Jumaat, 28 Februari 2014

JALAN KESUFIAN

Nabi Muhammad s.a.w adalah sebaik-baik penyampai, sebaik-baik pembimbing. Baginda s.a.w berkemampuan menyampaikan menurut tahap akal dan suasana kebatinan seseorang. Ahli falsafah mampu menerima pengajaran baginda s.a.w dan ahli kerohanian juga mampu menerimanya. Orang yang semata-mata bertaklid kepada baginda s.a.w juga mampu menerima pengajaran baginda s.a.w. Apa yang baginda s.a.w ajarkan akan terhunjam ke dalam akal fikiran dan hati nurani seseorang. Kalam yang keluar daripada mulut baginda s.a.w menanamkan pengertian pada akal dan penghayatan pada jiwa. Apabila baginda s.a.w mengajarkan ayat-ayat al-Quran, maksud yang sebenar dari ayat-ayat tersebut akan terpahat pada fikiran dan hati sahabat-sahabat baginda s.a.w. Walaupun baginda s.a.w menyampaikan melalui perkataan dan perbuatan tetapi baginda s.a.w juga mampu berkomunikasi secara langsung dengan akal dan hati nurani. Perbuatan dan perkataan baginda s.a.w bertindak sebagai kunci yang membuka tabir hijab yang menutupi akal dan hati. Mata akal dan mata hati menjadi celik apabila menerima sentuhan perkataan dan perbuatan baginda s.a.w. Para sahabat yang menerima pengajaran secara langsung daripada baginda s.a.w akan mengalami perubahan dengan  mudah, sesuai dengan apa yang baginda s.a.w ajarkan. Sebaik sahaja baginda selesai membaca ayat yang mengharamkan arak maka pada ketika itu juga para sahabat baginda s.a.w membuang tabiat meminum arak. Sebaik sahaja baginda s.a.w selesai menyampaikan perintah sembahyang fardu lima waktu sehari semalam, maka pada ketika itu juga para sahabat baginda s.a.w masuk ke dalam arus sembahyang fardu lima waktu sehari semalam. Apabila baginda s.a.w menyampaikan kewajipan berpuasa pada bulan Ramdhan, maka pada bulan Ramdhan tahun itu juga para sahabat baginda s.a.w melakukan fardu puasa. Apabila baginda s.a.w melantik wakil-wakil untuk menyampaikan surat-surat kepada semua penguasa umat manusia di sekitar Semenanjung Arab, maka dengan rela mereka menjalankan tugas tersebut tanpa menghiraukan mereka akan dibunuh atau tidak dalam melaksanakan tugas tersebut. Apabila baginda s.a.w membacakan ayat tentang Allah s.w.t, maka pada ketika itu juga para sahabat mengenal Allah s.w.t. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w memancarkan nur yang menerangi akal dan hati manusia.
 Kebolehan baginda s.a.w yang luar biasa menembusi akal dan hati manusia itu adalah kerana baginda s.a.w dilengkapkan dengan sifat-sifat siddik, amanah, tabligh dan fatanah. Baginda s.a.w membawa dan menyampaikan yang benar, tidak menyembunyikan, tidak mengubah kebenaran dan disampaikan dengan penuh kebijaksanaan. Apabila datang yang benar maka yang batal akan menyingkir. Cahaya kebenaran yang dipancarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w menghalau kegelapan yang menyelubungi akal dan hati. Kekuatan cahaya kebenaran yang mampu dipancarkan oleh seseorang pembimbing adalah bergantung kepada setakat mana kesempurnaan sifat-sifat siddik, amanah, tabligh dan fatanah yang dimilikinya. Sifat-sifat tersebut dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahap kesempurnaan paling tinggi, paling kuat dan paling sempurna. Oleh yang demikian baginda s.a.w meninggalkan kesan yang paling maksima di dalam penyampaian baginda s.a.w. Baginda s.a.w mampu menyampaikan sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan paling mudah dan paling ringkas tetapi memberi pengertian yang sangat luas dan kesan yang sangat mendalam kepada pendengarnya. Selama baginda s.a.w berdakwah 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah, baginda s.a.w menyampaikan 6,666 ayat al-Quran dan kata-kata baginda s.a.w yang dikumpulkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal berjumlah 40,000, dengan kata-kata yang hanya sebanyak itu selama 23 tahun baginda s.a.w sudah menyampaikan dengan lengkap satu agama yang mencangkupi seluruh kehidupan dunia dan akhirat, yang mampu bertahan sehingga hari kiamat. Pekerjaan yang begitu besar dan bidang yang begitu luas baginda sempurnakan dengan tutur-kata yang sangat sedikit. Kemampuan Nabi Muhammad s.a.w itu tidak mungkin dapat dicabar oleh sesiapa pun, walau pada zaman mana sekalipun.

 Nabi Muhammad s.a.w, mahaguru yang paling arif, pembimbing yang paling bijaksana, telah mengasuh satu kumpulan kaum Muslimin untuk memikul tugas berat membimbing umat manusia. Para pembimbing yang diasuh oleh Rasulullah s.a.w merupakan kumpulan pembimbing yang paling baik di kalangan yang melakukan tugas tersebut. Setelah Rasulullah s.a.w wafat, matahari yang mengeluarkan cahaya petunjuk mula condong, awan mendung mula berarak, muncullah bayang menghijab perjalanan. Semakin lama Rasulullah s.a.w meninggalkan dunia ini semakin kurang kesan dan pengaruh yang mampu dihasilkan oleh seseorang pembimbing. Orang ramai telah mengalami kesulitan di dalam mendapatkan bimbingan menuju kepada Yang Haq. Sifat-sifat siddik, amanah, tabligh dan fatanah yang ada dengan orang-orang yang seharusnya menjadi pembimbing sudah sangat berkurangan. Ilmu yang mereka sampai tidak lagi berkemampuan membuka pintu akal dan pintu hati. Dalam keadaan yang demikian orang yang benar-benar mencari Yang Haq hilang keyakinan kepada mereka yang memikul tugas sebagai pembimbing di dalam masyarakat. Pencari kebenaran, setelah gagal memperolehi yang di cari melalui ahli ilmu, telah kembali kepada fitrahnya sendiri. Orang yang kembali kepada fitrahnya melihat satu-satunya jalan yang memberi harapan kepadanya adalah memulakan perjalanan seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika dunia diselubungi oleh kegelapan akidah dan akhlak dahulu. Orang ini memilih jalan bersendirian, berkhalwat di tempat yang tidak dikunjungi oleh manusia. Walaupun lari dari manusia tetapi orang fitrah itu membawa bersama-samanya pusaka yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu al-Quran dan as-Sunah. Di dalam suasana bersendirian itulah dia melakukan  amalan yang diajarkan oleh al-Quran dan as-Sunah berhubung dengan bidang perhubungan hamba dengan Tuhan. Dalam suasana yang demikian, tidak ada perhubungan sesama manusia. Aspek ini ditinggalkan.

 Jalan fitrah yang diterokai oleh kumpulan manusia yang mengasingkan diri itu menjadi asas kepada jalan yang kemudian hari dikenali sebagai jalan kesufian. Pengasas aliran sufi adalah manusia fitrah yang hidup di dalam masyarakat yang penuh dengan kegelapan, kekeliruan dan ketidak-pastian. Mereka lari daripada kegelapan, kekeliruan dan ketidak-pastian itu sebagaimana Rasulullah s.a.w lari dari suasana jahiliah dahulu. Manusia fitrah yang tinggal sendirian itu melakukan amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu bersembahyang, berpuasa, berzikir dan lain-lain. Amalan mereka tidak bersalahan dengan syariat, cuma bidang syariat yang ada hubungan dengan orang ramai tidak diamalkan. Amalan cara yang demikian kemudian harinya dipanggil suluk.

 Manusia fitrah yang hidup di dalam masyarakat yang penuh dengan kegelapan jahiliah akan merasai tekanan dan kegelisahan pada jiwanya. Jalan keluar bagi orang yang seperti ini adalah mengasingkan diri di tempat yang jauh daripada orang ramai dan menghabiskan  masanya dengan beribadat kepada Allah s.w.t. Sebahagian daripada golongan yang memilih jalan mengasingkan diri akan terus menerus berada di dalam keadaan demikian sementara sebahagiannya pula kembali kepada masyarakat setelah rohani mereka mencapai kematangan. Orang yang memasuki jalan bersendirian terus menerus berada pada jalan kesufian dan yang kembali kepada masyarakat adalah orang sufi yang berpindah dari jalan kesufian kepada jalan kenabian. Orang yang kembali kepada jalan kenabian lebih sempurna perjalanannya dan dari golongan inilah muncul para pendakwah yang membimbing umat manusia kepada jalan Allah s.w.t. Kebanyakan sufi yang telah matang kembali kepada jalan kenabian. Abdul Qadir Jilani, Ibrahim Adham, Junaid, Hasan Basri dan ramai lagi merupakan sufi yang kembali kepada jalan kenabian setelah menyempurnakan jalan kesufian. Mereka adalah ahli sufi yang mengikuti jalan kenabian. Sufi yang kembali kepada jalan kenabian ini mempunyai keperibadian yang kuat dan percampuran dengan orang ramai tidak lagi memberi tekanan  kepada jiwa mereka, malah mereka mampu membimbing orang lain untuk berjalan kepada Yang Haq. Bagi orang yang seperti ini pengembaraan pada jalan kesufian merupakan sebahagian daripada latihan memantapkan kerohaniannya bagi melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di bumi. Golongan tersebut adalah orang yang menjadi pilihan Allah s.w.t dalam menegakkan syariat-Nya di atas muka bumi dan memimpin umat manusia kepada jalan lurus yang sebenarnya.

 Peringkat kewalian pada jalan kesufian berbeza dengan peringkat kewalian pada jalan kenabian. Kewalian sufi masuk kepada suasana meninggalkan semua makhluk dan membenamkan ingatan secara terus menerus kepada Allah s.w.t. Kewalian sufi bergerak menghapuskan kehendak diri sendiri dan sifat-sifat kemanusiaan. Sebutan dan ingatan yang terus menerus kepada Allah s.w.t membawa sufi fana diri atau melupakan diri sendiri. Di dalam fana sufi memperolehi jazbah iaitu pengalaman yang berkaitan dengan suasana ketuhanan. Setelah melepasi peringkat fana sufi sampai kepada peringkat baqa atau kekal bersama-sama Allah s.w.t. Di dalam menuju baqa, pada peringkat fana yang paling tinggi sufi hilang kesedaran diri sepenuhnya. Wujudnya hilang dari pandangan dan perasaannya. Hanya Wujud Allah s.w.t sahaja yang menguasainya. Pada peringkat tersebut sufi mengalami apa yang diistilahkan sebagai wahdatul wujud, di mana wujud hamba dengan Wujud Tuhan tidak lagi berbeza pada alam perasaan sufi. Suasana demikian diperolehi akibat didorong oleh  rasa kecintaan kepada Allah s.w.t secara asyik mahsyuk yang bersangatan dan pada masa yang sama kesedaran terhadap diri sendiri hilang. Pengalaman wahdatul wujud menimbulkan apa yang diistilahkan sebagai mabuk. Sufi hanya melihat kepada Wujud Tuhan, tidak lagi kepada wujud dirinya dan sekalian wujud yang selain Tuhan. Bila kewujudan diri sendiri hilang dari alam perasaan sufi sering mengucapkan perkataan yang diistilahkan sebagai latah seperti pengakuan bahawa dirinya adalah Tuhan atau Tuhan yang menjadi bakat dirinya.

 Kebanyakan sufi sangat mementingkan pengalaman bersatu dengan Tuhan. Mereka menjalani latihan yang berat-berat bagi menghilangkan kesedaran terhadap diri sendiri, iaitu mencapai fana dan dikuasai oleh kecintaan kepada Allah s.w.t yang mengasyikkan. Bagi memperolehi yang demikian sufi perlu menghapuskan semua keinginannya, sifatnya dan identiti dirinya secara menyeluruh. Pekerjaan yang demikian sangat berat, perlu dilakukan latihan menindas jasad. Latihan yang merbahaya dan luar biasa terkenal di kalangan para sufi di dalam proses meleburkan kedirian mereka. Latihan yang demikian membawa sufi melupakan dunia dan akhirat.

 Orang sufi percaya rohnya adalah Roh yang dari Allah s.w.t, yang suci bersih. Roh yang suci itu dipenjarakan oleh jasad. Sufi berasa berkewajipan membebaskan rohnya daripada penjara jasad dan mencapai tujuan iaitu bersatu dengan Tuhan. Oleh yang demikian sufi mengistiharkan perang terhadap jasad dengan cara menindas keperluan jasad seperti makan, minum, tidur, tutur-kata, pergaulan dan sebagainya. Selagi rohaninya tidak bebas dari pengaruh jasad sufi tidak akan berasa aman. Sikap penindasan terhadap jasad ini menimbulkan kegelisahan, kehangatan dan kemarahan di dalam roh haiwaninya yang menghubungkan rohnya dengan jasad. Tindak-balas daripada roh haiwani itu sering menimbulkan sikap kasar dan agressif pada orang sufi, terutamanya bagi mereka yang berada pada peringkat permulaan melatihkan diri. Setelah dapat menguasai peringkat roh haiwani sufi akan beransur-ansur menjadi tenang dan kesedaran pancainderanya mengecil sehinggalah hilang terus. Dia mencapai kehampiran dengan Tuhan dan seterusnya memasuki suasana bersatu dengan-Nya. Baharulah sufi merasakan kerihatan daripada jihadnya terhadap jasad.

 Jalan yang ditempuh itu menyebabkan sufi gemar kepada yang indah-indah, mendengar suara yang merdu, lagu-lagu kasih, puisi dan cerita-cerita percintaan. Sebahagian daripada para sufi terbawa-bawa kepada berzikir secara menyanyi dan menari sambil diiringi oleh muzik. Keadaan yang demikian menambahkan rasa kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan mengubati kerinduan mereka kepada-Nya. Kerinduan kepada Tuhan sangat menekan jiwa dan menimbulkan kegelisahan yang amat sangat. Aktiviti yang mengasyikkan dapat meredakan tekanan dan kegelisahan tersebut. Perjalanan yang demikian menyebabkan timbul sikap kasar dan tidak terkawal di kalangan sebahagian sufi, selama kecintaan kepada Tuhan belum mereka kuasai dan kerinduan kepada-Nya belum terubat. Kerinduan dan keasyikan menyebabkan sufi lupa bukan sahaja kepada diri dan makhluk, malah sering juga terjadi peraturan syariat dan etika moral tidak diambil berat oleh sebahagian mereka. Sebahagian sufi masih melakukan peraturan syariat tetapi semata-mata kerana menghormati syariat Tuhan bukan kerana menghayati peraturan tersebut.
Para sufi yang bersungguh-sungguh dengan latihan kerohanian mereka, setelah memperolehi keasyikan, akan masuk ke dalam suasana kebatinan di mana mereka menyaksikan rupa, bentuk, cahaya dan warna. Pengalaman yang demikian banyak berlaku pada peringkat awal perjalanan sufi. Penyaksian yang demikian sangat menggembirakan mereka, menambahkan keyakinan dan semangat untuk maju terus. Oleh kerana penyaksian tersebut terjadi di dalam suasana kebatinan yang ghaib, sufi mudah menghubungkan yang disaksikan itu dengan Allah s.w.t. Timbullah konsep ketuhanan yang tidak jelas dan mengelirukan.

 Penghujung jalan para asyikin adalah bersatu dengan Tuhan. Sufi mengalami kefanaan, dirinya hilang dia berkamil dengan Tuhan. Dia dikuasai oleh suasana ketuhanan. Pada peringkat ini sering terjadi ucapan latah seperti: “Ana al-Haq!” Ucapan latah yang meletakkan ketuhanan pada diri itu berlaku kepada sufi ketika kesedaran terhadap diri sendiri hilang lenyap. Suasana yang demikian diistilahkan sebagai mabuk. Dalam suasana yang demikian hubungan hati orang sufi dengan Tuhan sangat erat. Dia telah melepaskan segala-galanya demi Tuhannya. Dia telah membuang makhluk  dan dirinya demi kecintaannya kepada Tuhan. Gelombang kefanaan yang melanda hati sufi itu mengubah suasana kebatinannya menyebabkan sering muncul keajaiban daripada dirinya, doanya cepat makbul, perkataannya menjadi kenyataan, dia boleh melakukan perkara yang luar biasa seperti berjalan di atas air atau masuk ke dalam api. Hasilnya bertambah teguhlah keyakinannya terhadap apa yang dipegangnya.

 Perkara luar biasa yang muncul daripada sufi yang di dalam zauk itu menyebabkan orang ramai menjadi percaya kepada apa yang sufi itu iktikadkan. Sufi yang di dalam kefanaan diri menyaksikan satu wujud lalu memperkatakan mengenainya. Muncullah fahaman wahdatul wujud. Orang ramai yang melihat keajaiban pada sufi itu dengan mudah menerima fahaman wahdatul wujud yang dipegang oleh sufi itu. Sufi membina fahaman wahdatul wujud melalui pengalaman kerohaniannya, melalui penyaksian mata hatinya. Dia mengalami sendiri suasana semua wujud hilang dan hanya satu wujud sahaja yang menyata. Orang ramai pula berpegang kepada fahaman wahdatul wujud secara ikut-ikutan, tanpa mengalaminya dan tanpa benar-benar mengerti mengenainya. Pegangan sufi dibentuk melalui pengalaman rasa sementara orang lain pula melalui khayalan dan andaian. Sufi yang berkata atau melakukan sesuatu yang menyalahi syariat, bertentangan dengan perkataan al-Quran dan perkataan Rasulullah s.a.w ketika dia dikuasai oleh hal atau mabuk, boleh dimaafkan kerana dia berbuat demikian tanpa kesedaran. Orang lain yang di dalam kesedaran biasa yang mengikuti orang sufi secara meniru-niru perlu diberi penjelasan bahawa perbuatan mereka adalah sesat dan kufur.

 Pengalaman wahdatul wujud adalah umpama bayangan yang muncul akibat awan mendung menutupi sinar matahari. Setelah awan berlalu bayangan pun hilang. Orang sufi yang berjalan terus akan melepasi peringkat bayangan tersebut. Fahaman wahdatul wujud ditinggalkan di belakang dan dia masuk kepada jalan kenabian, berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunah. Kebenaran yang sejati terletak dalam al-Quran dan as-Sunah bukan pada zauk, jazbah dan mabuk. Oleh yang demikian orang sufi yang belum melepasi suasana mabuk dilarang keras bercampur gaul dengan orang ramai dan menyampaikan fahaman yang terbentuk ketika mabuk...

Selasa, 25 Februari 2014

Hikmah beristighfar mohon keampunan

Syaddad bin Aus berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Istighfar iaitu doa meminta ampun yang utama dengan membaca: Wahai Tuhan! Engkaulah Tuhan saya. Tiada Tuhan selain Engkau. Engkau menjadikan saya, dan saya ini adalah hamba-Mu.

Saya mencuba sedaya upaya melaksanakan janji kepada-Mu. Saya berlindung kepada-Mu daripada perbuatan jahat saya sendiri. Saya mengaku Engkau sudah memberi banyak nikmat kepada saya. Saya juga mengaku perbuatan dosa saya. Memang tidak ada sesiapa lagi yang boleh mengampunkan dosa selain daripada-Mu.    


   Keistimewaan doa

Orang yang membaca doa ini pada waktu siang dengan penuh yakin kemudian meninggal dunia pada hari itu sebelum waktu petang, sudah pasti dia menjadi ahli syurga. Dan orang yang membaca doa ini pada waktu malam dengan penuh yakin, kemudian meninggal pada malam itu sebelum tiba waktu pagi, sudah pasti dia menjadi ahli syurga.” (Riwayat Bukhari)

Abdullah bin Abbas berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membiasakan diri beristighfar meminta ampun, Allah akan melepaskan dia daripada semua kesempitan dan melapangkan daripada semua kesusahan. Serta memberi rezeki yang tidak disangka-sangka kepadanya.” (Riwayat Abu Daud)

CABARAN MENGHADAPI FITNAH DUNIA

Apabila datangnya fitnah kepada manusia pada akhir zaman, mereka terdedah ujian yang sangat mencabar sehingga ramai terpengaruh dengan kesesatan disebabkan kekeliruan untuk mencari kebenaran dalam agama.

Ketika itulah mereka memerlukan panduan yang akan menyuluh jalan mereka, panduan yang akan menyelamatkan mereka terpesong daripada landasan agama.       


Kembali kepada Allah SWT adalah suatu jalan terbaik untuk menghindarkan fitnah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bukankah Allah SWT sudah cukup untuk membantu hamba-Nya?” (Surah az-Zumar, ayat 36)


Ibnu Qayyim dalam mentafsirkan ayat ini berkata, kecukupan di sini adalah dari sudut ubudiyyah di mana bertambahnya sifat ubudiyyah seseorang akan bertambahlah taqarrub dan kecukupannya kepada Allah SWT.

Antara fitnah terkuat mempengaruhi manusia ialah dunia dan wanita. Daripada Abu Said Al-Khudri, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya dunia itu manis dan lazat, dan sesungguhnya Allah membentangkannya padamu, kemudian melihat bagaimana kamu menggunakannya. Maka hati-hatilah terhadap dunia dan wanita, kerana fitnah pertama yang menimpa Bani Israil disebabkan wanita.” (Riwayat Muslim)


Waspada keseronokan dunia, wanita
Nabi SAW mengingatkan, terdapat dua perkara yang perlu kepada perhatian dan kewaspadaan iaitu keseronokan dunia dan fitnah terhadap wanita. Allah SWT menjadikan kehidupan ini dan semua yang ada padanya sebagai ujian untuk menilai siapakah manusia paling baik amalannya.

Fitnah berpunca dari hati yang kotor serta pengaruh syaitan mengganggu hati-hati manusia. Daripada Hudzaifah, katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Fitnah-fitnah akan mendatangi hati bagaikan anyaman tikar yang tersusun seutas demi seutas. Maka hati mana saja yang menyerapnya akan ditorehkan padanya satu titik hitam. Dan hati mana saja yang mengingkarinya akan ditorehkan padanya satu titik putih hingga menjadilah keadaan dua jenis hati tadi, hati yang sangat putih bagaikan batu putih yang sangat licin, tidak akan ada satu fitnah pun yang akan memudaratkannya selama langit dan bumi masih ada. Sedangkan hati yang lain adalah hati yang hitam dan kotor, bagaikan gelas yang terbalik. Hati yang tidak mengetahui perkara yang makruf dan tidak pula mengingkari perkara yang mungkar, kecuali yang sesuai dengan hawa nafsunya.” (Riwayat Muslim)

Baginda SAW menjelaskan, melakukan ibadah dapat menghindarkan kita daripada fitnah dan jika berlaku fitnah, tingkatkanlah ibadah.

Hakikatnya, usaha untuk keluar daripada fitnah amat sukar umpama membawa kambing peliharaan di lereng bukit. Beruntunglah mereka yang tenang ketika manusia lain keliru dengan agama sendiri. Ibadah khususnya solat, dapat menerangi jalan, menguatkan jiwa dan menerangi hati.

Rasulullah SAW apabila menerima sesuatu kejutan, Baginda akan segera bersolat. Suatu hari, Baginda bingkas bangun dari tidur seraya bertasbih dan bersabda: “Maha suci Allah, apakah Allah telah keluarkan perbendaharaannya? Sesungguhnya fitnah sudah hampir datang sehingga mereka yang berpakaian di dunia akan bertelanjang di akhirat.” (Riwayat Bukhari)

Baginda SAW menggalakkan umatnya memperbanyakkan ibadah demi mengelak fitnah sebelum tiba masanya dan keselamatan apabila ia berlaku.


Bahaya kepada akidah

Ada orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agama semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara. Sedangkan, fitnah dilakukan mencabar agama dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah serta kepercayaan kepada Allah SWT.

Justeru, persoalan agama juga telah dikategorikan sebagai perkara yang membawa kepada fitnah. Isu berkaitan fahaman, fatwa, hukuman, sikap dan segala perkara berkaitan agama akan menghasilkan pertembungan dalam kalangan pemikiran orang awam lantaran golongan ilmuwan yang cenderung kepada dunia.

Puasa dan sedekah juga adalah salah satu jalan bagi menghindarkan fitnah. Saidina Umar berkata: “Siapa yang ada menghafal sebuah hadis daripada Nabi SAW berkenaan fitnah? Jawab Huzaifah: Aku mendengar Baginda bersabda: “Fitnah seorang dalam keluarga, dalam hartanya dan tetangga dapat ditutup (dihapuskan) oleh solat, puasa dan sedekah.” (Riwayat Bukhari)

Kita juga hendaklah banyak berdoa kepada Allah SWT supaya dijauhi daripada fitnah kerana doa adalah senjata yang ampuh. Allah SWT telah menunjukkan jalan untuk menyelamatkan kita melalui firman-Nya yang bermaksud: “Mengapa mereka tidak memohon doa kepada Allah SWT dengan merendahkan diri ketika ditimpa ujian getir.” (Surah al-Ana’m, ayat 42)

Lihatlah betapa pentingnya kefahaman terhadap ujian yang diturunkan Allah SWT pada akhir zaman. Pengetahuan adalah sumber kekuatan dan gelombang fitnah mesti dikaji dengan meletakkan al-Quran serta sunah di tempat sewajarnya.

Rabu, 19 Februari 2014

Kerajaan negeri didesak tutup pusat urut


 

Kerajaan negeri didesak tutup pusat urut



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Selatan/20140220/ws_01/Kerajaan-negeri-didesak-tutup-pusat-urut#ixzz2tpdgDUA5
© Utusan Melayu (M) Bhd


Sebahagian daripada 20 ahli NGO menunjukkan laporan polis dan meminta pihak berkuasa menutup premis rumah urut selepas membuat aduan itu di Seremban, Negeri Sembilan, semalam. - Utusan/Abd. Razak Aid
SEREMBAN 19 Feb. - Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mendesak dan meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri menutup semua premis rumah urut di negeri ini yang dilihat semakin bertambah di beberapa buah daerah ketika ini.
Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN) Mejar (B) Razali Zakaria menjelaskan, kewujudan rumah urut bukan sahaja mengundang rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini malah ia juga dilihat menjadi sarang maksiat di sebalik perkhidmatan ditawarkan.
Malah beliau juga melahirkan rasa kesal apabila tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam membanteras kegiatan maksiat dalam kalangan umat Islam di negeri ini dicabar oleh segelintir pihak yang bertindak samseng dan mengugut pihak berkuasa.
''Dalam hal ini kita tidak boleh berdiam diri dan kita akan menghantar memorandum kepada kerajaan negeri dalam tempoh terdekat mendesak agar menutup semua premis urut yang semakin bertambah di negeri ini.
''Kita melihat terdapat pertambahan yang mendadak premis-premis ini mengundang rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam malah dikhuatiri menjadi tempat kegiatan maksiat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung kejadian kekecohan dan insiden khianat di Pejabat Penguat kuasa JHEAINS di Rahang dekat sini Ahad lalu.
Dalam insiden yang berlaku pukul 5 pagi itu sekumpulan sembilan lelaki bertindak samseng apabila menyerang dan merosakkan sebuah pacuan empat roda (4WD) milik penguat kuasa JHEAINS.
Dalam pada itu Setiausaha Agung Gabungan NGO Malaysia, Mohd. Arafat Muhammad mewakili kumpulan tersebut berkata, biarpun pihak polis telah pun membuat tangkapan terhadap lima individu yang terlibat namun perbuatan berkenaan mencabar institusi Islam.
''Laporan polis yang dibuat ini adalah sebagai satu sokongan pihak NGO terhadap usaha pembanterasan jenayah syariah di negeri ini dan kita minta kepada penguat kuasa agar tidak tunduk kepada mana-mana pihak.
''Kita juga mahu agar tindakan tegas diambil kepada mereka yang terlibat oleh pihak berkuasa selain diberi jaminan keselamatan ketika menjalankan sebarang operasi," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu mengesahkan menerima laporan tersebut dan kelima-lima suspek yang ditahan masih direman bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan dan Seksyen 427 kanun sama kerana melakukan perbuatan khianat.

Serang JHEAINS cabar Islam  
SEREMBAN – Tindakan sekumpulan samseng menyerang anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam kejadian Ahad lalu, mengundang kemarahan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.

Berikutan itu, semalam, sebanyak dua puluh NGO termasuk pertubuhan politik membuat laporan di Balai Polis Seremban 2, dekat sini, menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan samseng terbabit.

Antara NGO yang membuat laporan adalah Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Gabungan Persatuan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Belia Gagah Malaysia, Pertubuhan Islam Gabungan Amal dan  Pertiga.

Turut serta, Persatuan Sukarelawan Ampangan, Majlis Ayahanda Negeri Sembilan, Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sembilan dan Umno Cawangan Rasah Jaya yang hadir kira-kira 2 petang di balai polis berkenaan.

Presiden GMPN, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, pihaknya mengecam perbuatan kumpulan berkenaan yang menyerang, memaki hamun dan mengugut, serta merosakkan kereta milik anggota penguat kuasa JHEAINS.

Sedangkan, katanya, anggota penguat kuasa  menjalankan tanggungjawab membanteras maksiat dan rumah urut yang sememangnya bercanggah dengan Islam.

“Apabila mereka berani bertindak secara ganas terhadap agensi penguatkuasa kerajaan, ia boleh dilihat sebagai mencabar Islam.

“Oleh itu, kita mendesak supaya polis mengambil tindakan tegas kepada mereka yang telah ditangkap mengikut undang-undang sedia ada.

“Ini adalah bagi memastikan anggota penguatkuasa Islam dan juga masyarakat diberi jaminan keselamatan yang tinggi dari ancaman kumpulan sam

eng dan kongsi gelap daripada terus bermaharajalela,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis tersebut.

Turut serta, Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sembilan, Ridzuan Ahmad; Pemangku Setiausaha Gabungan Persatuan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhamad dan barisan lebih 50 ahli NGO yang lain.

Sementara itu, Ridzuan Ahmad berkata, pihaknya turut menggesa pihak berkaitan supaya mengambil tindakan dengan menutup pusat urut dan pusat perjudian yang beroperasi di sebalik sindiket kegiatan haram di negeri ini.

Ridzuan berkata, Umno dan semua NGO akan terus mempertahankan dan memberi sokongan kepada penguat kuasa JHEAINS dalam terus menjalankan tugas membanteras kegiatan haram dan maksiat di negeri ini demi kebaikan masyarakat Islam.



 

Rabu, 12 Februari 2014

MANTAN PM MAHATHIR MENJAWAP SOAL NIK AZIZ

Mahathir jawab Nik Aziz

by amri el wahab
 
Mantan PM Dr Mahathir Muhammad bukan ahli dalam bidang agama.Tetapi kenyataan nya di sini walaupun tidak 100% saya setuju namun adalah baik untuk di buat renungan dan di jadikan teladan.
Saya bukan orang politik dan tidak terlibat dengan mana mana fahaman politik kepartian.Dari itu saya ajak sidang pembaca baca ini dari sudut dan kaca mata ilmu Islam tanpa ada “bias” iaitu kepentingan politik dan sikap berat sebelah…….
1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.
2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.
3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.
4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.
5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.
6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.
7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.
8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.
9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.
10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.
11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.
12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.
13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.
14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.
15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.
16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.
17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?
18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.
19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.
20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.
21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.
22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.
23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.
24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.
25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?
26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.
28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.
29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat);"Innamalmukminu na ikhwatun..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.
30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."
32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.
33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.
34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.
35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.
36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.
37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.
38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.
39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.
40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.
41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.
42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atautheory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.
43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.
44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?
45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?
46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?
47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.
48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?
49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.
 
Tahun: 2011

FOTO HUKUM HUDUD

Foto foto hukum hudud

                  
Ini foto hukuman rejam sampai mati di Somalia yang dipost oleh seorang kawan Melayu di Malaysia kepada saya :
Si pesalah di tanam separuh badan.
Beliau diingatkan untuk bertaubat dan mengucap Kalimah Syahadah sebelum menemui ajalnya.
Si pesalah terus mengucap Kalimah Syahadah. Tanda jari telunjuk tersebut adalah kebiasaan orang Arab ketika mengucap bermakna “hanya Allah yang SATU” (tanda TAUHID/ESA) dalam lafaz “Tiada Tuhan Melainkan Allah. Muhammad itu Pesuruh Allah“.
Ketika direjam oleh sebahagian lelaki Islam sambil sebahagian yang lain menyaksikan hukuman tersebut demi mengambil pengajaran dan keinsafan.
Setelah menjalani hukuman rejam sampai mati. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.
Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa si pesalah di atas yang dilakukan sepanjang hayatnya, dimasukkan ke dalam SyurgaNya dan semoga Allah menjauhkan saudara-saudara seIslamnya dari maksiat-maksiat yang terkutuk. Ameen.
Setelah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Maiz mati direjam kerana kesalahan berzina dengan seorang sahibiah bernama Ghamidiah, Rasulullah saw bersabda, Laqad taba, lau wuziat taubatahu ila ahlil madinah lakafat” (Sesungguhnya Maiz telah bertaubat, dan jika taubatnya dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk Madinah, nescaya ia mencukupi untuk mereka semua).
“Dan orang-orang yang mencuri, lelaki dan wanita, potonglah tangan mereka, sebagai hukuman terhadap apa yang telah mereka lakukan. Ia sebagai balasan dari Allah. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesiapa yang bertaubat setelah (melakukan) kezalimannya dan membaiki dirinya maka sesungguhnya ALlah memberi taubat kepadanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-Maidah:38 – 39)
Hukum hudud potong pergelangan tangan kerana kesalahan mencuri.
Di Negara-negara Sekular, seseorang boleh mencuri secara terhormat seperti pecah amanah wang simpanan ratusan juta ringgit, kemudian memindahkan secara membahagi-bahagikan wang tersebut kepada suku sakatnya menjadikan mereka sekumpulan jutawan sekelip mata. Apabila beliau dihukum penjara atau denda dan tidak dapat membayar dendaan tersebut, beliau di istihar “Muflis” dan mungkin dipenjarakan untuk sesuatu tempoh. Apabila tamat tempoh penjara, beliau melangkah keluar dari penjara sebagai seorang jutawan lagi menjutawankan orang lain. Suku sakat jutawan beliau boleh memulangkan sepenuh atau sebahagian dari jutaan wangnya dengan cara halus mengikut perjanjian dan terma yang mereka sepakati bersama. Demikian berbilion wang rakyat dilesapkan sepanjang masa. Di dalam Islam, jika sabit kesalahan seperti itu, beliau akan kehilangan tapak tangannya kerana dipotong, dan hutangnya jatuh ke tangan warisnya dalam hal-hal tertentu.
Seorang pesalah sedang dipancung. Pedang telah diangkat betul-betul di atas tengkuk. Kelihatan seorang lagi pesalah (berpakaian putih) telah dipancung lehernya.
Kedua-dua pesalah telah dipancung.
Pada Musim Haji 2007M/1428H yang lalu ketika di Madinah saya sempat melihat perkumpulan manusia di satu padang untuk menyaksikan hukuman pancung, katanya akan berlangsung pukul 11.00 pagi. Malangnya apabila saya balik ke hotel untuk mengambil kamera video dan tiba di tempat tersebut pukul 10.30 pagi, hukuman tersebut telah pun dilaksanakan pada pukul 10.00 pagi sebenarnya. Yang ada di situ ialah tompokan-tompokan darah yang sedang dipancutkan air ke atasnya oleh para pekerja.
Di Nusatara ?
 
 
(Sumber: Ini Jalan Ku)

Selasa, 4 Februari 2014

Penyelamat akhir zaman

PENYELAMAT pada akhir zaman disebut Imam Mahdi. Istilah “al-Mahdi" berasal daripada kata kerja hada-yahdi yang bermaksud ‘membimbing’ atau ‘memberikan petunjuk.’

Keyakinan akan datangnya Imam Mahdi begitu menebal, baik dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah mahupun dalam kalangan Syiah. Keyakinan ini berkembang kerana memang ada hadis yang menyebut hal tersebut.
Walau bagaimanapun, para ulama berbeza pendapat tentang Imam Mahdi itu sendiri. Sejak abad pertama Hijrah, banyak yang mengaku diri mereka sebagai Imam Mahdi. Hal ini bermula daripada keyakinan bahawa Imam Mahdi itu bukan hanya berasal daripada keturunan Fatimah al-Zahra (puteri Nabi Muhammad SAW), tetapi yang jelas seorang Islam.

Berita hadis
Ada hadis Nabi Muhammad SAW yang menyatakan bahawa Imam Mahdi akan datang pada akhir zaman. Para ulama pada umumnya bersepakat bahawa hadis itu bersifat mutawatir (hadis yang diriwayatkan oleh banyak pihak sehingga dipastikan hadis tersebut benar-benar berasal daripada Nabi Muhammad SAW).

Misalnya, hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud: “Dunia akan dipimpin oleh seseorang daripada keluargaku. Namanya sama dengan namaku. Seandainya dunia ini hanya tinggal sehari sahaja, maka Allah akan panjangkan hari itu sehingga dia akan memimpinnya."
Hadis lain diriwayatkan oleh at-Tirmidzi yang bermaksud: “Al-Mahdi berasal daripada keturunanku. Dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan keseramataan sebagaimana yang telah dipenuhi oleh kezaliman dan ketidakadilan dan dia akan berkuasa selama tujuh tahun."

Ditunggu dengan doa
Menurut kepercayaan Syiah Ithna Asyariah, Muhammad al-Muntazar ialah Imam Mahdi yang dijanjikan akan muncul pada akhir zaman. Kumpulan ini ternanti-nanti kedatangan Imam Mahdi.

Oleh itu, dalam doa mereka selalu menyelitkan harapan agar Allah SWT segera mendatangkan Imam Mahdi ke dunia. Nama Imam Mahdi juga disebut seiring dengan doa. Doa yang lazim diucapkan oleh kumpulan ini berbunyi: “Allahumma ‘ajjil farajahu al-syarif" (Ya Allah segerakanlah kemunculan Imam Mahdi yang mulia) atau “ ‘ajjalallah Ta’ala farajahu" (Semoga Allah menyegerakan kemunculannya).

Oleh itu, dalam keadaan ghaib tugas kepimpinannya diwakilkan kepada ulama yang memenuhi syarat yang disebut sebagai na ‘ib al-imam.


Syiah
Golongan Syiah berpendapat bahawa Imam Mahdi berasal daripada keturunan Fatimah al-Zahra atau ahl al-bait dan merupakan salah seorang daripada imam ahl al-bait. Namun, mereka berbeza pendapat dalam menentukan siapakah imam-imam yang dipercayai sebagai Imam Mahdi.
Bagi golongan Syiah Islamiyah (Syiah Tujuh Imam), Imam Mahdi ialah Ismail bin Jaafar al-Sidiq. 

Bagi golongan Syiah Kaisaniyah, yang dimaksudkan dengan Imam Mahdi ialah Muhammad bin Hanafiah, putera Ali bin Abu Talib. Sementara itu, Syiah Ithna Asyariyah (Syiah Dua Belas) menganggap bahawa Muhammad al-Muntazar bin Hasan al-Askari, imam yang ke-12, sebagai Imam Mahdi...

Isnin, 3 Februari 2014

BISMILLAH ENAM

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim. Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurur rahiim. Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rahimiin.
.

Ertinya :

1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dialah Allah dengan segala sesuatu itu Maha Mengetahui.
2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.
3. Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.
4. Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.
6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Maka Allah sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dialah Yang Maha Penyayang.
Semoga Allah limpahkan selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabat Baginda.
.
.

Fadhilat Bismillah 6

.
Berikut ni adalah beberapa kelebihan atau khasiat ‘Bismillah Enam’ ;
  1. Penerang hati.
  2. Meluaskan rezeki.
  3. Air laut boleh menjadi tawar.
  4. Terselamat dari karam di laut.
  5. Makbul segala hajat dan cita-cita.
  6. Menghindari dari segala penyakit.
  7. Penawar belbagai jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ikan, kala jengking dan ular.
  8. Penawar segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, hempedu katak dan sebagainya.
  9. Terpelihara daripada fitnah dan bahaya musuh atau seteru.
  10. Beroleh kejayaan dan meraih kemenangan dalam peperangan.
  11. Terselamat daripada dibunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
  12. Jika di tiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  13. Menjadi selusuh kepada perempuan beranak.
  14. Jika dibaca pada minyak dan air pada malam Jumaat 3 kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  15. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari, nescaya mendengar.
  16. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali, InsyaAllah lari iblisnya.
  17. Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
  18. Dibaca di tempat yang suci, nescaya dapat melihat makhluk halus (jin, syaitan dan sebagainya)
  19. Terselamat daripada binatang buas.
  20. Memelihara tanam tanaman daripada binatang-binatang.
  21. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah bendang, nescaya terselamat daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  22. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari, nescaya akan terselamat dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  23. Segera dibebaskan daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  24. Dibaca di malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
.
.

Kaedah Merawat

.
Bagi merawat penyakit atau pesakit yang menderita kerana perkara di atas:
  1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  2. Baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini.
  3. Membaca dengan keyakinan dan hati yang khusyuk.
  4. Tiup di tangan atau di tempat yang sakit tersebut.
  5. Sapukan di tempat sakit ataupun disapukan ke seluruh badan.
  6. Iktikadkan seperti membuang sesuatu keluar dari badan pesakit.
  7. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Insyaallah, angin akan keluar daripada pesakit dan diikuti oleh muntah.
.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa di atas.
.
Amalkanlah ‘Bismillah Enam’ ini kerana ianya menjadi penawar segala jenis racun dan tidak memberi mudharat kepada pengamalnya jika terminum kerana gelas yang mengandungi racun akan pecah jika dipegang oleh pengamalnya. InsyaAllah.
Selamat beramal… 
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)