rehat masuklah jariahnya (hamba) membawakan Qais panggang besi berisi daging panggang yang masih panas. “Belum sempat diletakkan di depan Qais tanpa sengaja besi pemanggang itu jatuh menimpa anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan hingga meninggal dunia. Qais dengan tenang melihat kejadian yang menyayat hati itu dan berkata kepada hamba yang pucat mukanya, “Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu, tetapi mu- lai hari ini kamu aku merdekakan.”
“Begitulah sopan santun dan lemah lembutnya Qais bin Asim,” Kata Ahnaf bin Qais mengakhirkan ceritanya. Bukan Qais tidak sayangkan anaknya tetapi hatinya sentiasa melihat pentadbiran Allah dan sentiasa merasakan sesuatu kejadian adalah takdir dari Allah, sentiasa sabar dengan Allah, redha dengan Allah serta rasa kehambaannya pada Allah, rasa malu, hina dan takut dengan kekuasaan Allah membuat Qais tenang menghadapi kematian anaknya disebabkan kecuaian hambanya.
Hati Qais memandang kejadian itu sebagai ujian Allah ke atasnya barangkali untuk penghapusan dosa atau untuk mengangkat darjatnya di sisi Allah SWT. Kerana itu hatinya tenang. Dia (Qais) redha dengan ujian itu malah dengan ujian itu dirasakan mendapat peluang untuk mende katkan lagi hatinya pada Allah SWT. Sebab itu dia tidak nampak lagi kesalahan jariahnya. Bukan sahaja dia tidak marah malah rasa kasihan pada jariah yang ketakutan itu memaksa Qais mem- bebaskan hambanya itu. Dia hanya nampak pentad- biran Allah yang wajib diterima tanpa soal jawab dan tanpa “kalau” lagi. Demikian rasa kehambaan yang menghiasi hati dan roh Qais, seorang yang cukup berakhlak terha dap Allah SWT dan terhadap manusia (hambanya). Demikian rasa marah lahir dari perasaan “ketuan an” yang ada dalam hati kita. Kita rasa kita yang lebih besar, kita lebih mulia, lebih hebat dari orang lain. Tanpa perasaan-perasaan itu tidak mungkin kita jadi pemarah. Kita akan berlemah lembut, memaaf- kan kesalahan orang dan bertolak ansur dengan sesama manusia. Sebab kita manusia sama sahaja yang datang ke dunia melalui jalan yang gelap, lubang kencing yang hina tanpa sedikitpun harta, dalam keadaan busuk hanyir, bodoh dunggu, pekak, bisu, buta, capek dan hodoh sekali.
Firman Allah: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendenga ran, penglihatan dan hati. Moga-moga kamu bersyukur. (An Nahl: 78)
Allah-lah yang mencantikkan kita kemudiannya dan diberi sedikit kelebihan. Kepandaian dan keistimewaan itu Allah pinjamkan sekejap sahaja. Tujuan- nya supaya kita dapat beribadah dan berbakti menurut kehendak-Nya (bersyukur). Bukan untuk kita rasa kita lebih mulia, kita hebat hingga datang pula perasaan-perasaan sombong, riak, bengis dan pemarah kepada orang lain yang agak kurang dari kita. Sepatutnya bila kita rasa ada kelebihan pada kita, kita jadi takut pada Allah. Takut kalau-kalau nikmat itu tersalah guna hingga menderhakai Allah Taala dan berdosa pada manusia. Takut kalau-kalau nikmat itu menjadikan hati rasa “tuan” maka timbullah sifat ego yang besar yang membiakkan bermacam-macam mazmumah yang sangat dibenci oleh Allah. Firman-Nya: Dalam hati mereka ada penyakit lalu Allah tambahkan penyakit mereka. (Al Baqarah: 10)
Kita mesti ubati penyakit hati kita. Ertinya kita mesti buang rasa “ketuanan” kita iaitu dengan melakukan mujahadatunnafsi.
1. Mula-mula kita mesti rasa malu kepada Allah. Kalau ada orang besar di rumah kita, sanggupkah memarahi isteri kita di depan orang itu? Tentu tidak. Allah sentiasa melihat malah sentiasa bersama kita. Kalau kita yakinkan ini tentu kita tidak akan jadi pemarah lagi sebab kita tahu Allah tidak suka kita jadi pemarah. Rasa malu dan takut kepada Allah akan membuatkan kita sentiasa berlemah-lembut dan memaafkan kesalahan orang kepada kita.
2. Bila datang rasa hendak marah kita kata begini: ‘Ya Allah, aku tahu pemarah itu adalah hina di sisi-Mu. Tolonglah pelihara diriku daripada kejahatan nafsu ini dan selamatkan aku daripada api Neraka.
3. Sesudah itu kita diam. Jangan marah tetapi banyakkan zikir dan ingat kebesaran Allah. Allah Tuhan yang Maha Besar itu pun bersifat sangat pemaaf. Siapa kita untuk jadi pemarah? Bukankah kita hamba yang hina dina?
AMALAN BATIN
4. Kita harus insaf bahawa setiap manusia terma- suk diri kita sendiri, ada kelemahan dan kekurangan. Kalau hari ini orang bersalah pada kita, maka tidak mustahil bahawa nanti kita pula bersalah dengan orang. Kalau kita bersalah kita tidak suka orang marahi kita. Maka begitulah juga kalau orang yang bersalah dengan kita dia tidak suka kalau dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Firman Allah:
Terjemahannya: Maka katakanlah (hai Musa dan Harun) kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut mudah-mudahan ia ingat dan takut. (Thaha: 44)
Sudah begitu jahat dan kufurnya Firaun terhadap Allah, namun Allah masih lagi perintahkan kepada Nabi-Nya supaya berlemah lembut. Sebab hanya dengan lemah lembut, hati manusia boleh lembut dan jadi insaf dan takut. Sebaiknya kalau kita berkasar bukan sahaja orang yang dikasari tidak menerima teguran kita malah dia benci dengan kekerasan kita. Di sisi Allah pula kita tercatit dengan kekerasan kita. Di sisi Allah kita ter- catit sebagai orang yang tidak berakhlak dan tidak berhikmah sedangkan Allah memerintahkan kita supaya berhikmah: Serulah (semua munusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan penga- jaran yang baik dun berhujjahlah dengan mereka secara yang paling baik. (An Nahl: 125)
3. GILA DUNIA
Gila dunia juga adalah penyakit hati atau satu maz- mumah yang menghalang kita untuk mendekatkan hati dengan Allah (yakni penghalang untuk mencapai darjat kerohanian yang tinggi). Seorang pencinta dunia ialah seorang yang hatinya dipenuhi keinginan untuk meluas dan membanyakkan ketinggian dan kekayaan di dunia maka fikirannya sentiasa bekerja untuk tujuan itu dan lahirnya ia bertungkus lumus untuk itu. (Dunia ialah segala sesuatu yang tiada manfaatnya untuk Akhirat; sebaliknya apa sahaja perkara yang boleh diuntukkan pada akhirat maka ia bukan lagi disebut dunia). Lawan kepada penyakit gila dunia ialah sifat zuhud iaitu hati yang tiada keinginan kepada sesua tu yang tiada manfaat untuk akhirat. Firman Allah: Itulah negara Akhirat (syurga) yang Aku jadikan (syurga itu) untuk orang-mang yang tidak menginginkanketinggian dan kerosakan di muka bumi ini. (AI Qashash: 83)
Hati yang tiada keinginan untuk jadi “tuan” dan tidak pula ingin untuk melakukan kejahatan (kero- sakan) di dunia, itulah hati yang selamat dan itulah bakal penghuni syurga. Firman Allah: Hari Qiamat (hari manusia meninggalkan dunia ini) ialah hari di mana harta dan anak-anak tiada memberi manfaat kecuali mereka yang datang mengadap Allah membawa hati yang selamat. (Asy Syuara’: 88-89)
Mungkin kita bertanya: Bagaimana boleh saya buang keinginan kepada dunia yang indah ini? Sebab kita hidup di kelilingi oleh tarikan-tarikan dunia yang amat menarik dan hati kita pula sangat cinta padanya?
Pertama, ketahuilah bahawa ada antara dunia ini yang diharamkan dan wajiblah kita jauhi. Tentang yang dihalalkan, tidak berdosa kalau diambil tetapi janganlah berlebih-lebihan iaitu lebih dari keperluan. Rasulullah SAW pernah menyatakan benci kepada dunia, kerana dua perkara. Sabda baginda: Halalnya akan dihisab dan haramnya diseksa(dalam Neraka).
Satu hari ketika baginda berjalan bersama saha- bat-sahabat, Rasulullah terjumpa seekor bangkai kambing. Baginda bertanya sahabat, ‘Mengapa bangkai ini dibuang oleh tuannya?”
Sahabat menjawab, “Kerana ia tidak berguna lagi maka ia dibuang dan tidak dihiraukan oleh tuannya.” Maka bersabda Rasulullah SAW: “Demi Allah yang menguasai diriku, bahawa dunia ini lebih rendah pada pandangan Allah daripada bangkai kambing pada pandangan tuannya. Seterusnya baginda bersabda: “Dunia ini terkutuk dan terkutuk pula apa-apa yang ada di dulamnya kecuali yang digunakan untuk mencari keredhaan Allah.”
Dari itu ketahuilah mengambil dunia ini lebih daripada keperluan atau bukan untuk mencari keredhaan Allah adalah tidak sunnah hukumnya. Kalau begitu ia akan jadi hijab antara kita dengan Allah yakni akan membutakan hati dan memisahkan kita daripada Allah. Bagi orang yang menyedari hakikat ini tentu mereka tidak cinta lagi kepada dunia. Dunia yang nampaknya indah ini rupanya buruk sifatnya. Umpama bunga dedap, rupa dan warnanya sungguh menarik hati tetapi tiada baunya. Atau umpama perempuan cantik yang jahat perangainya tentu tia da gunanya. Kita orang awam yang tidak kenal sifat dunia ini, kecantikannya menawan hati. Tetapi bagi bijak pandai, iaitu orang-orang arif seperti Nabi dan Rasul, para muqarrobin dan solehin, mereka kenal sangat dunia ini tentang buruk dan hinanya. Sebab itu mereka zuhud terhadapnya. Mereka ambil bahagian dunia ini yang tidak boleh tidak sahaja. Lebihnya adalah umpama najis pada mereka sebab itu mereka buang sahaja.
Tugas kita sekarang mujahadah dengan nafsu gila dunia itu. Kita lawan keinginan rendah itu hingga ia tewas. Barulah keinginan kita kepada Allah dan hari Akhirat akan timbul dan bernyala-nyala dalam dada kita. Langkah-langkah yang perlu diambil antaranya: Harta, wang ringgit, pakaian, makanan, kenderaan, tempat tinggal dan lain-lain kekayaan kita yang halal yang kita “bank”kan selama ini hendaklah kita gunakan untuk mencari keredhaan Allah.
Kedudukan kita, jawatan, pangkat, nama yang masyhur, pengaruh dan apa sahaja ketinggian kita yang memungkinkan kita rasa “tuan” di dunia ini hendaklah dialatkan untuk mencari keredhaan Allah sama ada untuk menegakkan hukum Allah, mempergiatkan dakwah Islamiah, berlaku adil dan ikhlas dalam pentadbirannya dan membuka peluang-peluang yang banyak untuk Islam dan umatnya.
Hentikan dari usaha-usaha mencari kekayaan dan ketinggian dunia hanya kerana keserono kan duniawi tetapi arahkan usaha itu kepada agama Allah untuk negara Akhirat yang kekal abadi.
Bahagi-bahagikan isi dunia yang datang kepa- da hamba-hamba Allah yang lebih memerlu kannya. Kosongkan hati kita daripada keinginan kepada kekayaan dan ketinggian duniawi.
Pintalah hidayah dan taufik Allah selalu agar kita menjadi seorang yang zahid yang berilmu yang menolak dunia kerana Allah sebagaimana yang disunnahkan oleh junjungan mulia Muhammad SAW.
Sabda baginda: Dua rakaat sembahyang dari seorang alim yang hatinya zuhud bbih baik dan lebih disukai Allah dari ibadah orang-orang abid yang dilakukan selama umur dunia kerana ibadah tanpa ilmu tiada bernilai.
Firman Allah SWT: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berbagai keinginanan yang terdiri daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (Syurga).
Katakanlah: Mahukah aku khabarkan kepada mu apa yang lebih baik dari yang demikian itu ? Untuk orang-orang yang bertaqwa terhadap Tuhan mereka ialah Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Dan (ada pula) isteri-isteri yang disucikan serta mendapat keredhaan Allah dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya. Mereka itu selalu berdoa: “Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman maka ampuni- lah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa Neraka. ” (Ali Imran: 14-16)
Bersabda Rasulullah SAW maksudnya: Sesungguhnya Allah suka memberi keduniaan dengan sebab amalan Akhirat tetapi kalau amalnya khusus untuk dunia maka tidak akan diberi Akhirat...

Isnin, 29 Julai 2013

tip MENGUBAH

Perubahan Sikap.
” Contoh teladan dan tindakan seorang lebih berkesan daripada syarahan seribu orang dalam merubah seseorang” 
” kejayaan akan dicapai dalam apapun bidang apabila seseorang itu dapat memahami, mengikuti dan mencontohi minda, emosi dan tindakan orang yang telah berjaya” Anthony Robin
” kejayaan hanya dicapai dengan cara menduplikasi seluruh dimensi hidup orang yang telah berjaya” Anthony Robin
” umat ini tidak akan dapat diperbaiki melainkan dengan cara umat-umat terdahulu telah diperbaiki” Umar al Khattab/ Imam al Banna
” perbaikilah diri kamu dan dakwahlah orang lain” Mustafa Masyhur
” apabila tersebarnya akhlak imaniah, jiwa-jiwa yang bersih, warak dan sentiasa beristighfar dalam sesuatu generasi bererti kejayaan Islam sudah hampir” Muhammad al-Rasyid
” Tegakkan daulah Islam dalam diri kamu, Islam akan tertegak dibumi kamu” Mustafa Masyhur
” Tidak ada ertinya berjalan beribu batu untuk membuat perubahan, tetapi pisahkan dirimu daripada kongkongan hawa nafsu walau selangkah akan tercapailah maksudmu” Al-Awaiq.
Perubahan sebenar dalam diri manusia ialah perubahan sikap.
Sikap adalah tingkahlaku manusia di dalam kehidupan ini yang membentuk watak diri seseorang.
Contoh sikap  yang positif ialah:
1. Berdisiplin 2. Bertanggungjawab. 3. Berdayausaha. 4. Beristiqamah 5. Menguasai diri ( nafsu/perasaan)  6. Proaktif 7. Kreatif 8. Inovatif 9. Berani 10. Benar.
Antara sikap positif yang lebih syumul.
Berkerja dan berusaha mendidik masyarakat supaya memiliki identiti Islam yang positif dan syumul. Sebaliknya sikap yang negatif ialah berdiam diri terhadap permasalahan yang dihadapi ummah dan hanya mementingkan diri sendiri.
Dalam agenda perubahan gerakan Islam, usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengubah sikap negatif masyarakat supaya memiliki sikap yang positif yang sentiasa berusaha dan berjihad ke arah merubah realiti ummah yang berada ditahap yang lemah supaya mereka kembali menjadi pemimpin kepada manusia.
Dorongan manusia bersikap dengan sesutu sikap ialah emosi dan perasaannya sama ada kerana dia suka atau kerana dia takut kepada sesuatu. Emosi suka atau takut kepada sesutu lahir daripada kesedaran terhadap sesuatu perkara tersebut. Kesedaran adalah berpunca daripada sesuatu maklumat yang mencapai tahap dzan akan kebenarannya. Maklumat yang mencapai ketahap dzan terhadap kebenarannya adalah maklumat yang berasaskan bukti-bukti yang kukuh. Bukti ini biasanya boleh dicapai oleh pancaindera manusia.
Untuk mengubah sikap memerlukan beberapa langkah.
Sedar Sebelum Berubah (SSB)
Imam Ibnu Qayyim menamakan peringkat ini sebagai al-Yaqzah (kesedaran). Kesedaran terhadap kelalaian diri daripada menunaikan hak-hak Allah melahirkan perasaan al-Khauf ( takutkan Allah ) Perasaan ini menimbulkan keinsafan dan kemahuan untuk berubah.
Lantaran itu langkah pertama ialah ilmu dan kefahaman yang embuahkan keinsafan.
1. Mengetahui apalah sikap yang hendak diubah.
2. Menyedari dan mengisafi kenapa perlu mengubah sikap tersebut.
Langkah kedua, Melukiskan plan perubahan diri
Langkah ke 3. Berusaha mengubah dengan membuat latihan amli.
Langkah ke 4. Hidup dalam persekitaran yang positif.
Contoh teladan dan dorongan luaran boleh membantu perubahan.
 Al quran menggunkan kaedah cerita dan kisah-kisah dalam menonjolkan sikap-sikap positif yang boleh dicontahi dan sikap-sikap negatif yang perlu dijauhi. Rasulullah s.a. menjadi contoh kepada para sahabat dan genrasi salaf menjadi contoh kepada generasi masa kini. Umat Islam sepatutnya menjadi contoh dan syuhada’ kepada orang-orang bukan Islam.
Melalui kisah-kisah ini kita dapat memahami sikap yang betul, kepentingan dan kesannya dan akibat negatif jika kita tidak memilki sikap tersebut disamping membantu minda kita memahami dan menggambarkan sikap tersebut untuk dicontohi.
Kisah nabi Sulaiman yang bersyukur dan Firaun yang takabbur adalah dua kisah yang berbeza yang diceritakan oleh al-Quran.
Penulis Barat seperti Anthony Robin memahami sunnah kejayaan dengan hanya mengkaji sejarah kejayaan orang-orang yang berjaya dan mencontohi mereka. Oleh kerana sikap manusia adalah kombinasi pemikiran dan kefahahaman, emosi dan amalan yang membentuk kejayaan seseorang maka sesorang yang ingin berjaya perlu memiliki sikap seorang yang berjaya.
Generasi sahabat merupakan generasi yang berjaya merubah sikap dan tamaddun ummah, maka umat hari ini juga boleh mencapai tahap kegemilangan silam jika mereka juga memiliki sikap dan amal seperti generasi silam.
Sikap Muslim Yang Diperlukan Masa Ini.
Iman al Syahid Hassan al Banna menyimpulkan terdapat 10 ciri asas keperibadian muslim yang perlu diwujudkan bagi menjadikan mereka bergerak dan beramal untuk Islam.
1. Tubuhbadan yang sihat dan kuat.
2. Aqidah yang sejahtera
3. Ibadah yang betul
4. Budiperkerti yang mantap.
5. Akal yang berilmu.
6. Kehidupan yang tersusun
7. Memelihara masa
8. Bermujahadah melawan nafsu.
9. Mampu berusaha
10. Bermanfaat kepada orang lain.
Keempat-empat langkah merubah sikap disimpulkan dalam jamaah Ikhwan Muslimin sebagai proses Tarbiah...

RENUNGAN DALAM SURAH AN' NABA

Ketika dakwah nabi Muhammad s.a.w. baru bermula, Allah Azza Wajalla mendedahkan rahsia kehidupan sebenar yang telah disediakan untuk manusia. Kehidupan abadi selepas mati.
Sebelumnya manusia hidup merebut kenikmatan dunia dengan apa saja cara yang mereka suka tanpa ada apa-apa batasan. Yang kaya dan yang berkuasa akan dipandang mulia . Orang yang miskin dan lemah akan menjadi hamba dan hidup kehinaan.
Pembunuhan kejam, penghinaan kepada bani insan adalah lumrah hidup manusia yang berkuasa. Memendam dendam, kebencian, kebengisan dan menunggu peluang membalas dendam adalah budaya semua manusia yang teraniaya.
Neraca pertimbangan mereka hanya terbatas kepada kehidupan dunia yang terlalu singkat, semasa usia masih muda dan bertenaga dan akan hilang lenyap apabila usia menjamah tua. Dalam sempadan masa yang sempit itu mereka bergelut, berebut menggunakan apa saja cara tanpa batasan.
Kejahilan manusia terhadap hakikat Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah dan kejahilan terhadap hakikat kehidupan sebenar menjadikan tamaddun manusia hancur. Mereka hidup dalam suasana penuh kebencian, sentiasa menaruh syak dan sangkan yang buruk antara satu sama lain. Hidup dengan penuh perasaan berdendam dan mereka akan berperang dengan sebab yang terlalu remeh. Pedang dan pemerintah kukubesi sahaja yang boleh mendisiplinkan mereka.
Kehidupan sebenar yang diciptakan oleh Allah Pencipta segala kewujudan adalah kehidupan abadi yang telah ditentukan waktunya.
Malangnya kekufuran yang menutup hati golongan kafir telah menghalang mereka daripada mempercayai perkhabaran nabi s.a.w. mengenai hakikat kehidupan ini. Mereka lebih memilih kehidupan dunia yang penuh dengan tipu-helah ini, penuh dengan kesusahan hidup, penat dan lelah.

Berita mengenai hari kemusnahan dunia, hari dunia ini ditukarkan menjadi dunia baru yang abadi, hari manusia dibangkitkan semula selepas mati, hari manusia dikumpulkan di padang Mahsyar, hari semua amalan manusia di dunia fana ini dihitung dan semua perlakuan manusia ditimbang dan di mahkamahkan, hari manusia ditentukan kesudahannya sama ada ke syurga dengan penuh kenikmatan atau ke neraka dengan penuh keperitan segala-galanya ini dianggap oleh mereka bagai omongan kosong yang tidak ada nilai kebenaran sedikitpun.
Sebenarnya bukan mereka meragui kebenaran nabi Muhammad s.a.w. tetapi sikap takabbur yang ada di dalam dada mereka telah menjadikan mereka menentang Islam.
Kisah-kisah benar yang bakal menemui setiap manusia ini dipersoalkan oleh golongan kafir Quraisy sebagai olok-olokan. Malah tidak sedikitpun timbul rasa bimbang dan gerun di dalam jiwa mereka.
Sungguh amat menghairankan terhadap sikap tolol dan dungu mereka yang tidak sedikitpun mengindahkan amaran Allah S.W.T sehinga Allah menempelak mereka .
Soalan Kehairanan.
Maksudnya:
” Tentang apakah yang mereka bertanya-tanya itu”..
Soalan ini hanyalah untuk menyatakan kehairanan terhadap kesombongan golongan kafir. Kerana mahasuci Allah daripada kejahilan. Soalan ini sepatutnya menyedarkan orang-orang kafir bahawa Allah maha Mendengar setiap apa yang mereka perkatakan. Tidak sepatutnya manusia boleh mempersoalkan kemampuan Allah mengadakan hari kiamat dan hari pembalasan lebih-lebih lagi golongan kafir Quraisy bukannya golongan athies yang tidak percaya kepada Rububiyyah Allah.
”Tentang peristiwa besar yang bakal berlaku itukah ? yang mereka tidak mempercayainya.?”
Allah menyifatkan hari kiamat sebagai `al-naba’ al-`azim’. Berita tentang peristiwa besar yang akan berlaku. Perkataan `Nabi’ adalah kata nama pembuat ( isim fa`il) iaitu orang yang membawa berita tentang peristiwa besar yang akan berlaku.
An-Naba al-`Azim.
Al naba’ al-`azim ialah; Hari-hari terakhir dunia, hari kebangkitan semula manusia daripada tanah, hari manusia dihimpunkan di sebuah padang luas berbumbungkan langit dengan matahari terik di atas ubun-ubun, hari semua amalan manusia akan diaudit dan ditimbang, hari ditayangkan semua bukti-bukti kesalahan dan kebaikan mereka di dunia dihadapan semua manusia dan hari manusia diadili di mana manusia yang dizalimi semasa hidup di dunia diberi hak menuntut hak-hak mereka daripada orang yang menzalimi mereka.
Apakah mereka tidak mahu mepercayai kebenaran peristiwa besar ini? Apakah mereka meragui kekuasaan Allah Azza wa Jalla untuk mengadakannya?
”Janganlah mereka bersikap begitu, kerana kelak mereka pasti akan mengetahuinya. Sekali lagi janganlah mereka bersikap begitu, kerana kelak mereka pasti akan mengetahuinya.”
Allah yang maha Pengasih sekali lagi mengugut mereka supaya mereka sedar dan beriman sebelum terlambat. Janji Allah ini bukanlah janji-janji kosong yang selalu diucapkan oleh manusia yang ingin melunakkan hati orang-orang bawahan mereka. Segala yang dikhabarkan Allah pasti akan berlaku !.
Sememangnya orang-orang Quraisy tidak patut bersikap demikian rupa dan menentang ajaran nabi Muhammad s.a.w.
Begitulah Allah yang Maha Penyayang menyedarkan manusia kafir agar kembali kepada kebenaran dan mentarbiyah orang-orang yang beriman agar mereka merasai muroqobatullah terhadap perjalanan hidup dan dakwah mereka. Agar orang-orang beriman merasai betapa Allah mendengar dan melihat apa yang dilakukan oleh golongan Quraisy yang menentang mereka. Melalui kritikan Allah ini akan bertambahlah keyakinan orang-orang yang beriman bahawa Allah sentiasa mengawasi setiap gerak-geri manusia seluruhnya.
Setelah Allah menempelak keengkaran golongan kafir Quraisy Allah SWT menyatakan hakikat Rububiyyahnya, kekuasaan dan Rahmatnya kepada sekelian makhluk, supaya manusia sedar, insaf dan kembali kepada kebenaran. Betapa Allah yang berkuasa menciptakan segala-gala ini mampu untuk menciptakan kehidupan selepas mati, kehidupan sebenar yang abadi.
Surah ini tidak dikhususkan kepada kafir Quraisy sahaja malah untuk semua manusia yang meragui hari akhirat maupun yang beriman.
Bukti Kekuasaan Allah
Allah berfirman yang bermaksud:
” Bukankah kami telah menjadikan bumi mudah untuk kehidupan, dan gunung-ganang menjadi pasak, dan kami jadikan kamu berpasang-pasangan, dan kami jadikan tidur kamu sebagai kerehatan, kami jadikan malam bagaikan pakaian yang menutupi, dan kami jadikan siang untuk mencari kehidupan dan kami binakan di atas kamu tujuh lapisan langit yang kukuh, dan kami jadikan untuk kamu pancaran matahari yang terang benderang, dan kami turunkan daripada awan air hujan yang mencurah-curah supaya kami keluarkan kepada kamu biji-bijian, tumbuh-tumbuhan dan taman-taman yang subur”
Allah menciptakan bumi menjadi sebuah planet yang sesuai dan mudah untuk kehidupan. Bumi menerima cahaya matahari yang bersilih ganti siang dan malam menjadikan suhunya stabil. Tanahnya subur yang ditumbuhkan dengan pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan. Segala-gala yang diperlukan oleh manusia untuk menikmati kehidupan diciptakan Allah dan disediakan untuk manusia. Betambahnya ilmu pengetahuan manusia terhadap rahsia ciptaan Allah Azza wa Jalla bertambahlah kesenangan dan kemakmuran yang boleh di berikan kepada umat manusia yang dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini.
Gunung-ganang yang dibentuk daripada batu-batan yang kukuh menjadi pasak bumi, menstabilkannya ketika menghadapi ribut-taufan, hujan lebat dan banjir besar. Bumi yang bergunung-ganang dengan pelbagai spesis tumbuhan pelbagai warna menjadikannya terlalu indah, tenang dan damai apatah lagi apabila mengalir dicelah-celahnya sungai, jeram dan air terjun yang tinggi.
Segala-gala ciptaan Allah diciptakan berpasang-pasang sebagai satu sistem bagi menjana kehidupan ini dan kesinambungannya. Penciptaan siang dan malam, sejuk dan panas, cas-cas positif dan negatif, jantan dan betina, lelaki dan perempuan, baik dan jahat segala-galanya memainkan peranan yang telah ditentukan Allah dalam sistem ciptaannya untuk kesenangan kehidupan di dunia ini.
Tidur adalah antara nikmat ciptaan Allah kepada manusia. Tidur yang nyenyak di malam gelap tenang, sunyi dan suhu yang dingin memberikan kerehatan kepada otak dan badan manuisa. Dengan tidur manusia dapat mengembalikan kesegaran tenaganya. Kepenantan memerah otak dan tenaga untuk bekerja disiang hari akan pulih hanya dengan tidur nyenyak.
Allah jadikan siang hari mata manusia terjaga, tenaga manusia bersedia untuk berusaha dan bekerja mencari keperluan kehidupan yang telah disediakan Allah untuk mereka.
Allah jadikan di atas manusia tujuh lapisan langit yang mempunyai peranan masing-masing yang Allah mengetahui rahsianya. Ada yang diceritakan Allah Azza Wa jalla peranannya dan ada yang masih memerlukan pengkajian dan penerokaan manusia untuk menyingkap rahsia ciptaan Allah yang Agung ini. Matahari, bulan dan bintang-bintang dialangit telah diceritakan Allah akan peranannya antaranya sebagi sumber cahaya, haba dan pelbagai sinar. Bagi menghitung bilangan saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun dan bagi menentukan arah utara, selatan, timur dan barat.
Pelbagai sinaran cahaya yang terbit taripada matahari mempunyai pelbagai fungsi dalam kehidupan di dunia ini selain daripada menerangi alam ia menjadi sumber tenaga kepada manusia.
Angin, awan dan air hujan antara makhluk ciptaan Allah yang amat diperlukan oleh kehidupan ini sebagai sebahagian daipada keperluan kehidupan dan penstabilan kehidupan di dunia ini.
Dengan hujan yang mencurah-curah dibumi menjadikan bumi lembab dan subur berlaku pelbagai proses kimia dan persenyawaan benih tumbuh-tumbuhan yang menghidupkan mukabumi.
Bumi yang subur dengan pelbagai jenis bunga-bungaan yang berwarna-warni, pelbagai haruman yang mengasyikkan, pelbagai bijian dan buah-buahan yang berbagai rasanya merupakan tanda kebesaran Allah dan Nikmat Kurniaannya yang tidak terhitung oleh manusia.
Ayat-ayat al-Quran yang ringkas ini cukup membuktikan keEsaan Allah, Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kemampuan Allah untuk melakukan apa sahaja yang di Kehendakinya.
Hari Perhitungan
Allah S.W.T yang menciptakan alam maya yang begitu hebat ini juga mampu untuk memusnahkannya dan menciptakan alam baru untuk kehidupan manusia yang baru.
” Sesungguhnya hari perhitungan itu telah ditentukan waktunya. Pada hari itu akan ditiup serunai sengkakala dan kamu akan datang berbondong-bondong. Akan dibukakan langit menjadi berpintu-pintu dan gunung-ganang diterbangkan dan hilang menjadi seumpama sinar fatamorgana”.
Hari itu manusia dibangunkan semula daripada tanah adalah hari yang telah ditentukan oleh Allah. Setelah malaikat yang ditugaskan untuk meniup terompet meniupnya buat kali kedua, manusia akan keluar daripada tanah dan mereka berduyun-duyun mengikut nabi-nabi mereka menuju padang mahsyar. Langit akan dibuka menjadi berpintu-pintu dan malaikat turun melaluinya ke padang Mahsyar. Bumi yang dahulunya dipenuhi gunung-ganang kini sudah hilang menjadikan bumi terhampar luas sebagai padang mahsyar.
Balasan kepada Thaghut.
” Sesungguhnya Neraka Jahannam telah disedialan untuk golongan thaghin yang akan menghuni neraka, mereka akan tinggal di dalamnya beberapa tahun lamanya, mereka tidak akan menikmati kedinginan dan tidak juga minuman, melainkan daripada air leburan panas dan danur , sebagai balasan yang setimpal terhadap dosa yang mereka lakukan. Mereka semasa di dunia tidak pernah menyangka amalan mereka akan dihitung dan mereka tidak pernah percaya kepada bukti-bukti kebenaran Allah. Pada hari ini semua amalan mereka dihitung dan tertulis..Maka rasakan balasan azab dan Kami tidak akan menambahkan kepada mereka melainkan keperitan azab”.
Inilah ancaman Allah kepada golongan kuffar, dzalim dan mereka yang mati dalam kefasikan thaghut. Perkhabaran benar ini merupakan hujjah Allah kepada manusia, bahawa apa yang bakal mereka temui di dalam kehidupan abadi nanti bukan suatu perkara rahsia yang tidak pernah disampaikan Allah SWT kepada manusia.
Perkataan ”Mirshada” menceritakan keadaan Neraka Jahannam. Perkataan ini mempunyai dua maksud iaitu ”disediakan” iaitu kepada golongan thaghut. Maksud kedua ialah ”mengintai-intai” golongan thaghut. ( Syed Qutub).
Untuk maksud yang kedua Allah menggambarkan seolah-olah neraka juga memiliki perasaan marah, geram dan tidak sabar-sabar untuk memamah golongan yang telah tersenarai sebagai ahli-ahli neraka dikalangan manusia yang tergolong di dalam golongan thaghut semasa hidup di dunia.
”Thaghin” adalah kata nama plural kepada pembuat ( orang-orang yang melampaui batas) . Ia adalah terbitan daripada perkataan ”thagha” yang bermaksud melanggar batas-batas Syarak.
Batasan Syarak.
Batas-batas Syarak termasuklah batas-batas aqidah, ibadah, muamalat, munakahat, jinayat, dan siyasah.
Batas-batas aqidah adalah aspek-aspek keimanan kepada Allah dan seluruh perkara yang wajib di imani. Melanggar batas-batas aqidah menjadikan seseorang itu termasuk di dalam golongan zalim, kafir, munafiq dan syirik.
Golongan ini sudah pasti menjadi ahli neraka dan akan kekal di dalamnya selama-lamanya.
Batas-batas hukum ibadah adalah melaksanakan semua kefarduan syarak dalam hubungan dengan Allah seperti solat, puasa, zakat dan haji. Meninggalkannya dengan sengaja sedangkan mereka berkemampuan melaksanakannya bermakna mereka telah fasik atau ingkar kepada perintah-perintah Allah dan termasuk kedalam golongan ”thaghin”.
Melanggar batas-batas hukum muamalat yang menjadi kewaiban syarak dan melakukan perkara yang diharamkan.
Batas-batas hukum muamalat sesama manusia ialah akad-akad perjanjian muamalat yang dilakukan sesama manusia dan hukum-hukum Syarak yang wajib di patuhi di dalam urusan mu`amalat kewangan termasuk perkara yang berkaitan denganhak-hak dan tanggungjawab sosial yang telah ditentukan oleh Syarak mengenainya.
Hukum-hukum muamalat seperti hukum yang berkaitan dengan urusan jual beli, sewa-menyewa, pinjam-meminjam, upah-mengupah, hutang-piutang. Menjalankan urusan muamalat yang di haramkan seperti mengamalkan riba, menjual arak, berjudi dan menjual perkara-perkara haram.
Begitu juga melanggar batas-batas perhubungan antara lelaki dan wanita. Asalnya wanita diwajibkan berada dirumah dan sekiranya wanita terpaksa keluar rumah kerana melakukan urusa-urusan yang di izinkan syarak mereka diharamkan bertabarruj iaitu keluar dengan mendedahkan aurat dan memakai pakaian yang menjolok mata lelaki.
Kaum wanita dan lelaki diwajibkan menundukkan pandangan mata daripada melihat kaum satu lagi yang membuka panahan Iblis kehati mereka. Hubungan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah diharamkan kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan syarak.
Sebaliknya sengaja berhubung dengan tujuan berseronok, bersuka-ria dan menikmati kenikmatan nafsu mata, telinga dan deria sentuhan kulit adalah termasuk di dalam larangan menghampiri zina.
Larangan ini hanyalah terangkat dengan akad pernikahan yang sah antara lelaki dan wanita melalui walinya.
Apabila pasangan lelaki dan wanita mendirikan rumahtangga mereka wajib memelihara batas-batas Syarak yang berkaitan hubungan suami isteri dan kewajiban melaksanakan tanggungjawab kekeluargaan sebagai seorang suami dan bapa dan seorang isteri dan ibu.
Tugas seorang suami selain mencari nafkah untuk keluarganya beliau juga wajib mendidik isteri dan anak-anaknya agar mentaati Allah dan RasulNya. Tugas isteri selain mentaati suaminya beliau wajib membantu suami di dalam menguruskan rumahtanga dan membantu suami dala mendidik anak-anak agar menjadi seorang muslim yang bertakwa.
Mengabaikan tanggungjawab Syarak dan melanggar hukum-hukum berkaitan perhubungan lelaki dan perempuan dan kekeluargaan ini juga termasuk di dalam golongan fasik dan ”thaghin”.
Begitu juga batas-batas Syarak dalam urusan Siyasah sebuah pemerintahan seperti kewajiban memilih pemimpin yang bertakwa dan terbaik, kewajiban menasihati dan mentaati pemerintah. Kewajiban menegakkan maqasid Syarak di dalam menegak dan memelihara agama Islam dalam kehidupan seluruhnya, memelihara akal rakyat jelata, memelihara harta-benda, nyawa, memelihara kesucian keturunan manusia dan kehormatan diri mereka.
Termasuk di dalam kewajiban Siyasah ialah menguruskan urusan kewangan secara adil berasaskan dasar-dasar kewangan Islam, menguruskan urusan pentadbiran berkaitan kekeluargaan dan kemasyarakatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Syarak . Termasuk juga dalam tanggunjawab siyasah syariyyah melaksanakan hukum-hukum Syarak berkaitan hudud, qisas dan taazir.
Oleh itu golongan `thaghin’ ini bukan sahaja golongan kafir sahaja tetapi termasuk juga golongan yang beriman yang engkar daripada melaksakan hukum-hukum dan tanggunjawab yang telah difardukan Syarak kepada mereka.
Tempoh Orang Fasik Tinggal di dalam Neraka.
” Ahqaba”.
Ia adalah kata plural kepada perkatan `Haqaba” iaitu satu tempoh masa tertentu. Ulama berselisih pendapat dalam menentukan tempoh tersebut.
Antaranya terdapat riwayat daripada Sufyan al-Thauri daripada Ammar al-Duhni daripada Salim bin Abi al-Ja’di berkata : Kata Ali bi Abi Thalib r.a. tentang bulan hijrah apakah yang kamu tahu tentang al-Haqab dalam kitab Allah? Katanya kami dapati ia adalah 80 tahun, setiap tahun 12 bulan, setiap bulan 30 hari dan setiap hari menyamai 1000 tahun.
Berdasarkan riwayat ini ada ulamak mengatakan mereka akan dihumbankan kedalam neraka selama 700 haqab.
Diriwayatkan daripada Nafi’ daripada Ibnu Umar daripada nabi s.a.w. “ Demi Allah seseorang itu tidak akan dikeluarkan daripada neraka sehingga tingal di dalamnya beberapa ahqab. Sabdanya lagi satu haqab bersamaan lebih kurang 80 tahun, satu tahun 360 hari dan satu hari bersamaan hitungan kamu 1000 tahun.
Ada pendapat yang mengatakan ayat ini dimansukhkan dengan ayat yang mengatakan:
” Maka rasakanlah azab dan kami tidak akan tambahkan kepada mereka melainkan azab”.
Dan ayat: ” melainkan dengan kehendak tuhanmu”
Namun sudah cukup untuk menggerunkan orang yag beriman dan sudah pasti mereka tidak sanggup disiksa walaupun seminit.
”Hamima” adalah air yang teramat panas dan ”Ghassaq” adalah lendir, lendir dan nanah-nanah manusia yang di azab di dalam neraka.
Balasan Golongan Muttaqin
Sebaliknya golongan yang bertaqwa bagi mereka kehidupan yang berbeza.
” Sesungguhnya untuk orang-orang yang bertakwa dikurniakan kepada mereka perlepasan daripada azab dan dimasukkan mereka ke dalam syurga yang penuh dengan taman-taman dan kebun-kebun anggur.”.
Muttaqin adalah orang-orang yang bertakwa.
Sifat muttaqin tersimpul di dalamnya ciri-ciri orang yang beriman, ciri-ciri seorang Islam dan ciri-ciri seorang yang Ehsan.
Serendah-rendah darjat mereka ialah orang yang melaksankan semua kewajiban, meninggalkan semua larangan dan carahidup mereka tidak menyusahkan makhluk lain dan terselamat daripada termasuk di dalam golongan thaghin.
Golongan ini sahaja yang akan terlepas daripada terjebak ke dalam neraka melainkan mereka yang mendapat keampunan Allah Azza wa Jalla.
Melahirkan identiti muttaqin adalah matlamat siyasah Islam dan Syariatnya.
Orang-orang yang beriman bukan sahaja diwajibkan beriman malah mereka wajib mempertahankan keimanan mereka dan keislaman mereka . Mereka juga wajib berusaha menyampaikan risalah Islam, mengajak golongan yang belum Islam untuk menganuti aqidah Islam dan mendidik mereka agar mencapai darjat muttaqin. Inilah tanggunjawab dan amanah Allah kepada manusia sebagai khalifah Allah dan hambanya. Hanya golongan muttaqin yang akan berjaya melaksanakan misi ini.
Maka bagi golongan muttaqin yang mengharungi kehidupan dunia fana dengan penuh kesabaran dan kesyukuran mereka mendapat balasan yang setimpal dengan kejayaan mereka.
Antara kurniaan Allah kepada mereka adalah pelepasan daripada Azab bermula dengan azab kubur, azab berlakunya hari kemusnahan dunia, azab di padang mahsyar dan azab neraka.
Nikmat Bidadari.
Antara nikmat syurga yang disebut di dalam surah an Naba’ ini ialah:
” Dikurniakan kepada mereka gadis-gadis sunti sebaya sebagai isteri dan gelas-gelas minuman yang terhidang, aman damai dan tidak kedengaran di sana suara-suara sumbang dan pendustaan, sebagai balasan daripada Tuhanmu sebagai satu pemberian yang menepati perhitungan”
”Kawa`iba atraba”.
Kawaib adalah bidadari-bidadari daripada kalangan gadis perawan yang puting susunya masih tenggelam kerana mereka adalah gadis yang belum pernah disentuh oleh jin mahupun manusia.
Atraba yang sebaya umurnya 33 tahun, yang berakhlak mulia, berkasih sayang, tiada perasaan hasad dengki sesama mereka, bermesra dan bermain-main bersama-sama dan diwujudkan di dalam jiwa mereka perasaan cinta dan rindu hanyalah kepada suami mereka sahaja.
Termasuk dikalangan bidadari ini adalah wanita-wanita dunia malah kemulian dan kecantikan mereka melebihi bidadari syurga bagaikan zahir kaki dibandingkan dengan tapaknya.
Manakala wanita yang berkahwin lebih daripada seorang semasa di dunia akan dikurniakan kepada suami yang terlebih baik akhlaknya.
Hari Pengadilan
” Tuhan langit dan bumi dan segala isi diantara kedua-duanya yang Maha Pengasih dan pada hari itu tiada siapa yang boleh berkata-kata. Pada hari itu malaikat Jibril dan sekelian malaikat akan berdiri tegak tersusun berbaris-baris. Tidak ada sesiapapun yang akan bercakap melainkan mereka yang diberi keizinan oleh al-Rahman untuk bercakap dan dia hanya akan bercakap benar”
Pada hari pengadilan di padang Mahsyar para malaikat berdiri tersusun berbaris-baris. Semua manusia dan malaikat berdiri dan diam. Suasana sunyi dan sepi masing-masing mansia hanya menunggu nasib diri mereka sendiri.
Tidak ada sesiapapun dibenarkan bercakap di majlis mahkamah Allah itu melainkan mereka yang diizinkan untuk berkata-kata. Ketika dia bercakap dia akan bercakap benar.
Hari Kiamat Terlalu Hampir.
”Hari itu adalah suatu yang benar. Sesiapa yang mahu maka kembalilah bertaubat kepada Tuhannya. Sesungguhnya kami memperingatkan kamu terhadap azab yang terlalu hampir. Pada hari itu manusia akan melihat segala apa yang mereka pernah lakukan dan orang-orang kafir akan menyesal dan berkata alangkah baiknya kalau aku hanyalah seketul tanah..”
Bandingan hidup di dunia dengan hidup di akhirat hanyalah terlalu sedikit. Sehari di akhirat menyamai 1000 tahun mengikut kiraan masa di dunia ini. Tempoh kehidupan seseorang di dunia amat singkat dan tidak sampai seratus tahun. Maka tempohnya untuk menempuh alam akhirat amatlah dekat.
Oleh itu bersegeralah bertaubat daripada sikap seorang thagha kepada bersikap dengan sikap orang yang bertakwa kerana tidak guna lagi penyesalan di hari akhirat apabila semua amalan manusia dipamerkan didepan manusia seluruhnya.
Wallahua’lam.
Rujukan : Tafsir Ibn Katsir dan Fi Dzilal al-Quran...