Khamis, 18 Julai 2013

Nabi SAW lebih membimbangi Ulama Su’ lebih dari Dajjal


Rasulullah SAW  bersabda maksudnya:
” Selain daripada Dajjal ada satu perkara yang sangat aku bimbangkan lebih daripada Dajjal? Lalu ada orang yang bertanya: Apakah itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawa: Mereka ialah Ulam Su’ yakni ulama yang jahat”. (HR Ahmad daripada Abu Zhar RA dengan sanad yang jaid.Lohat Takhrij Al’Iraqi Alal Ihya 1/95).
Dajjal itu tujuannya sudah jelas untuk menyesatkan manusia tetapi ulama Su’ ini walaupun lidahnya pandai memalingkan orang lain daripada cinta dunia, namun amal dan perbuatan mereka adalah mengajak orang lain membuat kejahatan kerana amalan sesorang itu lebih berkesan daripada percakapannya.Dan orang ramai lebih mudah tertarik dengan perbuatan ulama Su’ daripada perkataan mereka.Maka apa yang dapat dirosakkan oleh ulama Su’ ini dengan perbuatan mereka adalah lebih banyak daripada apa yang dapat di baikkan oleh lidah mereka .Orang yang jahil sebenarnya belum berani menghimpun dunia banyak banyak kecuali setelah mereka melihat keberanian ulama Su’ ini.Maka ilmu yang ada pada mereka menjadi sebab keberanian orang ramai membuat berbagai bagai maksiat.Maka inilah yang sangat dibimbang oleh Nabi SAW.
Namun demikian, nafsu ammarah ulama Su’ ini selalu membisikkan di telinga mereka bermacam macam angan angan dan membisikkan kepadanya bahawa dia telah banyak menabur jasa di kalangan manusia sehingga dia layak untuk menerima bermacam macam anugerah daripada Allah.Nafsunya juga menghayalkan kepadanya bahawa dia adalah lebih baik daripada hamba hamba Allah yang lain...


Tiada ulasan: