Berjuang membunuh musuh bukanlah utama. Mengalahkan musuh dengan meng-Islamkan mereka lebih mulia. Daripada mengalahkan musuh dengan cara membunuhnya. Rasulullah pernah berkata, aku tidak mahu membinasakan mereka kerana aku harapkan zuriat-zuriatnya, di dalam sulbi mereka yang akan menerima Islam.Tujuan berjuang sebenarnya untuk mengajak manusia masuk Islam. Mengajak mereka menyembah Tuhan dan membesarkan-Nya. Mencintai Tuhan, menyanjung, memuja dan menjadikan-Nya idola. Bukan membunuhnya kecuali tidak dapat dielakkan. Mengapa umat Islam berjuang suka sangat bunuh orang. Mengapa tidak diusahakan agar mereka masuk Islam. Mengapa umat Islam hendak sangat mengalahkan musuh-musuhnya dengan senjata. Tapi tidak bersungguh-sungguh membaiki diri sebagai senjata. Bermujahadah melawan hawa nafsu pun tidak ada. Membersihkan jiwa daripada mazmumah apatah lagi tidak ada di dalam kamus perjuangannya. Kerana itulah seluruh perjuangan umat Islam belum mendapat kemenangan kerana senjata yang utama di dalam perjuangan diabaikan. Iaitu berusaha membaiki diri dan berusaha memiliki sifat taqwa. Taqwa di dalam Islam adalah aset yang paling utama. Ia adalah merupakan sumber rezeki.
Berjuang membunuh musuh bukanlah utama. Mengalahkan musuh dengan meng-Islamkan mereka lebih mulia. Daripada mengalahkan musuh dengan cara membunuhnya. Rasulullah pernah berkata, aku tidak mahu membinasakan mereka kerana aku harapkan zuriat-zuriatnya, di dalam sulbi mereka yang akan menerima Islam.Tujuan berjuang sebenarnya untuk mengajak manusia masuk Islam. Mengajak mereka menyembah Tuhan dan membesarkan-Nya. Mencintai Tuhan, menyanjung, memuja dan menjadikan-Nya idola. Bukan membunuhnya kecuali tidak dapat dielakkan. Mengapa umat Islam berjuang suka sangat bunuh orang. Mengapa tidak diusahakan agar mereka masuk Islam. Mengapa umat Islam hendak sangat mengalahkan musuh-musuhnya dengan senjata. Tapi tidak bersungguh-sungguh membaiki diri sebagai senjata. Bermujahadah melawan hawa nafsu pun tidak ada. Membersihkan jiwa daripada mazmumah apatah lagi tidak ada di dalam kamus perjuangannya. Kerana itulah seluruh perjuangan umat Islam belum mendapat kemenangan kerana senjata yang utama di dalam perjuangan diabaikan. Iaitu berusaha membaiki diri dan berusaha memiliki sifat taqwa. Taqwa di dalam Islam adalah aset yang paling utama. Ia adalah merupakan sumber rezeki.
Sejak zaman Rasulullah SAW hinggalah ke akhir zaman nanti, sentiasa ada orang yang mati terbunuh dalam berjuang dan berjihad menegakkan agama ALLAH. Kalau para nabi dan rasul, kita tahu bilangannya tetapi para syuhada Allah, tidak mengetahui bilangannya kerana terlalu ramai; terutamanya yang syahid pada zaman Rasulullah dan para Sahabat serta pada zaman para tabiin dan para tabiit tabiin.

Pada akhir zaman ini, bilangannya agak berkurangan, dan kita dapati semakin lama semakin kurang kerana bilangan orang yang mahu mati syahid di jalan ALLAH sudah sedikit. Namun, kita tidak boleh mengatakan yang tidak ada lagi orang yang mati syahid dalam menegakkan perjuangan dan jihad fisabilillah pada hari ini. Cuma yang bertetapan dengan mati fisabilillah itu kurang benar.
Takrif mati fisabilillah itu bukanlah satu takrif yang mudah. Kita dapati hari ini, ramai daripada kalangan umat Islam yang berjuang dan berjihad dalam pelbagai bidang seperti ketenteraan, politik, kenegaraan, dan sebagainya. Dan begitu juga dengan ramainya kalangan umat Islam hari ini yang bercita-cita hendak menegakkan agama ALLAH; menghidupkan Al Quran dan Al Sunnah. Tetapi kalau perlaksanaannya tidak betul dan tepat, maka perjuangan itu masih belum tergolong dalam perjuangan fisabilillah Kalau demikian, orang yang mati ketika berjuang itu belum dikatakan syahid di jalan ALLAH. Tentulah amat malang sekali.
Adapun jisim para syuhada atau jisim orang yang mati syahid fisabilillah tidak dihisab oleh ALLAH ketika di Akhirat nanti. Mereka terus dimasukkan ke dalam Syurga bersama para nabi dan rasul. Kalaulah ALLAH tidak menceritakan tentang diri mereka ini, nescaya para nabi dan rasul itu menyangka bahawa para syuhada itu juga daripada kalangan nabi-nabi. Begitulah tingginya darjat orang yang mati syahid. Sebab itu untuk mendapatkannya bukanlah mudah. Bukanlah asal saja kita berjuang menegakkan agama ALLAH, kalau mati, kematian kita digolong sebagai mati syahid.
Sebenarnya perjuangan dan jihad yang dikatakan fisabilillah itu adalah perjuangan yang benar-benar kerana ALLAH dan untuk ALLAH semata-mata. Ia benar-benar satu jihad untuk menegakkan agama ALLAH dan hukum-hakam ALLAH sama ada melibatkan yang wajib, yang sunat, yang haram mahupun yang makruh; manakala hukum yang harus diperjuangkan agar menjadi ibadah. Perjuangan yang dibangunkan itu pula tidak boleh atas dasar lain seperti atas dasar hendak berkuasa dan memerintah, atas dasar hendakkan pangkat dan nama, atas dasar hendakkan kemudahan dan kemewahan hidup, atas dasar hendak menegakkan bangsa, atas dasar hendak menghapuskan kezaliman, dan lain-lainnya. Kalau kita berjuang dan berjihad atas salah satu daripada maksud itu, perjuangan kita itu sia-sia sahaja. Belum lagi digolong sebagai jihad fisabilillah.
Kalau kita berjuang atas dasar kebangsaan sahaja, Rasulullah ada mengingatkan kita di dalam sebuah Hadis yang sabdanya: Tidak ada fahaman kebangsaan di dalam ajaran Islam. Fahaman kebangsaan adalah fahaman yang sempit yang akan mengajak manusia bergaduh, kerana masing-masing ada bangsa. Perjuangan demikian hanya akan mencetuskan puak-puak. Kemudian Rasulullah bersabda lagi: Bukan daripada golongan kami, orang yang berjuang kerana kebangsaan. Sebenarnya, kalau kita berjuang kerana menegakkan agama, bangsa akan terbela dengan sendirinya.
Tetapi kalau kita berjuang membangunkan bangsa, agama akan dicuaikan. Hingga kerana itu, bangsa belum tentu dapat dibangunkan; agama sudah hancur berkecai. Kemungkinan besar fahaman kebangsaan dalam perjuangan itu akan mengambil alih fahaman berjihad kerana agama. Begitu jugalah dengan perjuangan menegakkan agama melalui konsep kapitalisme atau sosialisme, dan sebagainya. Semuanya merupakan perjuangan yang tidak tepat untuk dinilai sebagai fisabilillah.
Inilah yang perlu kita awasi. Walaupun dalam berjuang itu, macam api keluarnya ayat-ayat Quran dan Hadis; tetapi kerana perjuangan tidak tepat, orang yang berjuang begini bolehlah kita katakan sebagai telah memperalat Al Quran dan Hadis untuk mencapai matlamatnya. Dan bagi kita pula, tidak seharusnya terpengaruh dengan perjuangan demikian. Ia bukan digolong sebagai jihad fisabilillah.
Jihad fisabilillah yang sebenarnya adalah jihad yang setiap inci perjuangannya tepat dengan kehendak ALLAH; kehendak Al Quran dan Sunnah. Al Quran dan Sunnah itu mesti dilaksanakan pada semua peringkat; bukan pada negara sahaja tetapi juga di dalam diri sendiri, di dalam rumahtangga, di dalam masyarakat, di dalam pendidikan, di dalam ekonomi, di dalam poitik, dan seterusnyalah hingga kepada persoalan alam sejagat sekalipun.
Kemudian perlaksanaannya juga mesti betul hingga syariat lahir dan batin dijaga betul-betul. Kalau semuanya tepat mengikut kehendak Al Quran dan Sunnah, itulah yang dinamakan jihad fisabilillah, dan sekiranya orang yang berjuang itu mati dibunuh atau terbunuh, insya-ALLAH nilainya adalah sebagai syuhada ALLAH. Baharulah jisimnya dikekalkan oleh ALLAH SWT.
Malangnya, ada di kalangan pejuang-pejuang Islam pada akhir zaman ini, semacam beria-ria benar berjuang hendak menegakkan agama ALLAH dalam negara tetapi diri sendiri dicuaikan, anak isteri masih mendedah aurat, dia masih terlibat dengan maksiat dan munkar. Pejuang-pejuang begini telah mempersempitkan persoalan agama kepada aspek negara sahaja, sedangkan Islam itu bukan untuk negara sahaja tetapi untuk semua aspek dan semua bidang. Dan kesemua bidang itu mesti diperjuangkan; sama ada yang mengenai aqidah, ibadah, perjuangan dan jihad, ekonomi, pendidikan, rumahtangga, politik, dan seterusnyalah hingga kepada persoalan negara dan hubungan alam sejagat. Kemudian yang diperjuangkan itu pula mestilah bermula daripada alif, ba, ta (dari peringkat rendah), bukan terus melompat hingga ke hujung.
Jadi, memang susah hendak mendapatkan darjat mati syahid. Namun kita tetap boleh memohon kepada ALLAH untuk mendapatkan mati syahid dengan syarat kita memasang niat dengan betul dan ikhlas. Ada sebuah Hadis Rasulullah yang bermaksud: Orang yang berniat untuk mendapatkan mati syahid akan tetap mendapat pahala syahid walaupun dia tidak mati syahid.
Apakah hikmahnya ALLAH mengekalkan jasad orang yang mati syahid fisabilillah? Bagi orang ini, jasadnya tidak hancur. Tanah tidak memakan dagingnya; malah ulat-ulat pun tidak menghampirinya.
Berjuanglah hingga orang kenal Allah itu adalah pencipta segala-galanya. Berjuanglah sehingga orang faham  Allah itu adalah Tuhannya. Berjuanglah hingga Tuhan disembah, ditakuti dan dicintai orang. Berjuanglah hingga orang berbangga. Bahawa Allah itu adalah Tuhannya, pemimpinnya, idolanya. Bahkan Kawan Setianya Berjuanglah hingga orang menyerahkan. Seluruh harta, tenaga dan jiwa raganya untuk-Nya. Berjuanglah hingga syariat Tuhan sahaja. Yang menjadi disiplin hidup mereka. Selain syariat-Nya adalah tertolak. Bahkan perosak manusia dan dunia. Berjuanglah hingga manusia menyerahkan. Seluruh hidup matinya untuk-Nya. Berjuanglah hingga manusia merasakan bahawa. Tuhan sahaja yang Maha Berkuasa. Kuasanya yang diberi sedikit oleh Tuhannya. Bila-bila sahaja boleh ditarik balik oleh Tuhan pencipta manusia. Berjuanglah hingga manusia. Sabarnya, redhanya, syukurnya untuk Tuhannya. Penyerahan diri kepada Tuhan secara total. Berjuanglah hingga manusia membawa Tuhan ke mana-mana.Hingga manusia menganggap Kawan Setianya yang membelanya.Tidur bersama Tuhan, duduk bersama Tuhan, makan bersama Tuhan. Berjalan bersama Tuhan, bermusafir bersama Tuhan. Di waktu rehat bersama Tuhan. Di waktu aman dan damai bersama Tuhan. Di masa susah dan payah bersama Tuhan. Berjuanglah hingga dirasakan Tuhan itu amat diperlukan. Bahkan manusia tidak akan selamat dan hidup tanpa Tuhan. Berjuanglah hingga manusia merasakan Tuhan adalah segala-galanya. Berjuanglah hingga manusia seluruhnya. Memburu keredhaan dan kasih sayang-Nya. Hingga dengan itu manusia akan berkasih sayang sesama manusia. Begitulah berjuang yang dikehendaki Tuhan.
Berjuanglah hingga orang kenal Allah itu adalah pencipta segala-galanya. Berjuanglah sehingga orang faham
Allah itu adalah Tuhannya. Berjuanglah hingga Tuhan disembah, ditakuti dan dicintai orang. Berjuanglah hingga orang berbangga. Bahawa Allah itu adalah Tuhannya, pemimpinnya, idolanya. Bahkan Kawan Setianya
Berjuanglah hingga orang menyerahkan. Seluruh harta, tenaga dan jiwa raganya untuk-Nya. Berjuanglah hingga syariat Tuhan sahaja. Yang menjadi disiplin hidup mereka. Selain syariat-Nya adalah tertolak. Bahkan perosak manusia dan dunia. Berjuanglah hingga manusia menyerahkan. Seluruh hidup matinya untuk-Nya.
Berjuanglah hingga manusia merasakan bahawa. Tuhan sahaja yang Maha Berkuasa. Kuasanya yang diberi sedikit oleh Tuhannya. Bila-bila sahaja boleh ditarik balik oleh Tuhan pencipta manusia. Berjuanglah hingga manusia. Sabarnya, redhanya, syukurnya untuk Tuhannya. Penyerahan diri kepada Tuhan secara total. Berjuanglah hingga manusia membawa Tuhan ke mana-mana.Hingga manusia menganggap Kawan Setianya
yang membelanya.Tidur bersama Tuhan, duduk bersama Tuhan, makan bersama Tuhan. Berjalan bersama Tuhan, bermusafir bersama Tuhan. Di waktu rehat bersama Tuhan. Di waktu aman dan damai bersama Tuhan. Di masa susah dan payah bersama Tuhan. Berjuanglah hingga dirasakan Tuhan itu amat diperlukan. Bahkan manusia tidak akan selamat dan hidup tanpa Tuhan. Berjuanglah hingga manusia merasakan Tuhan adalah segala-galanya. Berjuanglah hingga manusia seluruhnya. Memburu keredhaan dan kasih sayang-Nya. Hingga dengan itu manusia akan berkasih sayang sesama manusia. Begitulah berjuang yang dikehendaki Tuhan.
Jasad orang-orang yang mati syahid kelihatan seolah-olah hidup hingga dapat kita lihat darah mengalir di dalam tubuhnya. Ini memang telah terbukti kerana pernah orang menceritakan terjumpa dengan mayat seorang Sahabat Rasulullah yang dikebumikan di tepi sebuah sungai di Afrika. Apabila sungai menghakis kuburnya, terkeluar mayatnya yang kemudiannya dijumpai orang; keadaannya seperti tubuh orang yang masih hidup. Memang ramai Sahabat Rasulullah, para tabiin dan para tabiit tabiin yang mati syahid fisabilillah Dan ALLAH memuliakan jasad mereka dengan mengekalkannya hingga tidak ada satu apa pun, hatta ulat dan cacing sekalipun, yang boleh memusnahkannya.
Kemudian, ingin pula kita persoalkan, mengapakah ALLAH memuliakan orang yang syahid fisabilillah. Kalau kita baca hadis Qudsi, di dalamnya ALLAH banyak menggambarkan kemuliaan yang diterima oleh orang-orang yang mati syahid di jalan ALLAH hingga. kan ALLAH begitu kasih dan sayang kepada mereka.
Diceritakan betapa orang yang mati syahid ini boleh berulang-alik di antara Alam Barzakh dan Syurga seperti burung-burung hijau yang berterbangan, dan kemudian mereka akan duduk mengadap ALLAH di bawah Arasy. (Bila kita kata mengadap ALLAH di bawah Arasy ini, jangan pula kita salah faham hingga mengatakan ALLAH itu bertempat, berwajah dan berlembaga seperti makhluk. Ini adalah gambaran yang mesti kita kaedahkan sebagai yang selayak bagi zat ALLAH SWT. Selain itu, bagi kita ialah wallahu a’lam.)
Mengapakah begitu besar penghormatan yang Allah berikan kepada mereka? Ini adalah kerana orang-orang yang mati syahid telah mengorbankan nikmat yang paling berharga yang telah dikurniakan oleh ALLAH SWT, iaitu nyawa. Setiap orang sayangkan nyawanya lebih daripada yang lain; lebih daripada dia sayangkan anak isteri dan hartanya. Tetapi bagi orang yang berjuang dan berjihad di jalan ALLAH, mereka telah mempertaruhkan nyawa mereka yang paling mereka sayangi. Mereka telah mempertaruhkan nikmat yang paling berharga yang telah dikurniakan oleh ALLAH SWT. Mereka rela mengorbankan nyawa mereka kerana fisabilillah.
Tentulah hebat pengorbanan demikian kerana kalau sekadar mengorbankan harta dan wang ringgit, ramai yang boleh berbuat. Begitu juga, kalau untuk mengorbankan tenaga dan akal fikiran serta masa, ramai juga yang boleh melakukannya. Tetapi bila sampai kepada mengorbankan nyawa dan jiwa raga, ramai yang akan berundur.
Bagi kita pada akhir zaman ini, tidak payahlah kita cakap pasal mengorbankan nyawa. Baru sekadar, kalau kita pergi ke satu tempat dan bersyarah fasal agama ALLAH, fasal hukum-hakam dan sebagainya, tiba-tiba ada orang yang bangun dan menempeleng muka kita hingga luka berdarah, mungkin kita tidak akan pergi lagi ke tempat itu. Atau mungkin kita terus letak jawatan daripada menjadi mubaligh. Tetapi bagi orang yang mati fisabilillah ini, nyawa yang mereka korbankan. Sebab itulah ALLAH muliakan mereka.
Sebenarnya ALLAH tahu bahawa ramai manusia ini tidak berani mengorbankan nyawa di jalan ALLAH. Kerana itu, dalam mendorong manusia berjuang di jalan ALLAH, ALLAH tidak menyebut pengorbanan nyawa terlebih dahulu. ALLAH menyebut yang ringanringan terlebih dahulu. Misalnya, ALLAH berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku beritahu kamu akan satu perniagaan yang boleh mengelakkan kamu daripada azab yang amat pedih. Hendaklah kamu beriman dengan ALLAH dan Rasul. Hendaklah kamu perjuangkan agama ALLAH dengan harta-harta kamu dan jiwa raga kamu. Dan itulah yang sebaik-baiknya bagi diri kamu kalau kamu mengetahui. (As saf: 10-11)
Di sini ALLAH suruh berjihad dengan mengorbankan harta lebih dahulu kerana apabila seseorang itu telah berani mengorbankan hartanya, ketika itu apabila nyawanya dituntut supaya dikorbankan, dia boleh berbuat demikian. Tetapi kalau seseorang itu tidak sanggup mengorbankan hartanya, janganlah diharapkan dia dapat mengorbankan nyawanya. Harta yang dikorbankan oleh manusia, ada harapan akan ditambah semula oleh ALLAH SWT, sedangkan nyawa yang sudah terkorban, tidak ada harapan untuk diganti semula.
Jadi, jelaslah kalau kita berjuang dan berjihad tetapi takut hendak mengorbankan harta sedangkan kita sentiasa bercakap fasal syahid dan sebagainya, itu cakap-cakap kosong sahaja. ALLAH sendiri telah menggambarkan hal ini di dalam firman-Nya.
Inilah sikap kita sebagai pejuang-pejuang agama pada zaman ini; cakap sahaja yang lebih tetapi $10.00 pun tidak berani untuk dikorbankan di jalan ALLAH. Dalam pada itu, kita hendak mengajak pula orang lain mengorbankan harta dan nyawa. Tidak seperti para Sahabat pada zaman Rasulullah; mereka sanggup mengorbankan apa sahaja di jalan ALLAH. Mengorbankan harta begitu mudah bagi mereka.
Lihat sahaja Sayidina Umar, Sayidina Abu Bakar, Sayidiua Usman, Sayidiua Ali, dan Sahabat-Sahabat yang lain. Apabila tiba seruan untuk berperang fisabilillah, masing-masing berlumba-lumba untuk pergi ke medan perang. Hinggakan kalau ada yang terpaksa tinggal kerana menjaga perempuan-perempuan, orang-orang tua dan kanak-kanak, mereka akan menangis. Manakala yang berjaya terpilih untuk ke medan jihad, akan ketawa gembira dan berkejar-kejaran menghadapi musuh tanpa membelakangi mereka. Buktinya, kalau kita baca sejarah Khalid Ibn Walid, satu liang tombak, pedang atau panah pun tidak ada di belakangnya; semua di bahagian dadanya sahaja. Ini menandakan beliau tidak pernah membelakangi musuh.
Semangat dan sikap kita tidak sama dengan para Sahabat. Mereka berhabis-habisan dalam mengorbankan harta. Kita masih berhati-hati hendak berkorban. Kalau kita berkorban, mulalah kita memikir bagaimana hendak menambahnya balik. Kita berkenduri syukur kalau tidak terpilih ke medan perang; para Sahabat menangis kalau tidak terpilih berperang. Sebab itulah, Islam susah hendak dibangunkan kembali oleh umat Islam zaman ini. Hanya dengan menghidupkan kembali semangat dan jihad para sahabat sahajalah, baharu umat Islam hari ini boleh menjadi umat yang kuat dan gagah, serta akan dapat memayungi umat-umat yang lain di dunia ini...