Ahad, 3 November 2013

RUKUN ISLAM

Rukun Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
S

Allah swt menyuruh manusia mentaati suruhanNya yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-
  1. Mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan Haknya.
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrahZakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
Setelah manusia taat suruhan Allah swt sehingga Allah swt redha, Allah swt akan mengurniakan kita 6 Rukun Iman. Perkara ini semua didasarkan kepada Hadis Jibril dan Al-Quran

Rukun Islam

Amalan Kalimah Syahadah

Rencana utama: Syahadah
Perintah pertama Allah swt untuk manusia ialah Mengucapkan 2 kalimah syahadah iaitu 'Saya Bersaksi Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad saw Pesuruh Allah'. Setelah manusia mengaku Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya, dia telah melakukan kebaikan terbesar disisi Allah swt. Setelah ini Allah swt menyuruh kita untuk menunaikan Hak Kalimah seperti yang diamalkan Nabi saw iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kemungkaran terbesar ialah manusia tidak mengaku Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya perlu dicegah dengan menyampaikan/mendakwahkan Kalimah Syahadah Kepada yang belum mengucapkan Kalimah(belum Islam)untuk mengucapkan Kalimah Mulia ini. Kemungkaran terbesar dibuat olah orang Islam ialah tidak menunaikan Hak Kalimah (tidak mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) dan kedua tidak menjaga Solat, perlu dicegah dengan mengajak mereka mengamalkannya.
Menunaikan Hak Kalimah ini merupakan amalan disebut di dalam Quran sebagai amar makruf nahi Munkar, Allah swt memberi contoh melalui kisah-kisah Nabi di dalam Al-Quran bagaimana mereka menyempurmakan keinginan Allah iaitu semua manusia beriman. Nabi- nabi mencegah mungkar manusia yang tidak mengakui Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi tersebut sebagai pesuruhNya dengan mengajak mereka supaya mengaku dan pengikut Nabi juga mengajak manusia lain kepada kebaikan.
Hukum menunaikan Hak Kalimah ini adalah Fardhu Ain kepada semua orang Islam untuk mengajak kepada kebaikan(perintah Allah) dan mencegah kemungkaran setiap hari dan Fardhu Kifayah secara berjemaah bermula di setiap Masjid. Setiap masjid perlu ada sebahagian yang mengajak kepada kebiakan dan mencegah kemungkaran[perlu rujukan]

Kalimah Syahadah



Tiada Tuhan Melainkan Allah;
Muhammad Itu Pesuruh Allah.

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Ali ‘Imran)

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar...

Tiada ulasan: