Khamis, 9 Januari 2014

YAYASAN AYAHANDA SINAR HARIAN

www.sinarharian.com.my/.../yayasan-ayahanda-susun-perjuangan-1.234172
26 Dis 2013 ... KUALA LUMPUR - Sebanyak 58 NGO Melayu di bawah seliaan Yayasan Ayahanda Semalaysia (YAS) berhimpun dalam Seminar Kepimpinan ...
www.sinarharian.com.my/.../yayasan-ayahanda-semalaysia-kembalikan- martabat-1.92179
7 Okt 2012 ... Pelancaran dan perasmian Yayasan Ayahanda SeMalaysia (Yas) oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Dewan Utama ...
www.sinarharian.com.my/.../siasat-gelaran-ayahanda-palsu-1.227156
4 Dis 2013 ... Pengerusi Eksekutif, Yayasan Ayahanda Semalaysia (YAS), Syed Husain Al Shahab, berkata, jawatankuasa berkenaan akan menyiasat, ...
www.sinarharian.com.my/.../409-ayahanda-buat-resolusi-jelas- tanggungjawab-1.233298
23 Dis 2013 ... Pengerusi Eksekutif Yayasan Ayahanda SeMalaysia (YAS), Ayahanda Syed Husain Al Shahab berkata, resolusi tersebut mengandungi 12 ...


  • 409 Ayahanda buat resolusi jelas tanggungjawabSyed Husain (depan, empat, kanan) menerima resolusi daripada wakil-wakil NGO sebelum diserahkan kepada pihak berwajib.
 1 / 1 
KUALA LUMPUR – Seramai 409 Ayahanda daripada 52 NGO telah membuat ketetapan dan resolusi berhubung penggunaan gelaran Ayahanda dan memperjelas matlamat serta tanggungjawab Ayahanda sebagai pemegang amanah kepada wasiat Raja-Raja Melayu.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Ayahanda SeMalaysia (YAS), Ayahanda Syed Husain Al Shahab berkata, resolusi tersebut mengandungi 12 perkara dan memperjelaskan secara menyeluruh mengenai takrifan Ayahanda dan pemberian gelaran yang ditetapkan melalui proses baiah dan kesahihan sanad.

“Kami mahu agensi berwajib memahami dengan jelas peranan utama Ayahanda dan gelaran ini diiktiraf serta digunakan secara rasmi oleh semua 52 NGO di bawah YAS.

“Resolusi ini akan diserahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Jabatan perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ketua Polis Negara, Ketua Pendaftar Pertubuhan (ROS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi-agensi keagamaan di seluruh negeri,” katanya selepas Seminar Kepimpinan Ayahanda SeMalaysia Peringkat Kebangsaan, semalam.
Beliau berkata, antara kandungan resolusi tersebut menyatakan tujuan dan tanggungjawab hakiki Ayahanda sebagai pemegang amanah kepada wasiat Raja-Raja Melayu yang telah dititah dan diwatikahkan pada 1 Syaaban 1377 Hijrah bersamaan 5 Ogos 1957 semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang kini menjadi Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Menurutnya, Ayahanda juga bertanggungjawab mempertahankan peruntukan terhadap Islam sebagai agama persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kekal menjaga kesucian agama Islam dan kekal dengan amalan serta pegangan ahlil sunnah wal jamaah.

“Kami Ayahanda akan menjadi benteng mempertahankan tanah air daripada sebarang cubaan untuk mencemar atau melemahkan kedaulatannya dengan moto Ayahanda Patriot Kedaulatan.

“Kami juga akan menerbitkan buku-buku panduan untuk pemahaman asas baiah dan asas perjuangan, penyeragaman kaedah pelantikan dan tatacara urus tadbir dan penyelarasan matlamat serta segala dasar pelaksanaan,” katanya.

Menurutnya, YAS juga menggesa KDN, PDRM, Jakim dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri serta semua agensi keselamatan di peringkat persekutuan dan negeri supaya memantau dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang menggunakan gelaran Ayahanda secara palsu atau tidak mengikut sanad atau baiah yang ditetapkan Majlis Perundingan Ketua-Ketua NGO Bertaraf Ayahanda, YAS dan Jawatankuasa Sanad YAS.

Tiada ulasan: