Rabu, 4 Disember 2013

Istiqamah dalam beribadah tingkat keimanan

Abdullah in Amru bin al-‘As berkata, “Rasulullah berkata kepada saya: Wahai Abdullah! Janganlah saudara menjadi seperti si fulan itu. Dulu beliau suka berdiri kerana sembahyang pada waktu malam, tetapi kini beliau meninggalkan sembahyang pada tengah malam itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak dinafikan agak sukar untuk istiqamah dalam perkara baik dan kerana itu Rasulullah SAW mengingatkan umat Islam supaya banyak bersabar menempuh dugaan terutama hasutan syaitan yang memang kerjanya menyesatkan manusia. 


Rugi jika lalai beribadah

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang yang diberikan Kitab sebelum mereka, selepas orang itu melalui masa yang lanjut, hati mereka menjadi keras.” (Surah al-Hadid, ayat 16)

Sementara itu, rugilah bagi yang sebelum ini menjaga ibadah mereka, tetapi akhirnya tewas dan lalai pula dalam usaha mendapatkan ganjaran baik serta keredaan Allah SWT. Sepatutnya iman mereka semakin meningkat.

Namun, itulah ujian perlu dihadapi hamba Allah SWT dan fitrah manusia, ada masa takwa mereka berada di tahap teratas dan ada kalanya, hati seperti malas untuk menunaikan kewajipan ditetapkan agama.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang yang diberikan Kitab sebelum mereka, selepas orang itu melalui masa yang lanjut, hati mereka menjadi keras.” (Surah al-Hadid, ayat 16) 

Umat Islam yang beriman kepada Allah SWT dan kitab diturunkan kepada Rasulnya, tetapi pada akhir usianya mula meninggalkan kewajipan ditetapkan. Alangkah ruginya kerana untuk meraih syurga Allah SWT memerlukan komitmen tinggi. 
Justeru, berdoalah semoga kita sentiasa ditetapkan hati untuk melaksanakan kewajipan sebagai hamba Allah SWT serta terus istiqamah menunaikan ibadah kerana-Nya dan jangan sekali hati kita dibalikkan daripada mengingati Allah Yang Maha Esa...

Tiada ulasan: