Ahad, 21 Julai 2013

ISTILAH SALAM

Perkara satu,

Saya rasa saudari telah tersalah faham maksud salamun itu..
Seperti yang saya katakan tadi, salamun itu sama seperti salamullah yang bermaksud kesejahteraan daripada Allah. Yang Maha Sejahtera itu ditujukan kepada Allah, Salamun alaikum bermaksud kesejahteraan daripada Allah yang Maha Sejahtera..

Dalam bahasa arab, perkataan salamun menjadi mudhof manakala perkataan alaikum menjadi mudhofun ilaih iaitu yang bersandar kepadanya. Macam nama Abdul Hakim, berasal daripada perkataan a'bada iaitu hamba dan al Hakim iaitu Yang Maha Bijaksana. Jadi kita nak kata maksud nama dia hamba yang Maha Bijaksanalah ya? Semestinya tidak, maksud nama dia hamba kepada Allah yang Maha Bijaksana.

Seperti itu juga situasi salamun alaikum, maksudnya adalah kesejahteraan Allah yang Maha sejahtera ke atas kamu..
Bukannya kesejahteraan yang Maha  Sejahtera ke atas kamu..

Perkara 3,

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata maksudnya,

“Sesungguhnya Rasulullah saw adalah memberi salam ke kanannya, dengan assalamualaikum warah matullah, sehingga dapat pandang keputihan pipi kanannya, dan ke kirinya dengan assalamualaikum warah matullah, sehingga dapat pandang keputihan pipi kirinya.”

(HR Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasaai dan Ibn Majah (‘Ammar bin Yasir) dan Mishkat)


Sahabat Abu Hurairah radhiyallahu’anhu meriwayatkan bahwa Nabi shallallahu’alaihi wasallam telah bersabda,

لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ قَالَ: اذْهَبْ فَسَلِّمْ عَلَى أُولَئِكَ النَّفَرِ مِنَ الْمَلَائِكَةِ جُلُوسٌ فَاسْتَمِعْ مَا يُحَيُّونَكَ فَإِنَّهَا تَحِيَّتُكَ وَتَحِيَّةُ ذُرِّيَّتِكَ. فَقَالَ: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ فَقَالُوا السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ فَزَادُوهُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ (متفق عليه)

“Tatkala Allah menciptakan Adam ‘alaihissalam, Dia berfirman, “Pergilah dan ucapkanlah salam kepada para Malaikat yang sedang duduk, lalu perhatikanlah apa yang mereka akan jawab, sesungguhnya jawaban (para malaikat itu) adalah salam (penghormatan)mu dan anak keturunanmu. Maka Adam ‘alaihissalam berkata, “Assalamu’alaikum”, lalu mereka (para malaikat) menjawab, “Assalamu’alaika wa Rahmatullah”. Mereka menambahkan: “Warahmatullah”.

(HR Bukhari 6227 dan Muslim 2841).

Dalam hadis ada menerangkan perihal salam terakhir ketika solat itu, salam itu ditujukan kepada malaikat, kita beriman terhadap Rasul, jadi iktikad kita segala yang disampaikan oleh Rasul adalah benar, kita bukannya bertaqlid buta..kita ikut berdasarkan dalil dan ilmu..

Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam memahami ilmuNya..

Wallahualam...


Alhamdulillah.. Terima kasih Tuan.. semoga sentiasa dirahmati dan mendapat nikmat Allah s.w.t sebaiknya..

Dari Syariatnya.. Itulah jawapannya.. Terima kasih.. dari segi fahaman ahli² Tariqat, hakikat dan marifat bagaimana pula tuan? Tak perlu semua kah?

Kerana ada pendapat yang menyatakan Syariat tidak akan sempurna jika tiada Tariqat, Hakikat dan maarifatnya.. saya tidak faham mengenai pembahagian² perkara ini.. (maaf, tersasar dari topik sebenar).. kalau boleh kita fokus kepada pemberian salam jugak.. agar lebih fokus dan faham.. sesungguhnya saya ini masih belum mengenali Islam dengan benar..

Harap dapat memahamkan saya yang jahil ini...


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Semalam, saya ada baca satu aritkel ni mengenai cara memberi salam yang betul..
Sebahagian dari artikel tu kata,

"SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...
Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum."

Jazakallah.. 

Tak mengapa Tuan.. saya senang memanggil sesiapa pun sebagai Tuan.. Guru kepada Imam besar Al-Ghozali juga bukan dari golongan ternama kan?.. Islam telah membebaskan penganutnya berguru dengan sesiapa sahaja.. Tidak tertakluk kepada sesuatu yang lain (spt nama/pangkat/harta dan sebagainya).. malahan Ilmu itu hakikatnya di Ilhamkan Direct Dari Allah s.w.t. kepada manusia.. bukan dari manusia.. kadang-kadang dari sifat binatang juga boleh dijadikan ilmu di dunia (sirah Qabil memanam saudaranya)... So, Tiada istilah "ijazahkan" dalam mendapatkan Ilmu Allah s.w.t., Tiada juga istilah² lain.. seperti Tiada perlu be"rahsia" atas sesuatu pun.. Cuma Dunia yang mahukan salinan Sijil.. makanya, kena usaha untuk mendapatkannya.. MasyaAllah..

Awas Saudara.. Usah menganggap ikut mazhab sudah cukup... Al-Quran menyatakan sebaliknya.. "Sesungguhnya Manusia itu Melampaui Batas kerana ia merasakan dirinya cukup!! (al-'alaaq)
"Tidak akan sesat Ummatku selama-lamanya jika dia berlandaskan Al-Quran dan Sunah²ku" Sabda Nabi s.a.w. sebelum Ajalnya dia.. Pada pendapat saya, Kitab hasil nukilan dari imam Syafie adalah cuma sebagai "peta" supaya dapat dipermudahkan "Akal" untuk menerimanya..

Wallahualam.. Jazakallah..

Tiada ulasan: