Rabu, 29 Januari 2014

Orang kaya yang bersyukur

Orang kaya yang bersyukur adalah orang yang mencari harta dengan cara yang halal dan menggunakan harta itu pada jalan yang disuruh oleh Allah SWT. Allah SWT bersabda yang bermaksud: “Sesiapa memberikan hartanya pada jalan Allah dan bertakwa, dan mengakui dengan yakin adanya pahala yang terbaik (syurga), Kami permudahkan untuknya jalan menuju kemudahan (kebahagiaan).” (Surah al-Lail, ayat 5-7) 

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali dapat mencapai kebajikan yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa juga yang kamu dermakan, sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Surah Ali-Imran, ayat 92) 


Jabir berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Saudara semua hendaklah takut melakukan penganiayaan, sebab perbuatan menganiaya itu menyebabkan pelbagai kegelapan pada hari kiamat. Saudara semua hendaklah takut pada perbuatan bakhil, sebab sifat bakhil itu membinasakan umat sebelum saudara. Bakhil menyebabkan mereka menumpahkan darah sesama sendiri, dan menghalalkan apa yang diharamkan ke atas mereka.” (Riwayat Muslim) 

Usah takbur dengan habuan dunia

Ilmu yang bermanfaat tidak dapat dinilai dengan mata kasar, tetapi nilainya amat tinggi kerana mampu mencelikkan hati yang buta dengan kejahilan dan kesesatan. Oleh itu, jangan takbur dengan habuan dunia sebaliknya berusaha mendapatkan ganjaran yang kekal di akhirat nanti.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu kami jadikan untuk orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi dan (kesudahan yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (Surah al-Qasas, ayat 83) 
Ini mengingatkan kita tiada kehidupan yang baik buat orang sombong dan takbur di akhirat kelak, melainkan hamba-Nya yang bertakwa. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman, ayat 18)

Orang sombong

Orang yang sombong juga tidak disukai Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman, ayat 18) 

Dengan menghayati sunnah Rasulullah SAW kita akan cepat menyedari Baginda sangat menitikberatkan hubungan baik sesama insan, hormat menghormati serta tidak sombong walaupun apabila berdepan musuh.

Bahkan sifat pemaaf Rasulullah SAW sepatutnya menjadi perangsang kepada kita untuk membina silaturahim dengan sesiapa saja walaupun dengan orang yang telah menzalimi kita jika dia kembali kepada Allah SWT dan rasul-Nya. 
Sikap penghuni mereka

Diriwayatkan daripada Harithah bin Wahab, “Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Mahukan aku khabarkan kepadamu sikap penghuni neraka: orang yang berperangai kasar, mendabik dada saat berjalan lantaran sombong.” (Muttafaq ‘alaih) 

Orang yang sombong menghina orang lain di dunia, di akhirat kelak mereka turut mendapat kehinaan Allah SWT. Orang yang takbur dengan habuan dunia lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah SWT, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa.

Sifat sombong boleh dijernihkan dengan tawaduk dan menghambakan diri kepada Ilahi. Hubungan baik sesama manusia juga bertitik tolak daripada hubungan baik dengan Allah SWT. Orang yang tinggi sifat kehambaannya akan merendah hati apabila bermuamalah sesama makhluk...

Isnin, 20 Januari 2014

Imarah Rabiulawal tiup semangat cinta Rasulullah

Ibnu Kathir dalam kitab ‘al-Bidayah wa an-Nihayah’ menceritakan mengenai sahabat Rasulullah SAW, Zaid bin Datsinah yang menjadi tawanan dan hendak dibunuh. Sebelum dibunuh, ketua kafir Quraish, Abu Sufyan bin Harb , memberi tawaran kepadanya.

Katanya, “Wahai Zaid, jika kamu mahu terlepas daripada pembunuhan ini, kamu gantikan dengan Muhammad, kamu akan terselamat dan boleh kembali kepada keluarga kamu”.  


     Zaid berkata, “Demi Allah, aku tidak akan rela Muhammad jadi galang gantiku malah aku juga tidak rela Muhammad tercedera walaupun hanya tertusuk sebilah duri.”


Apabila mendengar jawapan Zaid, Abu Sufyan berkata, “Aku tidak pernah menjumpai seseorang yang mencintai orang lain, seperti cintanya sahabat Muhammad terhadap Muhammad.”

Kisah ini adalah bukti keagungan Muhammad SAW serta tingginya kasih sayang dan cinta sahabat terhadap Baginda.

Hubungan rapat antara Nabi Muhammad SAW dan sahabat menjadikan cinta dan kasih sayang mereka amat besar.

Sambutan Maulidur Rasul
Kini kecintaan umat Islam terhadap Nabi Muhammad SAW ditunjukkan melalui pelbagai cara termasuk sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan baru-baru ini dan masih diraikan sepanjang Rabiulawal.

Amalan mudah dianjurkan untuk mengeratkan hubungan dengan Baginda SAW ialah berselawat kepadanya kerana Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya”. (Surah al-Ahzab, ayat 56)

Rasulullah SAW bersabda, “Setiap kali umatku mengirim salam kepadaku, setelah aku tiada, Jibril menyampaikannya kepadaku laluku jawab ‘Waalaihi salam’, semoga keselamatan dan kesejahteraan Allah kepadanya”.

Perasaan kasih kepada junjungan Nabi Muhammad SAW turut dipelbagaikan melalui penganjuran majlis zikir yang tidak dinafikan mendapat sambutan baik daripada umat Islam pelbagai lapisan umur serta latar belakang.

Pada masa sama, program dianjurkan mengambil pendekatan saling mengingatkan umat Islam pentingnya berpegang kepada ajaran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Semoga peringatan itu menyemarakkan semangat kita untuk mencontohi Baginda dalam setiap aspek kehidupan.

Bangkit semangat umat Islam

Sambutan Maulidur Rasul bertujuan membangkitkan semangat umat Islam dianjurkan pada zaman Salahuddin al-Ayubi ketika umat Islam berjuang mempertahankan Islam daripada serangan tentera salib.

Salahuddin al-Ayubi telah mengeluarkan arahan menganjurkan majlis memperingati kelahiran Nabi Muhammad bermula tahun 580 Hijrah atau 1184 Masihi pada setiap 12 Rabiul.

Awalnya cadangan Salahuddin itu ditentang oleh ulama.

Antara program dilaksanakan Salahuddin adalah pertandingan penulisan riwayat Nabi berserta pujian menggunakan bahasa yang indah. Pemenang pertandingan itu ialah Syeikh Jaafar al Barzanji, dan karyanya dikenali sebagai kitab al-Barzanji.

Kitab itu terkenal di nusantara dan sering dibaca serta diperdengarkan dalam majlis keagamaan khususnya sambutan Maulidur Rasul.

Ternyata usaha Salahuddin itu mempunyai kesan besar terhadap umat Islam ketika itu dan pada 1187 Masihi (583 Hijrah), Salahuddin dan tentera Islam berjaya merampas semula Baitulmaqdis dari bangsa Eropah.

Semangat kecintaan dan kebangkitan Islam seperti inilah yang dapat dijadikan inspirasi kepada pendakwah untuk terus melakukan inovasi dan transformasi dalam dunia dakwah.

Kita perlu terus bergerak ke depan untuk membina pemahaman dan penghayatan agama dalam erti kata yang luas serta menghayati budaya ilmu dalam kehidupan. Demi mendepani cabaran Islam masa kini, kita perlu terus melahirkan lebih ramai Zaid bin Datsinah yang mencintai Rasulullah SAW.

Justeru, mengimarahkan Rabiulawal dengan program menjurus kepada semangat serta perasaan cinta Rasulullah SAW dilihat sebagai usaha murni yang perlu diberi sokongan supaya rasa kasih sayang kepada Baginda disemai secara berterusan...

TABUR FITNAH TANDA SAKIT JIWA

Sindiran terhadap pemimpin bagai kutip dosa percuma

Sejak kebelakangan ini dunia maya khususnya laman sosial dihujani gejala negatif yang jelas bertentangan etika Islam. Betapa mudah pengguna laman sosial menghamburkan emosi untuk memarahi individu lain melalui tulisan yang sangat rendah moralnya.       


Kononnya atas dasar kebebasan bersuara melalui media, maka apa saja ditulis dan dirakamkan demi melunaskan emosi hati. Maka tidak hairanlah sekarang ini laman sosial sudah tidak lagi jernih dan suci sifatnya lantaran segelintir pengguna berjiwa kotor.


Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang hamba yang menyembunyikan kesalahan hamba yang lain melainkan Allah akan menyembunyikan kesalahannya pada hari kiamat.” (Riwayat Imam Muslim)

Antara sering menjadi mangsa untuk ditabur fitnah dan tohmahan melulu ialah pemimpin. Apa saja terbuku di hati diluahkan melalui laman sosial tanpa sedikitpun berasa berdosa. Tulisan yang dipapar di skrin laman sosial berbentuk kata-kata sindiran, kutukan malah hinaan bertentangan tatasusila kehidupan bersosial ditetapkan Islam.

Mengapakah kita sanggup ‘mengutip’ dosa secara percuma sedangkan kita sedia mengetahui apa yang dilakukan ada pencatat yang tidak pernah cuai daripada tugasan diamanahkan Allah SWT kepadanya, iaitu malaikat pencatat amal manusia.

Jiwa tak takut Tuhan

Inilah akibat apabila jiwa tiada rasa takut terhadap Tuhan dan langsung tiada rasa adanya malaikat mencatat amal. Laman sosial kini menjadi medan untuk menayangkan apa juga keaiban seseorang termasuklah pemimpin negara.
Islam menganjurkan kita berusaha menutup sebarang keaiban insan lain. Nampaknya banyak kalangan kita sudah lupa pesanan Rasulullah SAW dalam sabda baginda: “Tidak ada seorang hamba yang menyembunyikan kesalahan hamba yang lain melainkan Allah akan menyembunyikan kesalahannya pada hari kiamat.” (Riwayat Imam Muslim)

Imam Ahmad ada memberitahu, manusia sangat memerlukan kesopanan dan kelembutan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara makruf, tanpa kekerasan melainkan lelaki yang terang-terangan melakukan kefasikan serta kerosakan.

Maka wajib mencegah dan menzahirkan perbuatannya itu kerana seorang yang fasik tidak mempunyai kehormatan dan tiada maruah. Begitulah halus dan berhemahnya Islam mengajar kita supaya tidak menjadi manusia berfikiran liar dan bertindak sewenang-wenang untuk menjatuhkan imej, reputasi serta harga diri orang lain.

Begitulah juga Islam meletakkan kedudukan pemimpin di tempat yang mulia dan seharusnya setiap daripada kita memuliakannya dengan tidak sesekali menghina, mengeluarkan kata sindiran mahupun melontarkan fitnah.

Beri teguran berhemah

Pemimpin adalah manusia biasa seperti rakyat di bawah jagaannya, pasti tidak sunyi daripada silap dan salah. Islam menyusun garis panduan begitu murni dengan kaedah memberikan teguran dan nasihat berhemah secara tertutup tanpa perlu dihebahkan untuk pengetahuan khalayak awam.

Pihak yang layak memberikan teguran dan nasihat bukannya semua rakyatnya kerana hanya golongan ulama yang berwibawa perlu tampil untuk melakukan teguran itu.

Imam an-Nawawi mengatakan, menyembunyikan kesalahan yang disunatkan ialah menyembunyikan kesalahan orang kenamaan, pemimpin dan orang berjasa yang tidak masyhur dengan perbuatan jahat, kerosakan serta seumpama dengannya.

Aisyah berkata, Baginda Rasulullah SAW bersabda: “Maaflah kesalahan-kesalahan orang kenamaan daripada kalangan kamu kecuali kesalahan hudud.” (Riwayat Abu Daud)

Jika dilihat senario semasa, jelaslah peringatan Rasulullah SAW ini kita abaikan dengan sewenang-wenangnya sebaliknya apa yang menjadi kegemaran jiwa adalah menuruti hawa nafsu liar yang negatif.

Sedangkan kita didik dengan etika hidup berbudaya tinggi dan akhlak peribadi yang mulia. Islam tidak pernah memberi ruang sedikitpun untuk umatnya bertatasusila buruk dalam apa juga lapangan kehidupan di dunia ini.
Hal itu sudah tentulah termasuk dalam kaedah menggunakan kemudahan laman sosial yang menjadi kegilaan manusia kini.

Melemparkan fitnah, sindiran mahupun apa saja kata-kata negatif terhadap pemimpin melalui laman sosial petanda penggunanya sedang dilanda ‘sakit jiwa’ kerana diri sudah tumpas dan terjerumus dalam kancah mungkar yang dihasut oleh syaitan.

Zahir rasa syukur

Sepatutnya kita sebagai rakyat menzahirkan rasa syukur dengan taat kepada pemerintahan negara dan sentiasa berusaha menjadikan negara aman, harmoni serta makmur. Bukannya menjadi pencetus api permusuhan dan batu api dalam kalangan rakyat terhadap pemimpin.

Mukmin yang menghayati sunnah tentunya berasa berdosa apabila membuat sesuatu yang aib terhadap pemimpin sendiri. Rakyat yang bertanggungjawab akan melakukan yang terbaik untuk negara dan tidak sesekali menjadi penyebab kepada kekeruhan hubungan antara rakyat jelata dengan pemimpin.

Keadaan senang atau susah, rakyat seharusnya sentiasa bersama pemimpin selain bersedia menghulurkan idea atau sumbangan demi kelangsungan kehidupan bernegara yang harmoni dan sejahtera.

///???...

Apa itu baiah? la adalah perjanjian untuk memberi ketaatan. Orang yang berbaiah ialah seolah-olah ia membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya dan urusan kaum Muslimin kepada khalifah. Ia tidak akan melanggar kepada janji-setianya terhadap khalifah dalam urusan tersebut malah ia mestilah mentaati apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sama ada ia suka ataupun ia benci.

Baiah adalah akad antara umat dan calon khalifah untuk menjadi Khalifah atas dasar redha dan pilihan...
, tanpa ugutan dan paksaan. Allah SWT melalui Rasulullah SAW telah menggariskan bahawa akad tersebut adalah baiah.

Sebagaimana layaknya sebuah akad, dalam Baiah perlu ada ijab (penyerahan) dan qabul (penerimaan). Rasulullah SAW dan para sahabatnya mencontohkan bahawa ijab berasal dari umat sebagai pemilik kekuasaan. Calon khalifah mengabulkannya. Ijabnya berupa penyerahan kekuasaan dari rakyat kepada Khalifah untuk menerapkan Islam dan penyerahan ketaatan mereka kepadanya. Qabulnya berupa penerimaan hal tersebut oleh calon khalifah.

Siapapun yang mengkaji hadis Nabi Muhammad SAW akan menemukan bahawa baiah terhadap khalifah ada dua jenis:

1. Baiah In‘iqad, yakni baiah yang menunjukkan orang yang dibaiah sebagai khalifah, pemilik kekuasaan, berhak ditaati, ditolong, dan diikuti;

2. Baiah Taat, iaitu baiah kaum Muslim terhadap khalifah terpilih dengan memberikan ketaatan kepadanya. Baiah Taat bukanlah untuk mengangkat khalifah, kerana khalifah sudah ada.

Kedua baiah ini juga didasarkan pada Ijmak Sahabat. Misalnya, Abu Bakar RA diangkat oleh sebagian Sahabat sebagai calon dari semua Sahabat, baik kalangan Muhajirin maupun Ansar. Setelah baiah dilakukan di Saqifah, esoknya kaum Muslim dikumpulkan di masjid. Abu Bakar RA berdiri di Mimbar. Sebelum Abu Bakar RA berbicara, Umar bin Khathab RA antara lain berbicara,

"Sesungguhnya Allah telah mengumpulkan urusan kalian kepada pundak orang terbaik di antara kalian. Dia Sahabat yang berdua bersama Rasul di gua. Berdirilah kalian, baiahlah dia."

Para Sahabat pun membaiah Abu Bakar RA setelah pembaiahan di Saqifah. Pembaiahan wakil Sahabat kepada Abu Bakar RA di Saqifah merupakan Baiah In‘iqad, sedangkan pembaiahan kaum Muslim kepadanya di masjid merupakan baiah taat. Hal serupa terjadi pada khalifah lainnya. Ini merupakan gambaran dan penegasan tentang keredhaan rakyat kepada Khalifah.

Berbeza dengan Baiah In‘iqad yang bersifat pilihan, Baiah Taat wajib atas setiap orang, yang ditunjukkan dengan ketaatan dan ketundukan kepada Khalifah terpilih; taat pada hukum dan perundang-undangan islam yang ditetapkannya

Fahamkan. Wallahualam

Ahad, 19 Januari 2014

Doa doa Nabi

Doa Nabi Adam AS
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ “
Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Al A’raaf :23)
Doa Nabi Nuh AS
 رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ “
Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Hud :47)
Doa Nabi Hud AS
إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ ۚ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ ”
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.” (Surah Hud :56)
Doa nabi Ibrahim AS
 رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku,jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orng yang tetap mendirikan sholat.Wahai Tuhan kami,kabulkanlah doaku.Wahai tuhan Kami ,berilah keampunan kepadaku dan dua ibu bapaku dan sekalian orang orang mukmin pada hari berlangsungnya hisab(nanti)”.(Surah Ibrahim :40-41)
Doa Nabi Yusuf AS
 رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ”
Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. ( Surah Yusuf : 101 )
Doa Nabi Ayub AS
 أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ “
Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)
Doa nabi Yunus AS
 لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ “
 Bahwasanya tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan hanya Engkau,Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim(Surah Al-Anbiya’:87).
Doa Nabi Musa AS
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )
 Doa nabi Sulaiman AS
 رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ “
Wahai Tuhanku,berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu kedalam golongan hamba-hambaMu yang soleh”.( Surah,An-Namlu : 19 )
Doa Nabi Zakaria AS
 رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا
Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai”. ( Surah Maryam : 4-6 )
Doa Nabi Isa AS
اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ ۖ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
 Nabi Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”. ( Surah al-Maidah : 114 )
Doa Nabi Muhammad s.a.w
 رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
” Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.( Surah al-Baqarah : 286 )

Sabtu, 18 Januari 2014

SIFAT 20

Nafsiah
Salbiah
Ma’ani
Ma’nawiyah
WujudQidamQudratKaunuhu Qadiran
Baqa’IradatKaunuhu Muridan
Mukhalafatuhu LilhawadithIlmuKaunuhu ‘Aliman
Qiyamuhu BinafsihHayatKaunuhu Hayyan
WahdaniatSama’Kaunuhu Sami’an
BasharKaunuhu Bashiran
KalamKaunuhu Mutakalliman











Sifat Nafsiah:
            Sifat Nafsiah iaitu dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu. Sifat ini dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat. Menurut Jumhur Ulama’ sifat ini menunjukkan kepada zatnya, bukan menunjukkan kepada perkara yang menumpang pada zat.
            Sifat ‘Wujud’ dikatakan Sifat Nafsiah ertinya, wujud itu bukan merupakan sifat yang menumpang atau menempel pada Zat Allah s.w.t. akan tetapi Zat Allah s.w.t. itu dengan sendirinya kewujudan Allah. Ataupun Zat Allah dengan Wujud Allah tidak dapat dipisahkan. Berbeza dengan Sifat Ma’ani seperti Ilmu, kerana sifat ini merupakan sifat yang menempel pada Zat Allah. Ertinya sifat Ilmu itu terpisah dengan Zat Allah. Sebab Allah mengetahui sesuatu dengan Ilmu-Nya, bukan dengan Zat-Nya. Hanya sifat ‘wujud’ sahaja yang termasuk dalam Sifat Nafsiah.  
Sifat Salbiah:
            Salbiah maksudnya, menanggalkan, menolak ataupun menafikan. Maksud sifat Salbiah dalam hal ini iaitu menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah s.w.t. Umpamanya menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah seperti Baqa’ ertinya kekal. Sifat ini menafikan sifat Fana’ ataupun binasa bagi Allah s.w.t.
Sifat Ma’ani:
             Sifat Ma’ani ialah sifat yang Maujud atau ada yang berdiri pada Zat Allah s.w.t. yang menyebabkan Zat itu bersifat dengan suatu hukum Sifat Ma’nawiyah. Umpamanya Sifat Ma’ani seperti Ilmu, sifat ini ialah sifat yang berdiri pada Zat Allah. Ertinya Ilmu itu sifat Allah bukan Zat Allah. Allah s.w.t. dapat mengetahui sesuatu dengan Ilmu-Nya bukan dengan Zat-Nya. Yang menyebabkan zat itu bersifat dengan sifat suatu hukum Sifat Ma’nawiyah maksudnya Allah dikatakan Kaunuhu ‘Aliman (Keadaan-Nya Berilmu). Kerana Allah mempunyai sifat Sama’ maka Allah dikatakan Kaunuhu Sami’an (Keadaan-Nya Mendengar).
Sifat Ma’nawiyah:
            Sifat Ma’nawiyah iaitu suatu perkara yang sabit atau yang tetap bagi Zat Allah s.w.t.bersifat dengan Sifat Ma’ani. Di antara Sifat Ma’ani dengan Sifat Ma’nawiyah tidak terpisahkan. Misalnya Keadaan Allah Berilmu (Kaunuhu ‘Aliman – Sifat Ma’nawiyah), ini kerana Allah mempunyai sifat Ilmu (Sifat Ma’ani). Ataupun Allah s.w.t. dikatakan Kaunuhu Qadiran (Keadaan-Nya Berkuasa – Sifat Ma’nawiyah) kerana Allah mempunyai sifat Qudrat (Kuasa – Sifat Ma’ani) dan bergitu seumpamanya.
            Ada beberapa sebab sifat-sifat ini dinamakan dengan Sifat Ma’nawiyah iaitu, Sifat Ma’nawiyah merupakan cabang dari Sifat Ma’ani. Sesuatu yang bersifat dengan ‘Alim dan Qadir umpamanya tidak boleh bersifat dengan sifat-sifat itu melainkan setelah adanya ilmu dan qudrat baginya. Sifat Ma’ani adalah sebagai ilat atau sebagai malzum kepada Sifat Ma’nawiyah sejak Azali lagi, perhubungan antara keduanya adalah sebagai hubungan antara ilat dengan ma’lulnya.
Sifat yang Wajib bagi ALLAH:
  1.    Sifat WUJUD: Ada
             Allah s.w.t. wajib memiliki sifat Wujud ertinya Allah s.w.t. itu wajib ada. Allah s.w.t. adalah sebagai Zat yang Wajibul Wujud ertinya Zat yang wajib adanya. Wujudnya Allah s.w.t. tidak diragukan lagi, kerana adanya Allah dapat dibuktikan dengan dalil Al-Quran dan Al-Hadith (dalil naqal) dan dapat dibuktikan dengan akal (dalil aqali)
            Allah s.w.t. tidak ada yang menjadikan-Nya dan tidak pula Allah menjadikan diri-Nya sendiri. Adanya Allah tidak diduhului dengan tiada dan tidak diakhiiri dengan tiada. Dan mustahil Allah itu tiada. Wujudnya Allah s.w.t. mutlak ertinya adanya Allah s.w.t. itu wajib, dan mustahil jika Allah tiada ada. Kewujudan-Nya tidak dibatasi oleh sesuatu, waktu, keadaan mahupun tempat.
            Wajib pada Syara’ atas tiap-tiap mukalah mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada Allah Ta’ala dan tidak terima ‘Adam (tidak ada). Pengakuan didalam hati dengan tentu ada sungguh Allah Ta’ala itulah dinamakan wajib pada ‘aqal. Dan pengakuan tentu tidak, tiada Allah Ta’ala itulah dinamakan mustahil.
  2.    Sifat QIDAM: Sedia
Qidam ertinya ‘Sedia’, iaitu adanya Allah s.w.t. tidak dengan permulaan dan mustahil bagi Allah kalau berpermulaan. Sebab jika Allah berpermulaan bererti ada yang menjadikan dan jika sesuatu itu ada yang menjadikan maka sudah pasti itu bukan Tuhan. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, kerana Allah Dia-lah yang awal dan Dia-lah yang akhir.
            Qidamnya Allah, atau Allah itu dahulu atau sedia, ertinya adanya Allah itu tidak bermula dan tidak berakhiran itu maksud tiada kesudahan bagi Allah. Adanya Allah jelas dan nyata dan menguasai atas segala yang batin atau mengetahui segala yang tersembunyi. Zat-Nya tidak dapat disaksikan dengan mata begitu juga akal dan hati tidak mampu untuk mengetahui tentang-Nya.
            Sifat Qidam merupakan Sifat Salbiah, iaitu menafikan atau menolak sifat yang berlawanan dengannya. Jika sudah terang dan nyata Allah bersifat Qidam ertinya tidak berpermulaan, bererti sifat Qidam itu sendiri menafikan sifat yang menjadi lawan dengannya, iaitu sifat Huduts atau baharu. Adanya Allah sudah tentu semenjak dari zaman Azali lagi iaitu sebelum segala sesuatu itu ada. Setiap insan wajib mengimani tentang kewujudan Allah itu tidak berpermulaan dan tidak pula akan berakhir.
            Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh Sedianya Allah Ta’ala dan tidak terima Huduth (baharu atau berpermulaan). Pengakuan didalam hati dengan tentu sungguh Allah Ta’ala bersifat Sedia itulah dinamakan dai wajib pada ‘aqal, dan pengakuan didalam hati dengan tentu tidak baharu itulah dimanakan dia mustahil pada ‘aqal.
3.    Sifat BAQA’: Kekal
              Allah s.w.t wajib mempunyai sifat Baqa’,ertinya kekal ataupun tidak berkesudahan, wujud Allah kekal untuk selama-lamanya, tidak ada batasan waktu ataupun masa. Orang yang beriman kepada Allah menyakini bahawa yang menciptakannya itu kekal tanpa berkesudahan, begitu juga harus dipercayai oleh setiap insan bahawasanya kehidupan makhluk akan berakhir dengan kebinasaan dan kehancuran, dan akan ia kembali kepada Allah s.w.t. Yang Maha Kekal.
            Dengan mempercayai akan Allah mempunyai sifat Baqa’, ianya akan menguatkan keyakinan tentang adanya kehidupan di akhirat, sebagai meneruskan kehidupan di atas dunia yang fana’ ini. Kerana masih ada Pencipta Yang Maha Baqa’ yang mengaturkan tentang kehidupan di akhirat kelak.
            Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sungguh Allah Ta’ala Kekal dan tidak menerima Fana’ (binasa). Pengakuan didalam hati dengan tentu sungguh Allah Ta’ala bersifat Baqa’ itulah dikatakan wajib pada ‘aqal, dan pengakuan tentu didalam hati akan binasa Allah Ta’ala itu mustahil pada ‘aqal.
  4.    Sifat MUKHALAFATUHU LILHAWADITH: Berlainan dengan sekali makhluk
           Allah s.w.t. bersifat Mukhalafatuhu Lilhawadith, ertinya Allah berlainan dengan sekalian makhluk. Sudah tentu mustahil bagi Allah menyerupai akan sesuatu. Sebab Allah tidak sama dengan bentuk makhluk ciptaan-Nya, baik makhluk yang bernyawa ataupun tidak bernyawa. Berbeza Zat Allah dengan makhluk ertinya Zat-Nya tidak sama dengan makhluk. Berbezanya sifat-safit Allah dengan makhluk ciptaan-Nya maksudnya, sifat-sifat Allah tidak sama dengan makhluk.
            Perbezaan Zat Allah dengan sesuatu yang baharu maksudnya bahawa Zat Allah tidak sama dengan benda lain yang diciptakan-Nya, yang memiliki zat yang baharu. Berbeza sifat Allah dengan sesuatu yang baharu juga tidak sama dengan sifat segala benda selain Allah. Begitu juga dengan perbuatan Allah, tidak sama dengan perbuatan baharu atau segala benda yang ada di alam ini.
            Jika kita bayangkan Allah itu dengan sesuatu benda yang ada di alam ini bererti kita telah mempersekutukan Allah dengan yang lain, syirik hukumnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dalam menghayati sifat-sifat yang wajib bagi Allah ini, jangan sampai pemikiran dan minda kita dipimpin oleh syaithan, sehingga sampai pada peringkat mempersekutukan Allah. Na’zubillah.
            Wajib pada syara’ diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta i’tiqad dan mengaku putus didalam hati akan tentu sungguh bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan tiada menyamai-Nya (Mumathalatuhu Lilhawadith). Firman Allah Ta’ala:
            “Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Asy-Syura, 11)
            Dan bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan juga tidak menyamai-Nya itulah dikatankan sifat Mukhalafatuhu Ta’ala Lilhawadith dan makna bersalahan itu tiga perkara:
            1)            Bersalahan pada zat dengan makna Zat Allah Ta’ala bukannya Jirim yang bertempat walaupun dimana tempat an makhluk itu semuanya jirim yang bertempat. Kalau bergitu tidak boleh dikatakan Allah Ta’ala itu bertempat dimana-mana tempat, maka jika didapati didalam Al-Quran atau Hadith barang yang memberi waham menyerupai dan bertempat maka dinamakan ayat itu ayat Mutashabihat dan Hadith Mutashabihat.
            2)            Dan bersalahan sifa itu ialah sifat-sifat Allah itu bukan ‘Aradh yang bertangkap pada jirim dan bertempat bersama dengan jirim. Kalau bergitu. Tidak bolehlah dikatakan Allah Ta’ala berhajat dimana-mana hajat dan sebagainya daripada sifat-sifat yang baharu. Dan bersalahan pada perbuatan itu ialah perbuatan Allah Ta’ala, bukan seperti perbuatan yang baharu. Kerana perbuatan Allah Ta’ala menjadikan yang tiada itu ada, dan bukan pula perbuatan Allah Ta’ala itu daripada yang baharu.
3)            Dan dalil bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan tidak menyamai itu ialah kita fikir, jikalau Allah Ta’ala tidak bersalahan bagi segala yang baharu, nescaya adalah Ia menyamai dengan sesuatu yang baharu ini, maka jika menyamai dengan yang baharu tentulah Ianya baru seperti itu juga dan iaitu bathal kerana telah terdahulu bersifat Qadim dengan dalil-dalil yang nyata maka tetaplah Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan tidak menyamainya itulah pengakuan yang sebenar.
  5.    Sifat QIYAMUHU BINAFSIHI: Berdiri dengan sendiriNya.
             Qiyamuhu Binafsihi maksudnya berdiri dengan sendiriNya, bahawa Allah bersifat berdiri dengan sendiri bukan bergantung dengan selain dari-Nya. Allah tidak bergantung terhadap yang diciptakan-Nya, sebaliknya sesuatu yang diciptakan-Nya itu setiap saat selalau berhajat kepada Allah s.w.t.
            Allat s.w.t. tidak berhajat dan berkehendak terhadap sesuatu yang lain, tidak memerlukan bantuan kepada makhluk-makhluk-Nya. Allah bersifat Qiyamuhu Binafsihi, mustahil jika Allah berhajat dan meminta pertolongan dengan alam yang akan binasa.
            Allah Maha Berkuasa memiliki segala apa yang ada dilangit dan bumi. Kemudian tidak sukar bagi Allah untuk mengurusi segala sesuatu yang ada di alam ini. Dia Maha Perkasa tidak pula Ia memerlukan bantuan dalam mengurusi segala ciptaan-Nya yang banyak itu.
            Wajib pada atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sungguh berdirinya Allah Ta’ala dengan sendirinya (Qiyamuhu Binafsihi), dan tidak berkehendak kepada yang menjadi dan tidak berkehendak kepada zat (Muhtajun Ila Ghairih).
6.    Sifat WAHDANIYAH: Allah Maha Esa (Ke-Esa-an)
            Wahdaniyah ertinya Allah Maha Esa, tidak berbilang-bilang jumlahnya. Esa Allah Ta’ala itu ialah pada Zat-Nya, Sifat-Nya dan Af’al-Nya. Allah itu Esa, maka janganlah sekali-kali kita membayangkan atau memikirkan bahawa ada tuhan yang lain selain daripada Allah. Beriman kepada ke-Esa-an Allah, memudahkan bagi kita untuk beribadah dan berharap kepada Yang Satu.
            Di samping kita percaya bahawa Zat Allah s.w.t. itu Esa, kita juga harus yakini bahawa sifat-sifat Allah itu mempunyai nilai yang tidak mengenal batas. Jika dikatakan Allah itu Maha Pemurah, maka pemurahnya Allah itu tidak mengenal batas. Jika Allah itu bersifat Maha Pengampun, maka ampunan Allah itu tidak mengenal batas. Walau betapa besar dosa dan kesalah nseseorang itu, jika Allah menghendaki keampunan-Nya, maka dosa-dosa orang tersebut akan diampuni Allah s.w.t.
            Dan makna Esa pada Zat Allah itu ialah Zat Allah yang tidak bersusun daripada beberapa Zat yang boleh dibilangkan dengan sekurang-kurangnya bilangan dengan baharu, boleh dikerat, dibelah dan dipotong seperti bagi zat yang baharu.
Kam-mutashilZatBerbilangan yang berhubungan dengan Zat Allah Ta’ala
SifatBerbilangan yang berhubungan dengan Sifat Allah Ta’ala
PerbuatanBerbilangan yang berhubungan dengan Perbuatan Allah Ta’ala
Kam-munfashilZatBilangan yang berasing-asing pada Zat Allah Ta’ala
SifatBilangan yang berasing-asing pada Sifat Allah Ta’ala
PerbuatanBilangan yang berasing-asing pada Perbuatan Allah Ta’ala
            Wajib pada atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku putus dalam hatinya akan tentu sungguh Allah Ta’ala itu Esa pada Zat-Nya, Sifat-Nya dan Af’al-Nya. Dan tidak Ta’addud (berbilang-bilangan).
  7.    Sifat QUDRAT: Allah Maha Kuasa (Pekuasa)
             Qudrat ertinya Allah Maha Berkuasa keatas segala sesuatu. Hanya Allah yang berkuasa, sedangkan selain Allah sebenarnya tidak mempunyai kekuatan dan kekuasaan. Kekuasaan Allah mutlak milik-Nya. Kekuasaan Allah itu bukan datangnya kemudian, tetapi sudah ada semenjak zaman Azali lagi, iaitu sebelum adanya sesuatu selain daripada Alah s.w.t.
            Allah s.w.t. menjadikan segala sesuatu yang dikehendaki-Nya. Firman Allah s.w.t.:
           “Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah”, maka jadilah ia.” (Yassin: 82)
            Pada sifat Qudrat, Allah Ta’ala Maha Kuasa mengadakan dan meniadakan sesuatu mumkin, dan bagi Qudrat itu beberapa takluq (menuntut sifat akan satu pekerjaan lain daripada menuntut di Zat-Nya), iaini beberapa tugas.
            Wajib pada syara’ diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada Tuhan Pekuasa, iaitu Allah Maha Kuasa, dan tidak sekali-kali ‘Ajzun (lemah).
  8.    Sifat IRADAT: Berkehendak
           Allah s.w.r. mempunyai sifat Iradat, iaitu berkehendak, maksudnya bahawa Allah s.w.t. dalam menciptakan segala sesuatu berpedoman kepada kehendak-Nya. Begitulah alam semesta ini terjadi, kerana Kudrat dan Iradat Allah, diatas Kekuasaan dan Kehendak Allah s.w.t. dan tidak ada batasannya dan tidak dapat dilukiskan melalui fikiran manusia tentang keinginan Allah.
            Dan Iradat itu ialah satu sifat yang sedia kala pada Zat Allah. Dengan sifat Iradat, Allah Ta’ala mengkehendaki dan menentukan mumkin dengan setengah-setengah barang yang harus atas mumkin.
            Wajib pada syara; atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh didalam hatinya ada Allah Ta’ala itu bersifat Iradat, dan tidak menerima Karahah (terpaksa).
9.    Sifat ILMU: Allah Maha Mengetahui
            Allah bersifat ilmu, ertinya bahawa Allah Maha Mengetaui. Allah memiliki pengetahuan dan mengetahui akan segala sesuatu, yang sudah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku, baik di langit, dibumi mahupun yang diantaranya, dan segala sesuatu yang diciptakan-Nya.
            Dan Ilmu itu ialah sifat yang ada ia di Zat Allah Ta’ala, yang nyata segala perkara yang wajib dan yang mustahil dan yang harus itu dengan Ilmu yakni dengan pengetahuan tidak jahil. Dan makna mengetahui akan segala perkara yang wajib itu mengetahui dengan sungguhnya dan mengetahuisegala yang mustahil itu mengetahui dengan tidaknya, dan mengetahui perkara yang harus itu mengetahui akan ada atau tiada atau akan tiadanya.
            Wajib atas syara’ atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sungguh ada di Zat Allah Ta’ala itu Ilmu, dan tidak menerima akan Allah itu Jahlun (jahil).
10.   Sifat HAYAT: Hidup
             Allah s.w.t. wajib mempunyai sifat Hayat iaitu hidup, dan mustahil bagi-Nya mempunyai sifat binasa yang sama dengan makhluk. Sifat hidup Allah ini tidak sama sebagaimana dengan kehidupan alam, seperti manusia, malaikat haiwan dan makhluk-makhluk yang lainnya. Allah hidup tidak berhajat terhadap sesuatu, seperti pada makhluk yang menghajatkan dan memerlukan nyawa, nafas, makan dan minum. Kehidupan makhluk merupakan hasil daripada pemberian Allah, maka pada saat yang dikehendaki-Nya, kehidupan makhluk itu dapat berakhir.
            Wajib diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh didalam hatinya Allah mempunyai sifat Hayat, satu sifat yang ada pada Zat Allah dan dengan sifat Hayat ini Allah Ta’ala hidup, dan tidak akan menerima akan Maut.
11.   Sifat SAMA’: Allah Maha Mendengar
           Sama’ ertinya Mendengar dan Allah bersifat Sama’ bahawa Allah Maha Mendengar segala sesuatu yang diperkatakan oleh makhluk-makhluk-Nya. Allah Maha Mendengar baik yang kuat mahupun perkara yang dibisikkan oleh makhluk-Nya. Walaupun begitu pendengaran yang ada pada Allah tidak berhajat pada sesuatu yang ada pada makhluk-Nya.
            Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh pada hatinya akan sifat Sama’ ini yang ada pada Allah Ta’ala, dan tidak sekali-kali Allah menerima sifat Shomam (tuli).
12.   Sifat BASYAR: Allah Maha Melihat
            Allah bersifat Basyar ertinya bahawa Allah Maha Melihat apa sahaja yang ada di alam ini. Allah dapat melihat segala gerak geri makhluk-Nya. Namun Penglihatan Allah itu tidaklah sama dengan penglihatan makhluk ciptaan-Nya. Allah tidak berhajat seperti makhluk-Nya untuk melihat.
            Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada pada Allah Ta’ala itu sifat Basyar, dan iaitu satu sifat yang ada di Zat Allah. Tidak Allah sekali-kali menerima akan sifat ‘Umyun (buta).
13.   Sifat KALAM: Allah Berkata-kata
            Allah mempunyai sifat Kalam atau berkata-kata, dan mustahil bagi Allah Yang Maha Agung itu bersifat berlawanan dengan sifat Kalam. Walaubagaimanapun Kalam Allah tidak seperti yang dihajatkan oleh makhluk-Nya. Kalam Allah itu dinamakan Wahyu yang diberikan kepada makhluk-Nya sebagai mendatangkan kebenaran-Nya.
            Wajib diatas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh pada hatinya akan Allah mempunyai sifat Kalam. Iaitu satu sifat yang sedia kala di Zat AllahTa’ala. Dengan adanya sifat inilah Allah tidak akan sekali-kali menerima sifat Bukmun (bisu)
14.   Sifat KAUNUHU QADIRAN: Allah tetap selalau dalam keadaan Berkuasa  
15.   Sifat KAUNUHU MURIDAN: Allah tetap dalam keadaan Menghendaki
16.   Sifat KAUNUHU ALIMAN: Allah tetap dalam keadaan Mengetahui
17.   Sifat KAUNUHU HAYYAN: Allah tetap dalam keadaan Hidup
18.   Sifat KAUNUHU SAMI’AN: Allah tetap dalam keadaan Mendengar
19.   Sifat KAUNUHU BASIRAN: Allah tetap dalam keadaan Melihat
20.   Sifat KAUNUHU MUTAKALLIMAN: Allah tetap dalam keadaan Berkata-kata  

Khamis, 16 Januari 2014

MANUSIA MENJADI SOMBONG BILA DIPUJI

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Surah al-Fatihah, ayat 2) 

Membaca al-Fatihah antara syarat sah solat kerana tidak sah solat jika meninggalkannya sehinggakan dalam hadis qudsi, Allah SWT menamakan al-Fatihah dengan solat menggambarkan kehebatan al-Fatihah. 


Hakikatnya, surah al-Fatihah ini juga adalah dialog antara seorang hamba dengan Penciptanya. 

Allah SWT berfirman: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam sahihnya, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Allah berkata: Aku bahagikan solat di antara-Ku dengan hamba-Ku sebanyak dua bahagian. Bagi hamba-Ku apa yang dia pinta. Apabila hamba-Ku berkata, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Allah berkata: Aku telah dipuji oleh hamba-Ku. Hamba-Ku berkata, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Allah berkata, hamba-Ku telah memuji ke atas-Ku. Hamba berkata: Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Allah berkata: Aku telah diagungkan oleh hamba-Ku. Hambaku berkata: Engkaulah saja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah saja kami memohon pertolongan. Allah berkata: Ini di antara-Ku dengan hamba-Ku, buat hamba-Ku apa yang dia pinta. Hamba berkata: Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang yang sesat. Allah berkata: Ini untuk hambaKu, dan untuk hambaKu apa yang dia pinta.” 

Maksud perkataan Rabb

Perkataan Rabb memberi maksud Tuhan yang mendidik, mengurus kepentingan yang dididik-Nya dan mengatur setiap urusan-Nya. Terdapat dua bentuk tarbiah Allah SWT terhadap manusia iaitu tarbiah yang bersifat penciptaan. 

Pendidikan ini dilakukan dengan mengembangkan jasmani manusia sehingga mencapai kedewasaan dan kesempurnaan dari sudut pertumbuhan jiwa serta akal mereka. 
Kedua, tarbiah yang bersifat keagamaan, pendidikan ini dilakukan oleh Allah SWT dengan menurunkan wahyu kepada seseorang di kalangan manusia supaya disampaikan kepada umat manusia. 

Hanya Allah SWT saja yang berhak mensyariatkan peribadatan. Untuk itu, tiada sesiapa pun yang dapat menghalalkan atau mengharamkan sesuatu melainkan dengan izin-Nya.

Setiap pujian yang baik hanya untuk Allah SWT kerana Dialah yang menjadi sumber segala yang ada. Dia yang mengatur, mendidik dan memelihara seluruh alam dari awal hingga akhir. Dia jugalah yang mengilhamkan segala sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan keuntungan. 

Setiap pujian dan kesyukuran hanya berhak bagi-Nya berdasarkan segala nikmat dianugerahkan. Perkataan Alhamdulillah disebut dalam al-Quran sebanyak 38 kali menggambarkan Allah SWT Maha layak dipuji kerana zat-Nya, sifat-Nya, nikmat-Nya, rahmat-Nya dan panduan kehidupan diberikan-Nya.

Sombong bila dipuji berlebihan

Kita memahami apabila manusia dipuji berlebihan ia akan menyebabkan manusia itu menjadi sombong dan merasakan semua perbuatannya betul serta tidak boleh dikritik atau ditegur. 

Ungkapan Alhamdulillah satu-satunya lafaz diajar oleh Allah SWT kepada hamba-Nya untuk dizahirkan secara lisan yang menunjukkan kesyukuran di atas nikmat diberikan. Kesan daripada kesyukuran ialah bertambah nikmat yang akan diberikan.

Alhamdulillah adalah perasan kesyukuran yang melimpah pada hati seorang Mukmin sebaik saja teringatkan Allah SWT kerana kewujudan dirinya adalah daripada limpah nikmat Allah SWT yang membangkitkan kesyukuran, pujian dan sanjungan. 

Justeru, mengucap Alhamdulillah di awal dan akhir adalah salah satu tuntutan al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Dialah Allah tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji tertentu bagi-Nya, di dunia dan di akhirat; dan hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, serta kepada-Nya kamu semua dikembalikan.” (Surah al-Qasas, ayat 70) 

Bersyukur kepada Allah SWT akan menambahkan nikmat berdasarkan firman-Nya yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7) 

Jika diperhatikan kehidupan seharian kita, setiap pergerakan sebenarnya menuntut kita bersyukur kepada-Nya. Ketika tidur roh kita diambil kemudian dikembalikan ketika kita bangkit daripada tidur. Tidakkah itu satu nikmat besar yang seharusnya disyukuri. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah (yang menguasai segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa daripada badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” (Surah az-Zumar, ayat 42) 

Bayangkan bila kita dikejutkan dari tidur pasti kita memuji-Nya dengan menyebut Alhamdulillah kerana Allah SWT masih memberi peluang kita meneruskan kehidupan, keupayaan bergerak.

Tanpa keizinan-Nya tidak mungkin anggota kita berfungsi...

Rabu, 15 Januari 2014

Ukhuwah biar ikhlas, tiada muslihat

Membina silaturahim bukan sekadar mengucap salam kepada sesiapa yang ditemui dan tidak semudah berkirim salam melalui teman. Kemanisan ukhuwah hanya dapat dirasai mereka yang ikhlas melengkapkan kehidupan sesama manusia setelah menyempurnakan tanggungjawab kepada Allah SWT. 

Tidak salah membina ukhuwah dengan sesiapa saja untuk memperteguhkan hubungan dengan Yang Maha Mencipta. Pilihlah sahabat yang mengingatkan kita sewaktu lupa, menjauhkan daripada leka serta mengikat kita kuat pada tali-Nya, kerana itulah sebenarnya hikmah bersaudara.


Hari ini, jalinan ukhuwah menjadi semakin mudah dengan adanya pelbagai medium untuk meneguhkan ikatan silaturahim. Hubungan yang jauh boleh didekatkan dan ini memudahkan kita membina persahabatan. 

Firman Allah SWT; “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya akan keadaan dan amalan kamu.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Tanpa memerlukan masa yang panjang dan modal banyak, kita boleh bertanya khabar serta tahu perkembangan taulan yang jauh hanya di hujung jari. Malah, hubungan jauh boleh didekatkan dengan kemudahan teknologi yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan itu.

Lebih daripada itu, ukhuwah berasaskan takwa dan berlandaskan syariat adalah tunjang kekuatan ummah malah, silaturahim menjauhkan manusia daripada hasad dengki serta fitnah. Ukhuwah juga boleh menguatkan hubungan dengan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa seorang Muslim itu menjadi saudara seorang Muslim lainnya, kerana itu tidak dibolehkan seorang Muslim itu menganiaya saudara Muslim yang lainnya. Juga tidak boleh seorang Muslim itu menghina saudara Muslim lainnya. Dan barang siapa memberikan pertolongan yakni memenuhi hajat keperluan saudaranya, maka Allah pun memenuhi dan menyelesaikan segala keperluan hajatnya dan barang siapa yang memberikan kemudahan atau memberikan kelapangan bagi kesusahan seorang Muslim, nescaya Allah melapangkan kesusahannya pada hari kiamat.”

Perintah membina silaturahim bertujuan melancarkan urusan kehidupan kerana manusia tidak boleh hidup sendirian, sebaliknyasaling bergantungan dan melengkapkan keperluan masing-masing. 
Rasulullah SAW bersabda: “Orang Mukmin terhadap orang Mukmin yang lainnya, tidak ubah bagaikan sebuah bangunan yang bahagian-bahagian menguatkan satu sama lain.” 

Oleh kerana ukhuwah melengkapkan keperluan manusia, ia boleh menjadi asas pembinaan sebuah unit masyarakat harmoni. Alangkah indahnya keluarga yang sarat rasa hormat dan kasih sayang, menjadi tunjang perpaduan yang akhirnya menguatkan kesatuan ummah.

Ukhuwah kerana agama tidak mengenal bangsa dan keturunan. Ia juga tidak terbatas kepada hubungan kerabat semata. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya akan keadaan dan amalan kamu.” (Surah al-Hujurat, ayat 13) 

Justeru, menjalin hubungan silaturahim haruslah ikhlas kerana Allah SWT. Kita tidak akan merasa cukup dengan nikmat Allah jika sentiasa menyandarkan asbab setiap hubungan persahabatan untuk mendapatkan sesuatu. 

Ditakdirkan apa yang diingini itu tidak diperoleh, kita akan berasa marah, menyesal dan berdendam. Sedangkan, jika ia dijalinkan kerana Allah SWT, kita akan sentiasa reda dengan setiap apa yang berlaku. 

Ukhuwah yang erat tunjang kekuatan ummah. Ia jugalah yang menguatkan perjuangan Rasulullah SAW di peringkat awal menyebarkan dakwah kepada setiap penduduk Makkah. Kehadiran sahabat yang turut mewakafkan diri kepada Allah SWT dan Rasul-Nya memudahkan urusan dakwah baginda.

Sayang sahabat kepada sahabat yang lain juga tiada taranya. Itulah perbezaan yang nyata dalam persahabatan ikhlas kerana Allah SWT berbanding persahabatan kerana sebab yang lain.