Ahad, 17 November 2013

PEMIMPIN SELEWENG AJARAN TUHAN WAJIP DICANTAS


Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah ra, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya Baginda bersabda, “Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syarak) dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syarak). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang reda dan mengikuti (pemimpin) yang bermaksiat”. Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?” Sabda Rasulullah SAW, “Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat”. 

Berdasarkan hadis di atas, ada beberapa perkara yang perlu diteliti dan diambil tindakan oleh umat Islam kerana ia menyentuh aspek kedudukan seseorang pemimpin dari sudut sosial dan agama. 


Antara yang perlu diambil perhatian ialah umat Islam diingatkan supaya meredai perbuatan jahat kerana jika reda, maka umat Islam dianggap turut berkongsi atau ‘mendapat saham’ sama seperti mengerjakannya. 


Setiap orang yang bertaraf pemimpin hendaklah menyedari tanggungjawabnya dan bersedia melaksanakan hukum Allah di dalam segenap aspek pemerintahannya. 

Pemimpin yang arahannya menyeleweng daripada ajaran Allah, tidak wajib dipatuhi, tetapi tidak boleh diperangi selagi dia mendirikan solat atau memberi maksud masih wujud unsur keimanan di dalam diri mereka. 

Hadis berkenaan turut membuktikan kehebatan mukjizat Rasulullah SAW yang dapat menceritakan perkara ghaib akan berlaku menimpa umat Islam. 

Dalam aspek ibadat, pemimpin yang bersolat masih menonjolkan syiar Islam, sekali gus membezakan dirinya di antara Islam dan kufur. 
Paling penting, masyarakat dan umat Islam tidak boleh menimbulkan fitnah terhadap pemimpin kerana dikhuatiri menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. 

Islam menganggap perpecahan dalam masyarakat itu lebih berat dan lebih dahsyat kesannya berbanding kemungkaran yang dilakukan pemerintah dan ketidakadilan mereka...

Tiada ulasan: