Ahad, 25 Ogos 2013

Apa itu "kufur"

Assalamualaikum w.b.t,

Bismillahirrahmannirrahim, Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah swt kerana masih lagi kita diberi peluang untuk menghirup udara segar, melihat ciptaan Allah yang Maha Kuasa ini dan masih lagi sempat untuk kita menambahkan amal-amal selagi kita hidup atas dunia ini.. insyaAllah.

Kufur bermaksud tidak percaya kepada Allah dan mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw.  Perkataan kufur ini kalau kita perhatikan menjurus kepada kafir. Ini bererti kufur adalah perkara yang wajib kita ketahui untuk mengelakkan diri kita dari menjadi kafir tanpa kita sedari. 

Firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” 
( Surah An-Nisa’ : Ayat 56 )

Kufur terbahagi  kepada dua jenis iaitu kufur hakikat dan kufur nikmat. Kita boleh nampak di sini yang mana kufur hakikat lebih dasyat kesannya berbanding kufur nikmat walaupun hakikatnya kedua-dua kufur ini akan mendapat azab dari Allah swt di akhirat kelak.

Kufur Hakikat

Kufur hakikat bermaksud ingkar dan menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw. Kita ambil beberapa contoh seperti tidak mengakui balasan di akhirat, menolak hukum yang terdapat dalam al-quran, menyatakan solat fardhu merugikan masa dan menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi.


Kufur Nikmat
Firman-Nya yang bermaksud:

Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkari dan kebanyakan mereka adalah orang-orang kafir” [An-Nahl : 83]

Kufur nikmat pula bermaksud mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan. Ini menerangkan bahawa Allah yang memberikan nikmat dan rezeki kepada manusia dan haiwan-haiwan di luar sana. Kadang-kadang orang yang kufur nikmat ini merasakan yang rezeki itu dia yang cari dengan usaha dia sendiri, tanpa dia sedar, itu adalah rezeki dari Allah swt.


Contoh-contoh bagi kufur nikmat ini seperti menggunakan nikmat ke jalan maksiat, enggan mengeluarkan zakat/sedekah dan boros berbelanja harta. Di sini kita boleh lihat, kita suka keluar shopping-shopping,  berbelanja ribu-ribu untuk kepuasan diri tetapi, untuk keluarkan 50sen dan letak dalam tabung masjid, kita rasa sukar. Selalunya begitu kan. Menginfak pada jalan Allah, itu adalah lebih baik.

Berdasarkan ayat-ayat di atas, kita lihat bahawa segala kekufuran ini boleh membawa kepada kekafiran. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar, tersilap langkah kita sendiri boleh menjadi kufur. Moga dijauhkan, nauzubillah min zalik. Niat itu penting. Apa-apa yang kita buat, setkan dalam hati, adalah untuk mendapat redha Allah. Redha Allah amat-amatlah penting. Sekali kita berniat yang tidak elok, perbuatan dan perlakuan kita juga akan berubah ke arah yang tidak elok dan tidak baik.

Segala yang berlaku dan terjadinya kufur ini, ada factor-faktor nya. Salah satu adalah :
  • Pegangan agama yang lemah. Apabila agama yang ada dalam diri seseorang itu lemah, dia tidak akan dapat membezakan antara perbuatan yang boleh membawa pahala dan dosa.
  • Terpengaruh dengan hawa nafsu. Kita sebagai manusia mempunyai hawa nafsu yang mana inginkan keseronokan dan kebebasan. Kita perlu untuk seronok dan bebas tetapi perlu ada batas-batasnya. Seronok kita biarlah perpada-pada, dan bebas kita pun biarlah berpada-pada.
  •  Kesempitan hidup. Seseorang boleh menjadi kufur hingga sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memenuhi keperluan hidup. Sebagai contoh, dia tersangat miskin, apabila malam datang, dia mencuri. Dia memilih jalan yang salah untuk hidup dia. Tidak ada keberkatan hidup apabila dia mengambil hak orang lain.

Sebagai seorang muslim yang baik, yang beriman kepada Allah swt, hendaklah kita jauhkan diri kita dari semua kekufuran ini. Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan. Setkan niat yang baik dalam hati dan lakukan yang terbaik dan terbaik!! selagi kita diberi nafas untuk hidup atas dunia ini. 

Sentiasa bersyukur pada Allah dan sentiasa bersangka baik pada Allah. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita. 

Akhir kata, jangan kita berlagak sombong di atas dunia ini, kerana kita hanya hamba yang lemah dan sentiasa perlukan redha Allah. Sesungguhnya Allah membenci di saat orang yang merasakan dirinya adalah lebih baik dari orang lain. 

Sama-sama kita hayati…=).

Tiada ulasan: