Rabu, 8 Januari 2014

Yayasan Ayahanda SeMalaysia dilancar



MELAKA 7 Okt. - Yayasan Ayahanda SeMalaysia (YAS) yang memberi manfaat berkaitan kebajikan dan perlindungan kepada ahli bergelar Ayahanda, veteran dan balu daripada 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilancarkan hari ini.
Pengerusi Eksekutif YAS, Syed Husain Al Shahab berkata, antara fungsi yayasan itu termasuklah mengumpul, menggeratkan dan menjaga kebajikan ahli selain bekerjasama dengan NGO lain yang mempunyai misi sama.
"Inisiatif ini dilihat sesuatu yang cukup bermanfaat demi memastikan kelangsungan kehidupan mereka terbela," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran itu.
YAS dilancarkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Seri Bendahara di sini hari ini.
Antara pertubuhan yang bernaung di bawah YAS adalah Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Majlis Ayahanda Melaka, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) dan NGO-NGO Melayu Islam.
Menurut Syed Husain, seramai 30 ahli yang terdiri daripada 18 orang veteran Ayahanda dan 12 balu menerima sumbangan berupa wang dan sijil penghargaan pada majlis itu.
Pada majlis yang sama, Mohd. Ali menerima darjah selempang tertinggi YAS, Darjah Khalifah Umar Al-Khatab disampaikan oleh Syed Husain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121008/dn_16/Yayasan-Ayahanda-SeMalaysia-dilancar#ixzz2psAtGfn8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan: