Khamis, 18 Julai 2013

Pesanan Imam Al Ghazali RH

Pesanan Imam Al Ghazali RH tentang kepentingan Ilmu Tasauf dan apakah langkah permulaan yang mesti di lalui?


Dan aku teruslah bermujahadah lebih kurang sepuluh tahun lamanya, maka telah terserlah dihadapanku dicelah celah masa khalwatku (masa aku mengasingkan diri dari orang ramai) rahsia rahsia yang tidak terhingga banyaknya.Dan sesuatu yang dapat aku perkatakan disini supaya dapat diambil manfaat oleh orang ramai ialah:
Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan sepenuh keyakinan bahawasanya golongan sufi (ahli ahli tasauf), merekalah yang sebenarnya orang yang mengikuti jalan Allah swt. secara khusus dan cara hidup mereka sebaik baik cara hidup, manakala jalan yang mereka lalui adalah jalan yang paling benar dan akhlak mereka yang paling bersih.Bahkan, seandainya di himpunkan akal orang yang cerdik pandai,hikmah para Hukama (ahli ahli hikmat) dan kepakaran para Ulama yang mendalami rahsia rahsia syari’at dengan tujuan untuk merubahkan sedikit dari cara hidup ataupun akhlak mereka dan menggantikan dengan satu cara hidup atau akhlak yang lebih baik daripadanya ,sudah pasti mereka tidak akan menemuinya.Ini di sebabkan kerana segala pergerakan ahli sufi itu dan begitu juga diam mereka, sama ada zahir atau batin adalah bersumber dari pancaran cahaya kenabian.Dan sudah pasti bahawa tidak ada selain dari pancaran cahaya kenabian itu sebarang nur yang dapat dijadikan panduan bagi kehidupan di atas muka bumi ini”...

PEMBAHAGIAN MANUSIA DALAM MENUNTUT ILMU ...
Dan ketahui lah bahawa manusia didalam menuntut ilmu ini terbahagai kepada tiga keadaan:

Pertama: Orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka dia tidak berniat dengan mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredhaan Allah dan negeri Akhirat.Maka orang ini termasuk di dalam golonga orang yang beruntung.

Kedua: Orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan yang segera (dunia) dan mendapatkan kemuliaan, pangkat dan harta benda, sedangkan dia sendiri menyedari hal ini dan merasakan didalam hatinya akan kejahatan kejahatan yang sedang dialaminya dan kehinaan maksudnya.Maka orang ini berada dalam golongan orang yang berbahaya .Jikalau dia mati sebelum sempat bertaubat, maka dibimbangi ia akan mati dalam keadaan su-ul khatimah kemudian urusannya terserahlah kepada kehendak Allah ( kalau mahu di maafkan atau diseksa).Tetapi kalau dia mendapat taufiq sebelum matinya lalu dia bertaubat dan sempat mengamalkan ilmu yang telah dituntutnya dan sempat pula membuat pembetulan terhadap apa yang tercedera dan tercuai, maka bolehlah dia dikumpulkannya bersama golongan yang beruntung,kerana orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti orang yang tidak berdosa.

Ketiga: Orang yang telah dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmu yang di tuntutnya sebagai alat untuk menghimpun harta benda dan bermegah megah dengan kedudukkan dan merasa bangga dengan ramai pengikutnya. Dia menggunakan ilmu yang dituntut untuk mencapai segala hajatnya dan untuk mengaut keuntungan dunia.Walaupun demikian, dia masih terpedaya lagi dengan sangkaanya bahawa dia mempunyai kedudukkan yang tinggi di sisi Allah kerana dia masih lagi pada zahirnya menyerupai ulama.Dia bercakap seperti percakapan ulama dan berpakaian seperti pakaian ulama, pada hal zahir dan batinya penuh dengan tamak dan haloba dalam menghimpun kekayaan dunia.Orang seperti ini termasuk dalam golongan orang yang binasa,jahil dan tertipu dengan helah syaitan dan sangat tipis harapan untuk ia bertaubat kepada Allah kerana dia telah menyangka bahawa dirinya termasuk didalam golongan orang yang baik, pada hal ia telah lupa akan firman Allah Taala yang bermaksud: “ Wahai orang yang beriman, kenapa kamu memperkatakan barang yang tidak kamu amalkan?” (Surah Al Shaf – 2)...

Tiada ulasan: