Ahad, 3 November 2013

MEMBUKA LEMBARAN HIDUP BARU MENUTUP LEMBARAN LAMA

BERANIKAN DIRIMU MEMBUKA LEMBARAN BARU SETIAP HARI!

Membuka Lembaran Hidup Baru sering dikaitkan dengan kehidupan baru seperti saat kita baru masuk universiti, baru mendirikan rumahtangga, mula kerja baru, pindah ke rumah baru, memasuki tahun baru, dan sebagainya.

MEMBUKA LEMBARAN HIDUP BARU MENUTUP LEMBARAN LAMA

Tidak peduli bagaimana kelamnya masa lalu, hidup dipenuhi dosa dan kegagalan demi kegagalan, anda boleh menghadapi masa depan yang lebih baik. Kita harus menutup lembaran lama agar tidak menjadi beban dan memberatkan langkah kita di masa depan. Jika kita terus menatap lembaran lama, maka kita tidak akan ada waktu untuk membuka lembaran baru.

Kita ubah lembaran lama dari kegagalan demi kegagalan ialah dengan melakukan evolusi atau muhasabah dan memaafkan diri sendiri atau siapa pun yang terlibat atas kegagalan tersebut.

MENJADIKAN MASA LALU SEBAGAI BEKALAN MASA DEPAN

Kita menutup lembaran lama agar tidak lagi menjadi beban, namun bukan bererti kita tidak memanfaatkan masa lalu kerana semua itu pasti ada hikmahnya bagi kita. Kejayaan masa lalu, maka kita tingkatkan di masa depan. Kalaupun itu kesalahan dan kegagalan, maka ambilah hikmahnya dan jadikan sebagai bekal untuk masa depan kita. Hikmah dari masa lalu akan menjadikan kita lebih bijak dan pintar dalam mengambil keputusan saat ini.

TEKADKAN DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH

Tekadkan anda untuk kehidupan yang lebih baik. Tekadkan untuk meraih pencapaian-pencapaian luar biasa. Tekadkan untuk meraih prestasi gemilang. Tekadkan untuk memberikan sumbangan terbaik untuk kekuatan ummah. Tekadkan ….

Kemudian bertawakallah kepada Allah.

Menarik disini, bahawa tawakal diletakan setelah tekad (azam). Ertinya tawakal bukan hanya diletakan setelah ikhtiar, tetapi juga setelah kita bertekad agar urusan kita menjadi mudah kerana pertolongan Allah.

Membuka lembaran hidup baru dengan melepaskan beban dimasa lalu dengan bertaubat dan memaafkan. Kemudian ambillah hikmah dari masa lalu dan jadikan bekal untuk melangkah ke depan. Dan bulatkan tekad serta bertawakallah kepada Allah.

Tidak ada kata terlambat untuk membuka lembaran hidup baru. Lembaran hidup baru bukan sekadar kehidupan yang baru atau hidup yang berbeza dengan yang sebelumnya. Membuka lembaran hidup baru bukan hanya setelah terjadi perubahan, tetapi membuka lembaran hidup baru adalah saat perubahan ke arah hidup yang lebih baik. Bukalah lembaran hidup baru setiap hari!

BERANI HIJRAH WAHAI BANGSAKU!

Salam Maal Hijrah…


Tiada ulasan: