Isnin, 15 Julai 2013

BESI BERANI

BESIBERANI  IlI ...



Dalam satu hadis riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w. bersabda “Manusia itu ibarat logam, baik ia dalam jahililah, maka baiklah ia dalam islam, sekiranya ia faham“



Keunikan kepada istilah ‘logam’ atau ‘besi’ itu seperti yang disebut oleh Rasulullah menyebabkan saya memilih perkataan ‘besi’. Allah s.w.t juga meletakkan satu surah dengan nama al-Hadid (57) yang juga seerti dengan ‘besi’.



Sifat berani ialah satu sifat yang perlu ada pada setiap muslim dan mukmin. Apatah lagi dunia masa kini yang penuh dengan cabaran terhadap iman, andainya tiada sifat berani maka mukmin akan tenggelam dalam arus jahiliah yang cukup kuat menenggelamkan siapa sahaja yang cuba menentangnya.



Perkataan ‘besi ‘ dan ‘berani’ apabila digabungkan akan membawa maksud yang cukup indah, iaitu ‘Magnet’.



Magnet ialah sejenis logam yang juga dikenali dengan nama besi berani. Magnet mempunyai medan magnet dan dapat menarik butir-butir besi lain ke arahnya.
Dan ini juga sifat yang perlu ada bagi setiap khalifah di muka bumi ini.


BESIBERANI ...
 

Tiada ulasan: