Khamis, 7 November 2013

SOMBONG TERHADAP ILMU UMPAMA TANAH TANDUS

Abu Musa berkata, Nabi Muhammad bersabda: “Panduan dan ilmu yang Allah tugaskan supaya saya menyampaikannya itu umpama air hujan yang turun ke bumi. Ada kawasan yang tanahnya subur, ia dapat meresap air. Sebab itu ia dapat menumbuhkan tumbuhan dan rumput yang banyak. 

Ada juga kawasan bertanah keras yang dapat menakung air. Sebab itu Allah menjadikannya berguna kepada manusia. Mereka dapat minum, memberi minuman kepada binatang ternakan dan bercucuk tanam. Hujan itu juga menimpa kawasan tanah tandus yang tidak dapat menakung air dan tidak dapat pula menumbuhkan tumbuhan. 


Faedah daripada ilmu 

Itulah perumpamaan orang yang benar-benar faham berkenaan agama Allah SWT. Dia mendapat faedah daripada ilmu Allah SWT yang saya sampaikan, sebab itu dia berilmu dan beramal serta mengajarkannya kepada orang lain. Dan itu jugalah perumpamaan orang yang angkuh dan langsung tidak menghiraukan petunjuk Allah yang saya sampaikan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Umat Islam perlu memelihara sunnah Rasulullah SAW kerana semua yang disampaikan, dilakukan, ditunjukkan serta ditegah, adalah ilmu Allah SWT yang membawa umat manusia ke jalan kebenaran dan bagi mencapai kehidupan baik di dunia. 

Mereka yang sombong terhadap ilmu disampaikan Baginda diumpamakan seperti tanah tandus yang tidak memberi manfaat. Malah, umat Islam dituntut menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain dalam tindakan mereka. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Apa juga yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah ia, dan apa juga yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah larangan.” (Surah al-Hasyr, ayat 7) 
Khususnya dalam kehidupan hari ini, kita sering berdepan perselisihan membabitkan perkara cabang yang jika gagal diselesaikan dengan baik hanya menyebabkan berlakunya perpecahan. Oleh itu, cara terbaik ialah kembali kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW...

Tiada ulasan: