Rabu, 10 Julai 2013

Rabbani - Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan dengan lirik

PUASA bertindak sebagai benteng seorang Muslim terhadap ujian nafsu dan syahwat. Disebabkan itu mereka yang tidak mampu untuk berkahwin digalakkan memperbanyakkan puasa. Rasulullah SAW bersabda: "Wahai sekalian anak muda, barang siapa di antara kalian mampu, hendaklah dia menikah kerana sesungguhnya itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barang siapa tidak mampu hendaklah dia berpuasa kerana puasa mampu menjadi benteng baginya." (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)...

http://jokiandak36.blogspot.com/2013/07/rabbani-ahlan-wa-sahlan-ya-ramadhan.html
Fitnah boleh menyebabkan perpecahan di
dalam sesuatu masyarakat dan
boleh menjurumuskan individu
yang mulia ke lembah penghinaan
dan begitulah sebaliknya cuba
menaikkan taraf orang yang jahil...

Islam mempunyai kaedah yang
sangat ketat bagi memastikan
kebenaran sesuatu berita supaya
tidak mempunyai unsur fitnah...
Wajib bagi muslim yang beriman
menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam
kancah kontroversi berita
berunsur fitnah... Sebarang berita
diterima perlu dipastikan
kesahihannya... Kebijaksanaan dan
kewarasan fikiran penerima amat penting digunakan bagi
memastikan tidak terpedaya
dengan penyebar berita berunsur
fitnah...

Firman Allah SWT maksudnya :
"Wahai orang yang beriman, jika
datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka
selidik (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum
dengan perkara tidak diingini,
dengan sebab kejahilan kamu
(mengenainya) sehingga
menyebabkan kamu menyesali
perkara yang kamu lakukan..."
[ Surah al-Hujurat, ayat 6 ]

Tiada ulasan: