Isnin, 15 Julai 2013

Sumpah Bai’ah Pas Fasiq – Ustaz Rujhan


Posted: 14 Jul 2013 02:45 AM PDT
BESUT, 14 Julai – Penceramah bebas, Ustaz Rujhan A Rahman berkata, sumpah bai’ah yang dibuat oleh calon Pas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut adalah satu bentuk sumpah fasiq iaitu rosak.
Ini kerana jelasnya, sumpah yang dilakukan itu bukanlah sumpah yang berkaitan dengan agama Islam memandangkan Pas adalah sebuah parti dan bukan membawa maksud Pas adalah Islam.
“Pas sama seperti PKR, Dap mahupun UMNO. Pas adalah parti politik. Sebab itu sumpah yang dibuat oleh pemimpin Pas ataupun calon Pas di Kuala Besut adalah satu sumpah bai’ah yang rosak. Tidak boleh digunapakai,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Menerangkan dengan lebih lanjut beliau berkata, di dalam agama Islam memang terdapat sumpah bai’ah dan ianya pernah digunakan semasa zaman Rasulullah dengan sekiranya seseorang itu melanggar sumpah yang dibuat maka ianya akan dilaknat oleh Allah.
Namun jelasnya, Pas telah menyalahgunakan sumpah tersebut dan membuatkan ahli Pas menganggap bahawa Pas adalah Islam dan Islam adalah Pas.
“Sumpah bai’ah ini dilaksanakan berkaitan agama Islam bukan berkaitan parti politik. Perlu diingat bahawa Pas adalah sebuah parti. Ini sama sekali bercanggah dengan bai’ah yang terdapat dalam agama Islam.
“Pas mempergunakan bai’ah yang terdapat di dalam agama demi kepentingan politik. Tindakan Pas ini lebih banyak menimbulkan fitnah di dalam agama. Hukum menfitnah pula lebih besar daripada membunuh. Pas sebenarnya telah membunuh elemen suci di dalam agama Islam.
“Sejak Pas berbaik dengan DAP, Pas telah melonggarkan hukum agama demi kepentingan politik. Ini jelas menunjukkan Pas telah jauh tersasar daripada landasan agama itu sendiri,” jelasnya lagi.
Tambah Ustaz Rujhan, tindakan Pas menyuruh calonnya bersumpah bai’ah secara tidak langsung menunjukkan bahawa Pas tidak percaya kepada calonnya sendiri kerana sekiranya Pas yakin dengan calon pilihan mereka maka mengapa perlu ada sumpah bai’ah.
“Oleh itu, saya menyeru kepada umat Islam agar jangan terpedaya dengan taktik Pas yang mendatangkan kesan buruk kepada agama Islam itu sendiri. Jangan terpedaya kononnya Pas adalah Islam kerana Pas adalah sebuah parti yang sama seperti DAP, PKR mahupun UMNO,” jelasnya lagi...

Tiada ulasan: