Ahad, 1 Disember 2013

MENUTUP AIB ORANG

Tanggungjawab melaksanakan amal kebajikan termasuk memenuhi keperluan orang Islam lain dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabda Baginda: “Sesiapa yang menghilangkan kesusahan seorang yang beriman semasa di dunia, Allah menghilangkan kesusahannya pada hari kiamat. Sesiapa yang mempermudahkan urusan orang yang berada dalam kesulitan, Allah mempermudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim, Allah menutup keburukannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hamba-Nya, selagi hamba itu menolong saudaranya. 

TINGKAT KAN AMAL

Sesiapa yang melalui satu jalan bagi menuntut ilmu, Allah mempermudahkan (membuka) untuknya satu jalan ke syurga. Sekumpulan manusia yang berkumpul di masjid dengan tujuan membaca dan mempelajari al-Quran, pasti mendapat ketenangan, diselimuti rahmat dan dikerumuni malaikat. Allah juga menyebut-nyebut mereka di depan malaikat dan nabi-Nya. Orang yang sedikit amal kebaikan tidak dapat dibantu oleh kemuliaan keturunannya.” (Riwayat Muslim) 


Oleh itu, dalam kita berusaha meningkatkan amal dan memenuhi keperluan kehidupan di dunia, jangan sekali-kali melupakan saudara yang berada di sekeliling kita. Bantu mereka setakat kemampuan kita walau dengan hanya menutup keaiban mereka kerana itu adalah lebih baik. 

Ramai yang menuturkan doa serta mengaminkan permohonan kawan mereka, tetapi adalah lebih afdal jika mereka sendiri yang mendoakan kesejahteraan sahabat tadi walaupun tanpa pengetahuan mereka. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kerjakanlah amal kebajikan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat.” (surah al-Haj, ayat 77) ...

Tiada ulasan: