Sabtu, 31 Ogos 2013

Nasionalisme tonggak survival negara bangsa

Usah jadi musuh dalam selimut

Semalam kita meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-56 dalam suasana negara sudah jauh lebih maju dari semua segi tetapi semangat nasionalisme yang menjadi pendorong utama kemerdekaan semakin luntur. Bahawa nasionalisme Malaysia dalam keadaan yang jauh daripada memuaskan adalah satu realiti berbanding ketika kita berjuang mencapai kemerdekaan. Sesungguhnya, dengan semangat nasionalisme dan patriotisme yang membara, khususnya dalam kalangan pemimpin, kita berjaya meraih kemerdekaan. Malah, sudah terdapat anggapan segelintir pihak bahawa nasionalisme sudah ketinggalan zaman, sedangkan hakikatnya nasionalisme adalah tonggak kewujudan dan survival negara bangsa. 

Nasionalisme adalah pemikiran, sikap dan perasaan rakyat yang menyatakan keterikatan hubungan emosional dengan bangsa dan negaranya, disertai usaha dan harapan agar negara ini terus berdaulat dan terhormat martabatnya. Rakyat perlu memiliki rasa cinta dan bangga yang mendalam sebagai rakyat Malaysia. Apakah bukti atau tanda kesetiaan kepada negara? Tandanya bukan sekadar dapat menyanyikan lagu Negaraku dan mengibarkan bendera, tetapi sanggup berkorban untuk mempertahankan negara daripada sebarang ancaman luar dan dalam. Semangat nasionalisme adalah faktor penting yang membangkitkan kesetiaan kepada negara. 

Masalah kesetiaan kepada negara sering timbul dalam negara pelbagai etnik seperti Malaysia. Akan timbul prasangka bahawa ada rakyat yang tidak setia kepada negara dengan hanya mengutamakan kepentingan kaum dan kemajuan ekonomi semata-mata. Golongan ini dilihat tidak berusaha untuk menyebatikan diri, mempelajari dan menggunakan bahasa kebangsaan, hanya bergaul sesama kaum sendiri dan tidak toleran terhadap agama dan budaya kaum dominan.

Semangat ini dipupuk dan dibentuk oleh kesedaran kesatuan dan perpaduan asal usul, budaya, bahasa dan nasib dan masa depan yang sama. Masalah kesetiaan kepada negara sering timbul dalam negara pelbagai etnik seperti Malaysia. Akan timbul prasangka bahawa ada rakyat yang tidak setia kepada negara dengan hanya mengutamakan kepentingan kaum dan kemajuan ekonomi semata-mata. Golongan ini dilihat tidak berusaha untuk menyebatikan diri, mempelajari dan menggunakan bahasa kebangsaan, hanya bergaul sesama kaum sendiri dan tidak toleran terhadap agama dan budaya kaum dominan.

Usah jadi pengkhianat

Rakyat tidak harus menjadi pengkhianat dan bersekongkol dengan musuh untuk meraih kepentingan dan agenda peribadi atau puak. Kesalahan paling besar bagi rakyat adalah apabila menderhaka dan mengkhianati negara dengan menjadi tali-barut pihak tertentu dengan mendedahkan rahsia strategik negara kepada musuh. Mereka adalah musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan. Mereka yang setia dan cinta kepada negara tidak akan menderhaka kepada negara. 

Perasaan cinta terhadap negara tidak boleh dipaksa-paksakan. Di dalam dirinya perlu wujud, ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’ dan ‘di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung.’ Inilah tanah tumpah darah kita, tempat kita bernafas dan akan dikuburkan apabila sudah tiba masanya. Wujud kesedaran di dalam diri bahawa inilah negara bertuah yang menjadi tempat berlindung daripada sebarang ancaman, penjajahan dan kezaliman. Rakyat yang setia kepada negara akan berusaha membantu negara ketika negara bergolak dari segi politik, sosial dan ekonomi, dan bukannya cepat-cepat melarikan diri ke luar negara untuk menyelamatkan diri dan keluarganya. Atau lebih teruk lagi, memohon untuk menukar kerakyatannya. 
Kelangsungan bangsa

Nasionalisme Malaysia tidak boleh dipisahkan daripada Rukun Negara. Nasionalisme dan patriotisme menentukan ketahanan dan kelangsungan bangsa. Kita tidak memerlukan nasionalisme yang sempit berpaksikan etnik dan sikap cauvinis, melainkan nasionalisme yang menjunjung tinggi demokrasi dan kerakyatan. Kita perlu terus memperjuangkan negara yang makmur dan sejahtera dari segi sosio-ekonomi kerana kemerdekaan dituntut untuk bukan saja membebaskan negara daripada cengkaman penjajahan tetapi mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan, kedaifan dan kejahilan.

Kita ingin memanfaatkan kemerdekaan ini untuk membina bangsa Malaysia moden yang mempunyai kepercayaan diri yang mantap, berkemahiran dan berilmu tinggi dalam pelbagai bidang. Bangsa Malaysia moden adalah dibentuk daripada kepelbagaian unsur sosiobudaya negara ini. Sudah terang lagi bersuluh, bangsa pentakrif bangsa Malaysia moden tentunya bangsa Melayu. Namun kita kelihatannya gagal mengasimilasikan dan mengidentifikasikan sebahagian etnik dalam proses pembentukan bangsa Malaysia yang kita idamkan. Adakah kita perlu mencetuskan gerakan nasionalisme Malaysia baru bagi melaksanakan pembentukan satu bangsa yang beridentitikan Malaysia tulen?

Pembinaan negara bangsa yang memiliki perwatakan dan jati diri yang kukuh semakin penting ketika kita mahu menjadi negara maju pada 2020, apatah lagi dengan seribu satu ancaman globalisasi. Jurang wilayah dan negara, kaum, kota dan desa, serta kaya dan miskin perlu diminimumkan...

Pembunuh tiada alasan pada Hari Pengadilan

Diharamkan kecuali pertahan diri, harta dan kehormatan

Manusia adalah binaan Allah SWT yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Oleh itu, tiada siapapun dibenarkan untuk menghancurkan binaan ini atau membunuh dirinya sendiri, apatah lagi menjadi pembunuh bagi mengambil tugasan Allah SWT melainkan dengan cara dibenarkan agama. 

Sabda Baginda SAW: “Tidak halal darah seorang Muslim melainkan tiga cara, penzina yang sudah beristeri, pembunuh dan orang yang murtad.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Sabda Baginda SAW: “Jika seluruh penduduk bumi bersekongkol untuk menumpahkan darah seorang mukmin, nescaya Allah akan campakkan mereka ke dalam neraka.” (Riwayat Tirmizi)

Hadis Qudsi menyebut: “Hamba-Ku yang memusnahkan dirinya sendiri, akan Ku haramkan syurga untuknya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Hanya Allah SWT sebagai empunya binaan yang berhak berbuat demikian. Baginda SAW bersabda pada penghujung hayatnya: “Sesungguhnya darah, harta dan kehormatan sesama Islam adalah haram.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Pengharaman Allah SWT terhadap pertumpahan darah sudah menjadi tradisi sejak zaman Bani Israel terdahulu. Allah SWT menegaskan kisah ini dalam firman-Nya yang bermaksud: “Kerana yang demikian itu, Kami mengharamkan kepada kaum Bani Israel lagi bahawa sesiapa yang membunuh satu jiwa, maka seolah-olah dia membunuh seluruh manusia.” (Surah al-Maidah, ayat 32) 

Maka, kedudukan pembunuh akan sentiasa dalam keadaan yang rugi seperti apa yang dipaparkan Allah SWT melalui kisah dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil dalam al-Quran. 
Dibenar atas tiga sebab

Bukan saja pembunuh mendapat kecaman daripada Allah SWT, malah Baginda SAW juga menempelak mereka yang membantu serta mendorong berlakunya pembunuhan serta pertumpahan darah. 

Sabda Baginda SAW: “Jika seluruh penduduk bumi bersekongkol untuk menumpahkan darah seorang mukmin, nescaya Allah akan campakkan mereka ke dalam neraka.” (Riwayat Tirmizi) 

Menunjukkan bahawa merancang, membantu atau memberi upah, akan menerima hukuman daripada Allah SWT. Islam hanya membenarkan pembunuhan berlaku atas dasar mempertahankan diri, harta benda atau kehormatan kerana ketiga-tiga sebab itu asas kepada jatuh bangun jiwa bebas merdeka.

Datang seorang lelaki bertanyakan Rasulullah SAW: “Jika seseorang masuk ke rumahku dan ingin merampas hartaku? Jawab Baginda SAW: “Jangan kamu serahkan hartamu kepadanya. Lelaki itu menjawab: Jika dia membunuhku atau sebaliknya? Jawab Baginda SAW: Jika kamu terbunuh, kamu mendapat syurga atau jika kamu dapat membunuhnya, dia akan ke neraka.” (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

Mereka yang melakukan apa saja perbuatan akan tetap mendapat pengadilan Allah SWT sama ada baik atau sebaliknya. Inilah tujuan Allah SWT mewujudkan hari pengadilan untuk mereka yang melakukan kesalahan di dunia terlepas daripada pengadilan. 

Maka pada hari akhirat, tatkala bertemu Allah SWT, orang yang dibunuh akan bertanya: “Wahai Tuhanku, tanyalah orang itu kenapa aku dibunuh? Maka pembunuh tidak dibenarkan berkata-kata lalu mereka dicampakkan ke dalam api neraka kerana tiada alasan kukuh yang membenarkannya”.

Peristiwa terbaru yang masih hangat diperkatakan ialah pertumpahan darah yang berlaku di Mesir. Sebuah negara yang menghasilkan ilmuwan terkenal seperti Imam Laith Bin Saad yang disifatkan oleh Imam Syafie sebagai ilmuwan tersohor, ahli hadis iaitu Abdullah Bin lahua’h. 

Tempat yang pernah dikunjungi oleh nabi dan rasul antaranya Nabi Ibrahim, Yusuf, Musa dan Harun yang dilahirkan di sana, Yusa’ Bin Nun, Khidir dan Nabi Ayub. Semuanya pernah hidup di sana dan sebahagiannya wafat di sana. 

Jika kita menyebut Mesir, maka ia mengingatkan kita Kaabah dan Baitullah. Saidina Umar pernah mengarahkan wakilnya di Mesir untuk membuat kelambu Kaabah. Ia berlalu sehingga beratus tahun hinggalah pemerintahan bertukar pada masa kerajaan Mamalik.

Pusat kekuatan Islam 

Allah SWT menyebut negeri Mesir dalam empat fasa dalam al-Quran. Antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan dikatakan kepada Yusuf, masuklah ke negeri Mesir nescaya kamu mendapat keamanan.” (Surah Yusuf, 99)

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berkatalah orang Mesir yang membelinya, semoga kita dapat manfaat atau jadikan dia seorang anak yang baik.” (Surah Yusuf, ayat 21). 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya Harun agar menjadikan Mesir sebagai tempat tinggal mereka dan mendirikan solat.” (Surah Yunus, ayat 87)

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka Firaun berkata, bukankah aku adalah raja negeri Mesir.” (Surah Zukhruf 51). Menunjukkan bahawa negeri yang menjadi kebanggaan Firaun dan dia tidak memilih negeri yang lain disebabkan kelebihan yang ada kepada negeri itu. 

Secara tidak langsung juga Allah SWT menyebut Mesir pada 30 tempat sebagai menyatakan kelebihannya. Antaranya, firman Allah SWT bermaksud: “Maka masuklah Musa ke dalam sebuah bandar (dalam negeri Mesir) ketika penghuninya sedang berehat.” (Surah al-Qasas, ayat 15) 

Selepas Allah SWT membebaskan Mesir daripada kezaliman Firaun, maka Allah SWT mengkhusus negeri Mesir dalam firman-Nya bermaksud: “Betapa banyaknya kamu tinggalkan taman indah dan mata air serta tanaman hijau serta kedudukan yang tinggi.” (Surah Dukhan, ayat 25)

Baginda SAW pernah berwasiat kepada orang Mesir dan penduduknya dalam sabda Baginda: “Apabila kamu membuka negeri Mesir, maka berbaiklah dengan ahlinya kerana mereka mempunyai kehormatan dan keunggulan.” (Riwayat Muslim)

Kesimpulannya, Mesir adalah tempat lahirnya pejuang, ilmuwan dan kekuatan agama Islam. Keberkatan juga terdapat pada buminya serta penghuni negeri itu. Pertumpahan darah yang berlaku di sana adalah sesuatu yang menyedihkan kita semua walau apa saja alasan diberikan...

Dilaknat 10 jenis manusia terbabit arak

Bekerja dan berusaha mencari sumber kehidupan mesti dilakukan dalam kerangka yang dibenarkan agama. Walaupun Islam mewajibkan umatnya bekerja dengan gigih dan berdedikasi, pencarian sumber kehidupan seharusnya selari dengan aturan dibenarkan syariat.

Islam bukan saja mengharamkan umatnya minum arak tetapi juga segala hal ehwal yang berhubung kait dengan penghasilan dan pemprosesan arak itu. Mungkin sesetengah beranggapan mereka hanya bekerja tetapi tidak terbabit dengan meminumnya. 

Ini salah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Ibnu Mas’ud berkata, “Telah dilaknat dalam (urusan) khamar itu, seramai 10 orang, iaitu orang yang memerah, yang diminta diperahkan, yang meminumnya, yang memberi minuman, orang yang bertugas menghantar, yang membekal, yang menjual, yang membeli dan juga yang menyimpannya.” 

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya saja kamu beriman.” (Surah al-Maidah, ayat 88)

Ini kategori manusia yang dikira terbabit secara langsung dengan arak. Jadi, bekerja di premis pemprosesan arak termasuk dalam 10 jenis manusia yang mendapat laknat Allah seperti digariskan oleh Ibnu Mas’ud.

Sumber haram

Walau apapun tarikan berupa kebendaan dan upah lumayan, sebagai umat Islam kita ditegah sama sekali terbabit dengan industri pengeluaran arak kerana segala hasil pendapatannya juga akan termasuk dalam kategori sumber yang haram.

Sanggupkah kita makan dan memberi makan anak isteri dengan hasil sumber yang haram? Amat malang andainya ada umat Islam masih setia dan sayang dengan pekerjaan di industri haram seperti kilang memproses arak atau di premis penjualan arak. Senario sebegini sangat mengaibkan maruah agama. Dunia alam jagat ini terlalu luas dengan sumber rezeki yang dibentangkan Allah untuk setiap makhluknya. Yang dilarang sedikit saja sedangkan yang halal terlalu banyak. 
Haram itu jelas terkandung hikmahnya baik dari segi akidah mahupun ditinjau dari sudut sains perubatan ataupun dikaji dari sudut psikologi sosial.

Allah SWT mengarahkan kita makan daripada sumber rezeki yang halal dalam firman yang bermaksud: “Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya saja kamu beriman.” (Surah al-Maidah, ayat 88) 

Kita mesti melihat makna perintah Allah SWT ini dalam skop yang luas dan seharusnya mencakupi ruang lingkup bekerja dengan industri arak sebagai sumber pendapatan berasaskan yang haram. 

Justeru, mukmin yang bertakwa akan mencuba sedaya upaya memastikan dirinya tidak terbabit dalam pekerjaan seperti itu.

Seandainya ada yang telah terbabit selama ini, sewajar bertaubat dan menggantikannya dengan usaha pekerjaan yang halal. Berterusan membiarkan diri bergelumang dalam industri haram itu bermakna membiarkan diri terus tenggelam dalam maksiat dan kerja haram.

Segera bertaubat

Hanya taubat memadamkan segala dosa. Mukmin yang benar-benar beriman tidak meletakkan dirinya ke dalam sesuatu yang haram dan ditegah Allah SWT. 
Jangan meremehkan larangan Allah dalam kehidupan beragama termasuk bersubahat dengan urus kerja yang berbentuk haram.

Kita sebagai mukmin sewajarnya mengambil pesanan Abdullah bin Mas’ud yang pernah mengatakan, “Orang mukmin itu menganggap dosanya seperti dia sedang duduk di bawah gunung, dan selalu takut kalau-kalau gunung itu jatuh menimpanya; sedangkan orang fujir (pendosa) menganggap dosanya seperti lalat yang menempel di hidungnya lalu (dengan mudah) dia dapat mengusir lalat itu dengan tangannya.”

'Menghidupkan' ciri umat terpilih

Terapkan amalan untuk tingkat mutu perkhidmatan

Umat Nabi Muhammad SAW adalah umat yang dipuji oleh Allah SWT sebagai umat terpilih iaitu ummatan wasata dan terbaik iaitu khaira ummah. 

Firman Allah SWT berkaitan sifat umat terpilih ini terkandung dalam firman yang bermaksud: “Dan demikianlah (seperti Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (mengenai yang benar dan salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami siapakah yang benar-benar mengikut rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang (yang beriman).” (Surah al-Nisa, ayat 143) 

Sabda Rasulullah SAW: “Jauhilah melampau (al-ghuluw) dalam agama, kerana telah binasa mereka sebelummu disebabkan melampaunya mereka di dalam agama.” (Riwayat Ibn Majah dan Al-Nasaie)

Kebanyakan ulama tafsir menjelaskan maksud ummatan wasata dengan dua ciri utama iaitu umat yang utama serta terpilih berbanding umat terdahulu iaitu daripada perkataan bahasa Arab al-wasat al-khiyar dan umat yang adil.

Menurut penjelasan dalam Tafsir al-Tabari, ia bermaksud umat yang tidak berlebih-lebihan seperti amalan kaum Nasrani dan kaum yang menidakkan seperti Yahudi yang menggantikan Kitab Allah dan membunuh nabi mereka, berbohong serta mengingkari ajaran dibawa. 

Sebaliknya, umat Muhammad adil dan tidak berlebihan dalam tindakan. Justeru, kiblat bagi umat Islam terletak antara dua kiblat kerana Yahudi menyembah tuhannya di sebelah barat dan Nasrani di timur.

Elak melampau 
Sabda Rasulullah SAW: “Jauhilah melampau (al-ghuluw) dalam agama, kerana telah binasa mereka sebelummu disebabkan melampaunya mereka di dalam agama.” (Riwayat Ibn Majah dan Al-Nasaie) 

Tafsiran yang sama turut diberi Imam Ibn al-Jauzi dalam Zadd al-Maisir min ‘lm al-Tafsir dan pandangan Ibn Kathir, Ibn Abbas, Abu Said al-Khudri, Mujahid, Qatadah serta Ibn Qutaibah. 

Sabda Rasulullah SAW, sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan, iaitu dalam bahasa Arab, al-awsat dan seburuk-buruknya ialah yang berlebihan (al-ghuluw) atau berkurangan (al-taqsir). 

Ini tidak bermakna sederhana yang sifat serta nilainya berada antara dua keadaan iaitu tidak cemerlang dan tidak lemah. Ia bermaksud sifat atau sesuatu yang tidak membawa kepada keburukan ekoran berlebih-lebihan atau berkurangan.

Justeru, umat Islam menjadi umat terbaik dan terpilih kerana sifat adil lagi berimbang. Sifat ini jika diterjemahkan dalam amalan pentadbiran perkhidmatan menjamin keberhasilan kerja yang terbaik serta impak tinggi kepada pekerja, majikan, pelanggan dan negara. 

Aplikasinya boleh dibuat dalam tiga proses utama iaitu pengarahan, pelaksanaan dan pembuatan keputusan. Dalam pengarahan, majikan terpilih lagi adil akan memastikan arahan diberi adalah betul serta boleh difahami pekerja dengan jelas.

Pengarahan dibuat sesuai dengan masa, mengikut bidang kuasa, mengambil kira kemampuan dan bidang kerja pekerja, disampaikan se-cara berhemah, dibuat secara adil dan bukannya diberi kepada orang yang sama dan pengarahan yang membuka ruang untuk perbincangan bagi memperoleh hasil terbaik.

Namun, kaedah ini ada kalanya kurang diendah majikan kerana tumpuan pengarahan selalunya kepada hasil yang diinginkan saja. Maknanya, ia bukan pengarahan berhemah.

Dalam pelaksanaan pula, ciri-ciri majikan – pekerja terpilih lagi adil perlu mesra pelanggan yang antara kayu ukurnya meliputi pelaksanaan yang bebas kerenah birokrasi, tanpa menjejaskan kesihatan, keselamatan, tanpa merugikan pendapatan dan kelewatan. 

Pelaksanaan juga berimbang antara kerja dan keluarga, pencapaian objektif organisasi, antara kemajuan dan akhlak.

Dalam pembuatan keputusan pula, majikan – pekerja terpilih lagi adil membudayakan musyawarah berpandukan peraturan dan undang-undang serta budi bicara yang telus tanpa penindasan, pilih kasih, prejudis, peminggiran atau memihak kepada kepentingan tertentu saja.

Kawal kepentingan diri

Memberi pertimbangan yang teliti, menitikberatkan sasaran masa, mengawal unsur ‘kepentingan diri’, hawa nafsu dan emosi daripada mempengaruhi tindakan, pemikiran dalam membuat keputusan, tidak tergesa-gesa, bertanggungjawab serta mengambil kira kemampuan komitmen sumber yang ada.

Ketiga-tiga proses yang adil dan berimbang ini akan menyumbang kepada keseronokan, ketenangan bekerja, memelihara amanah secara berakhlak dan menjamin pencapaian matlamat yang optimum. 

Berbanding usaha dan pencapaian sederhana atau ‘cukup makan’ dan ‘ala kadar’, bukan termasuk amalan umat adil lagi terpilih. Setiap proses tindakan adalah untuk memastikan keberhasilan atau output adil lagi berimbang tidak sia-sia. 

Firman Allah SWT bermaksud: “Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang yang mengerjakan amalan terbaik.” (Surah al-Kahfi, ayat 30) ...

Ahad, 25 Ogos 2013

Apa itu "kufur"

Assalamualaikum w.b.t,

Bismillahirrahmannirrahim, Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah swt kerana masih lagi kita diberi peluang untuk menghirup udara segar, melihat ciptaan Allah yang Maha Kuasa ini dan masih lagi sempat untuk kita menambahkan amal-amal selagi kita hidup atas dunia ini.. insyaAllah.

Kufur bermaksud tidak percaya kepada Allah dan mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw.  Perkataan kufur ini kalau kita perhatikan menjurus kepada kafir. Ini bererti kufur adalah perkara yang wajib kita ketahui untuk mengelakkan diri kita dari menjadi kafir tanpa kita sedari. 

Firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” 
( Surah An-Nisa’ : Ayat 56 )

Kufur terbahagi  kepada dua jenis iaitu kufur hakikat dan kufur nikmat. Kita boleh nampak di sini yang mana kufur hakikat lebih dasyat kesannya berbanding kufur nikmat walaupun hakikatnya kedua-dua kufur ini akan mendapat azab dari Allah swt di akhirat kelak.

Kufur Hakikat

Kufur hakikat bermaksud ingkar dan menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw. Kita ambil beberapa contoh seperti tidak mengakui balasan di akhirat, menolak hukum yang terdapat dalam al-quran, menyatakan solat fardhu merugikan masa dan menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi.


Kufur Nikmat
Firman-Nya yang bermaksud:

Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkari dan kebanyakan mereka adalah orang-orang kafir” [An-Nahl : 83]

Kufur nikmat pula bermaksud mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan. Ini menerangkan bahawa Allah yang memberikan nikmat dan rezeki kepada manusia dan haiwan-haiwan di luar sana. Kadang-kadang orang yang kufur nikmat ini merasakan yang rezeki itu dia yang cari dengan usaha dia sendiri, tanpa dia sedar, itu adalah rezeki dari Allah swt.


Contoh-contoh bagi kufur nikmat ini seperti menggunakan nikmat ke jalan maksiat, enggan mengeluarkan zakat/sedekah dan boros berbelanja harta. Di sini kita boleh lihat, kita suka keluar shopping-shopping,  berbelanja ribu-ribu untuk kepuasan diri tetapi, untuk keluarkan 50sen dan letak dalam tabung masjid, kita rasa sukar. Selalunya begitu kan. Menginfak pada jalan Allah, itu adalah lebih baik.

Berdasarkan ayat-ayat di atas, kita lihat bahawa segala kekufuran ini boleh membawa kepada kekafiran. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar, tersilap langkah kita sendiri boleh menjadi kufur. Moga dijauhkan, nauzubillah min zalik. Niat itu penting. Apa-apa yang kita buat, setkan dalam hati, adalah untuk mendapat redha Allah. Redha Allah amat-amatlah penting. Sekali kita berniat yang tidak elok, perbuatan dan perlakuan kita juga akan berubah ke arah yang tidak elok dan tidak baik.

Segala yang berlaku dan terjadinya kufur ini, ada factor-faktor nya. Salah satu adalah :
  • Pegangan agama yang lemah. Apabila agama yang ada dalam diri seseorang itu lemah, dia tidak akan dapat membezakan antara perbuatan yang boleh membawa pahala dan dosa.
  • Terpengaruh dengan hawa nafsu. Kita sebagai manusia mempunyai hawa nafsu yang mana inginkan keseronokan dan kebebasan. Kita perlu untuk seronok dan bebas tetapi perlu ada batas-batasnya. Seronok kita biarlah perpada-pada, dan bebas kita pun biarlah berpada-pada.
  •  Kesempitan hidup. Seseorang boleh menjadi kufur hingga sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memenuhi keperluan hidup. Sebagai contoh, dia tersangat miskin, apabila malam datang, dia mencuri. Dia memilih jalan yang salah untuk hidup dia. Tidak ada keberkatan hidup apabila dia mengambil hak orang lain.

Sebagai seorang muslim yang baik, yang beriman kepada Allah swt, hendaklah kita jauhkan diri kita dari semua kekufuran ini. Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan. Setkan niat yang baik dalam hati dan lakukan yang terbaik dan terbaik!! selagi kita diberi nafas untuk hidup atas dunia ini. 

Sentiasa bersyukur pada Allah dan sentiasa bersangka baik pada Allah. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita. 

Akhir kata, jangan kita berlagak sombong di atas dunia ini, kerana kita hanya hamba yang lemah dan sentiasa perlukan redha Allah. Sesungguhnya Allah membenci di saat orang yang merasakan dirinya adalah lebih baik dari orang lain. 

Sama-sama kita hayati…=).

Makna Istilah Kafir Dalam Al Qur’an (Secara Konteks Islam)

Kafir adalah sebuah istilah dalam Islam yang digunakan untuk menyebut manusia yang tidak mau beriman (mengakui rukun Iman). Lalu ada sebuah artikel yang pernah saya baca, jika seseorang masuk Islam namun tidak beriman bisakah disebut kafir seperti saya seorang muslim namun belum beriman secara menyeluruh. Itu sebuah kalimat yang ditulis oleh Herry dalam situs suluh. Saya hanya mengelus dada. Betapa dangkal pemahaman tentang Islam, jika seseorang membaca artikel dan pemahaman tentang dien ini hanya setengah-setengah pastilah ia akan bilang betul dan betul dengan berbagai jabaran kafir yang ngawur.
Ketika seseorang disebut muslim adalah ketika ia telah mengucapkan dua kalimah syahadah. Adapun fungsi syahadah adalah sebagai pintu gerbang masuk Islam, inti pengajaran Islam, furqon (pembeda antara muslim dan kafir), mempunyai banyak keutamaan, sebagai ikrar (penyerahan secara totalitas kepada Allah). Dari sini saja sudah bisa diambil garis tentang apa itu kafir. Ketika seseorang tidak mau mengucapkan dua kalimah syahadah maka dia disebut kafir-yahudi, nasrani, Kristen, protestan, hindu, budha, konghucu dan faham-faham lain yang mengingkari pada ketuhanan terhadap Allah SWT.
Sedangkan syahadah sendiri mempunyai syarat-syarat untuk memenuhi arti dari syahadah itu. Syarat tersebut diantaranya 1) Memahami Syahadah (QS.47:19) >> memahami disini seorang muslim harus benar-benar tahu bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah, sehingga jika ia sudah mengucapkan syahadah namun masih menyembah atau mengimani Tuhan yang lain maka syahadahnya batal. 2)Membenarkan yang Haq (tidak ragu) QS. Al Hujurat : 15 >> orang mukmin adalah orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, kemudian tidak ragu-ragu (tidak ada keraguan). Berjihad/berjuang dengan hartanya dan jiwanya di jalan Allah mereka itulah orang-orang yang benar. 3)Ikhlas QS. Al Bayyinah : 5
Kembali kemakna istilah kafir, dalam Al Qur’an pun cukup jelas diterangkan tentang makna kafir ini diantaranya dalam QS. 5 : 17 >> Allah mendefinisikan kafir seseorang jika : seseorang itu menyamakan Allah dengan Al Masih putra Maryam . QS. 5 : 72 >> Kafir bila mengatakan Allah yang tiga (Bapak, anak, roh khudus). QS. 18 : 100-101 >> Kafir itu adalah orang yang mata hatinya dalam keadaan tertutup (tidak mampu) dari memperhatikan tanda-tanda (kebesaran) Allah dan mereka tidak sanggup mendengar dan balasannya adalah jahannam. Maksudnya bila seseorang benar-benar menutup hatinya tentang kebenaran Islam, ia tidak sensitive terhadap tanda-tanda yang ada di muka bumi ini, dan parahnya tidak mau mendengar nasehat. Jika ketiga-tiga cirri ini melekat dalam diri seseorang maka dialah yang disebut kafir (dan bias digolongkan pada kaffir dzimmi karena sampai kapanmun mereka ini akan membenci islam dan memusuhi islam). Kafir kategori ini didukung pada QS. 22 : 46, 2: 6-7, QS. 64 : 11, QS. 3 : 119, 3 : 113-114, QS. 2 : 62, dan sebagai penutupnya QS. 3 : 85 >> barang siapa mencari agama selain Islam dia tidak akan diterima, dan dia kherat ia termasuk orang yang merugi.
Arti di Al Qur’an itu cukup jelas siapa yang dinamakan kafir. Siapapun orangnya jika tidak mau mengucapkan 2 kalimah syahadah adalah kafir. Barang siapa yang tidak mau mengakui Allah sebagai Tuhannya dan Muhammad sebagai utusannya adalah kafir. Jadi tidak usah diutak utik lagi, tidak usah diplintir-plintir lagi dengan makna yang kabur-misalnya jangan menjustice seorang yang mau belajar Al Qur’an tapi tidak mau masuk Islam, mereka ini tidak boleh disebut kafir. Itulah pendapat aneh yang sudah merebak dalam pikiran orang JIL dan sebangsanya (sebangsa tentang pemahamannya). Itu sudah jelas artinya. Lalu jika orang muslim tapi tidak beriman apa disebutnya ? Dia adalah seorang musyrik dan munafik.
Dalam Islam kelompok kafir ada 3 golongan : 1) Golongan yang berdamai dan membuat perjanjian, 2)Golongan yang berperang-termasuk orang munafik wajib untuk diperangi, karena sangat berbahaya dalam menghancurkan fikrah dan keberadaan Islam. Walau bukan kafir tapi ia wajib untuk dimusuhi, 3)Golongan yang dilindungi (ahluz-zimmah)-termasuk ahlul kitab, dan ahlul kitab yang mau beriman. Dan ketika kita melihat di sekeliling kita siapakah yang disebut kafir adalah seseorang yang di luar Islam. Lalu mereka masuk dalam kategori manakah dari golongan kafir tersebut ? kita harus memahaminya. Karena Islam mengajarkan rahmat untuk seluruh alam. Sebisa mungkin harus menghindari peperangan walau ada perintah jihad disana. Diperbolehkan menganggakat pedang jika Islam diserang dan jika Islam dihianati dalam perjanjian tersebut dan Islam melindungi ahluz-zimmah. Untuk itu dalam bermasyarakat kita harus mengetahui non islam (kafir) itu dalam golongan mana sehingga kita tidak terbentur friksi dengan mereka.
Kemudian masalah Non Islam dan Kafir. Kalaulah mereka yang diluar Islam itu kafir kenapa kita tidak berani menyebut mereka kafir, kenapa ada istilah non islam. Sebenarnya ini adalah masalah interaksi social saja tidak menghilangkan pesan khusus tentang makna kafir yang sebenarnya. Adab dalam pergaulan saja. Ada sebuah kesan dalam interaksi sosial ketika menggunakan istilah kafir itu terkesan pedas di telinga dan sakit dirasakan dalam hati. Untuk menghormati mereka yang membuat perjanjian dan ahluz-zimmah maka istilah non Islam ini muncul demi menjaga hubungan baik dengan mereka. Sedangkan kata kafir dalam masyarakat tetap dipergunakan bagi mereka yang kafir harbi. Dan ini sepertinya bukan masalah yang prinsipil tentang istilah ini. Jadi tidak usah diributkan.
Ketika seseorang lebih dihormati maka biasanya ia lebih mudah untuk menerima kebenaran asal satu hal mata hatinya tidak ditutup oleh Allah SWT. Bila sudah ditutup oleh Allah kita menjalin hubungan baik dengan merekapun mereka tetap akan melawan dan menghancurkan umat Islam. Jadi tidak ada salahnya langsung saja sebut kafir.
Karena ada kewajiban kita untuk mendakwahi kafir yang membuat perjanjian dan kafir ahluz-zimmi. Untuk kepentingan dakwah alangkah baiknya kita menjaga setiap omongan yang keluar dari mulut kita. Yang prinsipil itu adalah seberapa kita faham makna syahadah sehingga kita bisa tahu seseorang itu termasuk kafir atau tidak. Ingin lebih fahim lagi baca maroji dibawah.*az
Maraoji’ : Al Qur’anul Karim, Ma’alim Fit Thoriq Sayyid Qutb, Allah Jalla Jallaluh Said Hawwa, Materi Kajian Tauhid Ahlussunnah Waljamaah, Makna Syahadah dari materi tarbiyah dzatiyah

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam...

15 Ciri-Ciri Orang Syiah

15 Ciri-Ciri Orang Syiah

Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:
1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.
2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.
3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.
5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.
6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.
7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.
8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.
9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.
10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.
11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.
12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.
13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.
15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.
Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya
Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Diterjemahkan dari sumber lppimakassar

Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang. Yang berikut ialah kaum-kaum yang dibinasakan. Kaum Nabi Nuh Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14). Kaum Nabi Hud Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13). Kaum Nabi Saleh Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12). Kaum Nabi Luth Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12). Kaum Nabi Syuaib Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44). Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14). Firaun Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92). Ashab Al-Sabt Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163). Ashab al-Rass Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12). Ashab al-Ukhdudd Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9). Ashab al-Qaryah Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13). Kaum Tubba’ Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37). Kaum Saba Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).

Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang. Yang berikut ialah kaum-kaum yang dibinasakan.
Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).
Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).
Kaum Nabi Saleh
Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).
Kaum Nabi Luth
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).
Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).
Firaun
Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).
Ashab Al-Sabt
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).
Ashab al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).
Ashab al-Ukhdudd
Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).
Ashab al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).
Kaum Tubba’
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).
Kaum Saba
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19)...