Rabu, 8 Januari 2014

Yayasan Ayahanda SeMalaysia dilancar



MELAKA 7 Okt. - Yayasan Ayahanda SeMalaysia (YAS) yang memberi manfaat berkaitan kebajikan dan perlindungan kepada ahli bergelar Ayahanda, veteran dan balu daripada 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilancarkan hari ini.
Pengerusi Eksekutif YAS, Syed Husain Al Shahab berkata, antara fungsi yayasan itu termasuklah mengumpul, menggeratkan dan menjaga kebajikan ahli selain bekerjasama dengan NGO lain yang mempunyai misi sama.
"Inisiatif ini dilihat sesuatu yang cukup bermanfaat demi memastikan kelangsungan kehidupan mereka terbela," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran itu.
YAS dilancarkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Seri Bendahara di sini hari ini.
Antara pertubuhan yang bernaung di bawah YAS adalah Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Majlis Ayahanda Melaka, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) dan NGO-NGO Melayu Islam.
Menurut Syed Husain, seramai 30 ahli yang terdiri daripada 18 orang veteran Ayahanda dan 12 balu menerima sumbangan berupa wang dan sijil penghargaan pada majlis itu.
Pada majlis yang sama, Mohd. Ali menerima darjah selempang tertinggi YAS, Darjah Khalifah Umar Al-Khatab disampaikan oleh Syed Husain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121008/dn_16/Yayasan-Ayahanda-SeMalaysia-dilancar#ixzz2psAtGfn8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Riak sifat orang munafik

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Baginda pun berkata: Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” (Riwayat Ibnu Majah) 

Antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika kejahatannya disembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-mata kerana mahukan keredaan daripada Allah SWT. 


Perbuatan riak (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu, ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin diserlahkan oleh nafsu. 

Namun, amalan yang tidak dapat tidak mesti dizahirkan seperti solat berjemaah dan yang seumpama dengannya tidak termasuk dalam perbuatan riak melainkan memang mereka berjemaah kerana ingin menunjuk kepada orang dirinya juga sembahyang. 

Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik. Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya itu di sisi Allah SWT sekalipun ia terpuji di mata manusia. 

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya.” (Riwayat Bukhari) 

Selasa, 7 Januari 2014

Yayasan Ayahanda Se-Malaysia wujud tabung kebajikan bantu ahli

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Yayasan Ayahanda Se-Malaysia (YAS) hari ini menubuhkan Tabung Pembangunan Ukhuwah Ayahanda yang bertujuan menjaga kebajikan kira-kira 1,200 ahli bergelar Ayahanda di seluruh negara.
Pengerusi Eksekutifnya, Syed Husain Al-Shahab berkata, penggunaan tabung tersebut akan diutamakan kepada ahlinya yang sakit dan memerlukan bantuan kewangan dengan segera.
Menurut beliau, usaha menubuhkan tabung itu digerakkan selepas menyedari tiada pihak yang membela golongan tersebut biar pun mereka merupakan pejuang kepada agama, bangsa dan tanah air.
"Perlu diingatkan Ayahanda adalah golongan yang bersama-sama berkorban membina kemakmuran dan keamanan negara tanpa meminta sebarang imbuhan, sehubungan itu perlu diberi penghargaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengurus Besar YAS, Hassan Salleh; Pengurus Perhubungan Awam YAS, Ibrahim Khatib; Ketua Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Bersama YAS, Mazni Ghani dan Setiausaha Eksekutif YAS, Ruzi Yusuf.
YAS yang dilancarkan pada Oktober 2012, merupakan NGO yang berfungsi untuk mengumpul, mengeratkan dan menjaga kebajikan ahli selain bekerjasama dengan NGO lain yang mempunyai misi sama.
Tambah Syed Husain, YAS sudah mengenal pasti kira-kira 40 Ayahanda di seluruh negara yang kini uzur dan menghidap pelbagai penyakit kronik tanpa sebarang pembelaan.
"Kewujudan tabung ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban mereka terutamanya dalam soal kewangan untuk melakukan pemeriksaan di hospital," katanya.
Sehubungan itu kata Syed Husain, YAS mempelawa mana-mana pihak termasuk syarikat milik kerajaan (GLC), pihak korporat dan swasta termasuk individu yang prihatin untuk memberi sokongan dana kepada tabung itu.
"Pelbagai program sudah dirancang YAS sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengumpul dana terhadap tabung tersebut.
"Antaranya majlis makan malam, sembahyang hajat dan tahlil serta penganjuran program-program ukhuwah antara kaum di negara ini," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140108/dn_17/Yayasan-Ayahanda-Se-Malaysia-wujud-tabung-kebajikan-bantu-ahli#ixzz2pmOLgK33
© Utusan Melayu (M) Bhd 




KURANGKAN BICARA

KHALIFAH Umar bin Abdul Aziz terkenal sebagai penguasa yang berkarisma. Selain itu, beliau juga sangat alim dan zuhud. Pada masa pemerintahan beliau, tiada orang miskin yang berhak menerima zakat. Semua hidup makmur kerana keadilan khalifah yang soleh ini.
Suatu hari Umar bin Abdul Aziz duduk dalam sebuah majlis perjumpaan. Beliau lalu berbicara dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati. Semua orang di majlis itu menjadi sangat khusyuk. Bahkan, sebahagian daripada mereka turut mengalirkan air mata.

Apabila Umar melihat seseorang daripada hadirin mengusap air matanya, beliau pun menghentikan perbincangan.
Maimun bin Mahran yang hadir dalam majlis itu berkata: "Wahai Amirul Mukminin, lanjutkanlah perbincangan tuan. Saya yakin ramai yang mendapat manfaat daripada perbincangan ini."

Umar mengisyaratkan dengan tangannya sambil berkata: "Menjauhlah daripadaku. Berbicara merupakan satu fitnah dan ujian. Berbuat lebih bermanfaat bagi seseorang daripada berbicara." Kisah ini diceritakan oleh al-Baihaqi dalam kitab Syu’ab al-Iman.
Rahsia kejayaan

Generasi umat Islam terdahulu tidak suka berlebih dalam berbicara. Walaupun perbicaraan mereka sangat menginsafkan dan mendekatkan pendengarnya kepada Allah SWT. Bagi mereka, berbicara mesti secukupnya dan kerja nyata yang mesti diperbanyakkan.
Dasar 'sedikit bicara banyak berbuat' ini menjadi rahsia kejayaan umat Islam pada masa itu. Mereka mencapai kemajuan dalam aspek politik, ekonomi dan sains. Mereka telah menjadi penguasa dunia apabila bangsa-bangsa yang lain masih dalam kemunduran.

Dasar ini berlaku di semua lapisan masyarakat sama ada ahli politik, agamawan dan rakyat biasa. Tiada tempat bagi orang yang banyak berbicara namun sedikit berbuat. Apa lagi orang yang percakapannya tidak serupa bikin.
Hasan al-Basri berkata: "Terlebih banyak bicara daripada berbuat ialah satu aib. Terlebih banyak berbuat daripada berbicara ialah satu kemuliaan."
Sementara, Fudail bin ‘Iyad berkata: "Seorang mukmin sedikit bicara, banyak bekerja. Seorang munafik banyak berbicara, namun sedikit bekerja."
Perdebatan

Berbicara sangat mudah, orang jahil sekalipun boleh melakukannya. Bahkan semakin jahil seseorang, semakin mudah ia mengucapkan sesuatu yang dikehendakinya. Apabila orang bijak berfikir dahulu sebelum berbicara, orang jahil berbicara dahulu sebelum berfikir.

Selain itu, perbicaraan yang tidak terkawal akan membawa impak negatif yang sangat banyak. Salah satunya ialah, perdebatan dan pergaduhan. Pergaduhan yang merebak dalam masyarakat akan melahirkan gejala perpecahan yang akan melemahkan masyarakat itu sendiri. Pada masa yang sama mereka akan disibukkan daripada melakukan sesuatu yang bermanfaat bagi masyarakat.

Berkata Ma’ruf al-Karkhi: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba, maka akan dibuka bagi pintu amal dan ditutup bagi pintu perdebatan. Dan apabila Allah menghendaki keburukan bagi seseorang, maka dibukakan untuknya pintu perdebatan dan ditutup pintu amal.”
Oleh yang demikian, mari kita lakukan perubahan dalam diri kita. Kurangkan bicara, lebihkan beramal. Apabila sifat ini telah menyebar dalam masyarakat, insya-Allah kejayaan akan kembali ke tangan kaum Muslimin. Wallahu a’lam...


Ahad, 5 Januari 2014

Berita Utusan Online YAS

1. Pekida tidak perlu daftar dengan YAS
Pekida tidak perlu daftar dengan YAS. Jamaludin Yusof. TELOK KEMANG 27 Dis. - Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menjelaskan pertubuhan berkenaan tidak perlu berdaftar di bawah Yayasan Ayahanda Se-Malaysia (YAS)Presidennya, Jamaludin Yusof menegaskan, Pekida mempunyai kriteria dalam pe
utusan_malaysia/Selatan - 28/12/2013
2. YAS jelaskan peranan gelaran 'ayahanda'
YAS jelaskan peranan gelaran 'ayahanda'. KUALA LUMPUR 23 Dis. - Yayasan Ayahanda Se-Malaysia (YAS) akan menghantar satu resolusi kepada Jabatan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pendaftar Pertubuhan (ROS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan beberapa agensi lain bagi memberi penerangan tentang pe
utusan_malaysia/Dalam_Negeri - 24/12/2013
3. YAS: Hapuskan Ayahanda palsu
YAS: Hapuskan Ayahanda palsu Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA badrul.isa@utusan.com.my. Syed Husain Al Shahab ketika berucap dalam Majlis Perasmian Seminar Kepimpinan Ayahanda-ayahanda SeMalaysia Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam.KUALA LUMPUR 23 Nov. - Yayasan Ayahanda SeMalaysia (YAS) mahu pihak Polis D
utusan_malaysia/Kota - 24/11/2013
4. YAS mahu polis bertegas kepada 'Ayahanda' bermasalah
YAS mahu polis bertegas kepada 'Ayahanda' bermasalah Oleh MOHD. HAZLI HASSAN. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Yayasan Ayahanda Semalaysia (YAS) mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertegas membanteras jenayah yang dilakukan oleh 'Ayahanda' yang bermasalah.Pengerusi Eksekutif YAS, Syed Husain Al Shahab ber
utusan_malaysia/Dalam_Negeri - 23/11/2013
5. Seminar Hala Tuju Ayahanda himpun NGO Melayu
Seminar Hala Tuju Ayahanda himpun NGO Melayu. Syed Husain Al-Shahab (tiga dari kiri) mengadakan sidang akhbar selepas memberi taklimat kepada sebahagian NGO Melayu di Kuala lumpur, semalam.KUALA LUMPUR 9 Nov. - Sebanyak 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu bertaraf Ayahanda akan berhimpun dalam Seminar Hala
utusan_malaysia/Kota - 10/11/2013
6. Mengembalikan martabat Ayahanda
Mengembalikan martabat Ayahanda Oleh NURUL ANUAR KARIanuar.kari@utusan.com.my. Pengerusi Eksekutif Yayasan Ayahanda SeMalaysia (YAS) Syed Husain Al-Shahab (duduk, tengah) bersama Ayahanda-Ayahanda pertubuhan atau NGO Melayu bertaraf Ayahanda seluruh Malaysia pada sidang media Seminar Hala Tuju Ayahanda
utusan_malaysia/Rencana - 31/10/2013
7. 25 NGO sokong operasi polis banteras jenayah
25 NGO sokong operasi polis banteras jenayah. SEBAHAGIAN daripada wakil-wakil 25 NGO berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada usaha polis mengadakan pelbagai operasi membanteras jenayah di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/RABBANI JAMIANKUALA LUMPUR 30 Ogos - Sebanyak 25 pertubuhan buka
utusan_malaysia/Jenayah - 31/08/2013
8. 25 NGO sokong usaha PDRM banteras jenayah
25 NGO sokong usaha PDRM banteras jenayah Oleh ILAH HAFIZ AZIZ. KUALA LUMPUR 30 Ogos - Sebanyak 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan pelbagai operasi membanteras jenayah di n
utusan_malaysia/Jenayah - 30/08/2013

Sabtu, 4 Januari 2014

AMALAN ROSAK KERANA RIAK

ALLAH berfirman, “Sesiapa yang ingin bertemu Allah, hendaklah dia beramal soleh. Dan dalam amal solehnya itu janganlah dia mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun." (Surah al-Kahfi 18 :110)

Beribadat dan beramal soleh merupakan tuntutan daripada Allah kepada hamba-hambanya, kerana tujuan kita diciptakan di atas muka bumi ini adalah kerana ingin beribadat kepada Allah. Tetapi syarat supaya sesuatu amalan itu diterima ialah tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
Amal ibadat akan berubah menjadi cacat sekiranya dicemari dengan dua jenis virus iaitu sifat riak dan sum‘ah. Allah berfirman dalam hadis Qudsi: “Aku paling tidak memerlukan sesuatu. Sesiapa yang mengerjakan suatu amal yang dicampuri dengan perbuatan syirik kepada-Ku, maka Aku tiada kaitan dengannya dan membiarkannya dengan orang yang dia sekutukan." (Riwayat Muslim)

Jenis riak

Apakah itu riak? Istilah riak berasal daripada kata akar “lihat". Orang yang riak ingin “memperlihatkan" ibadatnya kepada orang untuk mendapat sanjungan, pujian dan penghargaan. Dalam erti kata lain, riak ialah sifat “menduakan" Allah dalam melakukan kebaikan.
Imam al-Ghazali berkata: " Riak ialah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebaikan."
Imam Habib Abdullah al-Haddad pula berkata: “Riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat."
Menurut pandangan ulama, berikut merupakan dua jenis riak:

1- Riak Akbar (Riak Besar) : Seseorang yang melakukan ibadat semata-mata untuk mendapat sanjungan manusia dan bukanlah untuk mendapat keredaan Allah. Riak jenis ini adalah berpaling secara keseluruhan daripada Allah. Riak beginilah yang paling buruk, jika tidak kerana manusia, maka dia tidak akan beramal.

2- Riak Asgar (Riak Kecil) : Tujuan dia melakukan ibadat bercampur-campur antara tujuan mendapat keredaan Allah dan juga penghargaan manusia. Riak jenis ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana masih mengharap keredaan Allah tetapi pada masa yang sama mengharap juga penghargaan dari manusia.
Risiko penyakit riak

Ramai yang tidak menyedari bahawa riak hakikatnya cuba menipu Allah. Percubaan menipu Allah tidak akan berjaya bahkan mengundang bahaya yang paling besar. Malahan al-Quran dan hadis banyak sekali memuatkan ancaman riak. Riak bukan sekadar dosa kecil, bahkan termasuk dalam dosa-dosa besar. Berikut antara bahaya riak yang dinyatakan oleh al-Quran dan hadis:
 Riyak lebih bahaya dari fitnah dajal. Rasulullah bersabda: “Mahukah aku khabarkan kepada kalian sesuatu yang lebih aku takutkan terhadap kalian daripada kedatangan dajal?" “Bahkan, kami mahu!", jawab para sahabat. Maka Rasulullah bersabda, “Syirik khafi; iaitu seseorang solat, lalu menghiasi solat, kerana seseorang yang memperhatikan solatnya." (Riwayat Ibnu Majah)
 Amal tidak akan berkesan. Allah berfirman: “Maka celakalah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya, orang yang berbuat riak dan mencegah iaitu menolong dengan barang yang berguna." (Surah al-Ma‘un 107: 4-7)

Riyak akan menghapus dan membatalkan amalan. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan menyebut-nyebut dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah, Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang kafir." (Surah al-Baqarah : 264)
Penawar Riak

Jadi bagaimana mahu mengatasi rasa riak ini? Adakah orang yang riak ini akan berterusan tenggelam dan syok sendiri dengan amalannya yang tidak membuahkan hasil? Sudah tentu sekali tidak. Maka riak dapat ditangani sekiranya mereka beringat bahawa apa yang dicari pada manusia akan punah, dan yang kekal hanyalah Allah. Firman Allah: “Apa yang ada di sisi Allah jua yang kekal." (Surah an-Nahl :96)

Yakinilah bahawa riak hanya akan membawa kepada kehinaan, dan amalan orang yang riak ini langsung tidak akan mendapat ganjaran di akhirat. Tanya diri kita, mahukah kita berpenat lelah mengerjakan segala amal kebajikan di atas dunia ini, lantas di akhirat kita hanya menjadi seorang yang papa kedana? Fikirkan juga betapa riak akan menghapuskan pahala dan menambah dosa. Pada hari kiamat kelak Allah akan berfirman: " Pergilah kepada mereka yang kamu perlihatkan amalan untuknya. Tengoklah adakah pahala pada mereka? " (Riwayat Ahmad)

Apabila terdetik sahaja rasa riak, segeralah ingat kepada Allah dan berlindung daripada godaan syaitan. Hadapkan hati dan wajah kepada Allah dengan mengenangkan segala sifat keampunan dan kasih sayang dari-Nya, dan bayangkan aib diri akan didedahkan kepada seluruh manusia sekiranya kita beribadat hanya mengharap pujian manusia...


Rabu, 1 Januari 2014

Perkukuh rohani, jasmani ummah tempuhi 2014

Sekularisme, hedonisme jejas akidah cabaran utama pertahan kesucian Islam

Salam tahun baharu 2014 kepada semua pembaca. Dengan ujian mencabar sepanjang 2013, saya singkapkan perkara penting berkaitan umat Islam dalam mendepani 2014 yang kita doakan menjadi lebih baik dan sejahtera. 


Sekularisme, secara tegar atau anjal, adalah sepenuhnya berdasarkan kehendak manusia dan meletak
kan akal manusia pada tempat yang lebih tinggi daripada kepercayaan agama”

Oleh itu, kita memerlukan tenaga yang kuat dan strategi yang tepat untuk menjadikan 2014 sebagai tahun sejahtera bagi rohani dan jasmani, jiwa dan raga seluruh warga Malaysia dan umat Islam khususnya.

Sekularisme gugat Islam

Kita hendaklah kuat dan kukuh dalam menjaga agama Islam serta syariah dan syiarnya. Andainya tidak, sekularisme akan mengambil tempat. Sekularisme akan melemahkan ikatan persaudaraan orang Islam daripada berpegang kepada tali Allah dan mengikis kesucian Islam dalam jiwa raga umat Islam. 

Sekularisme memusnahkan imej Islam dalam pemikiran umat Islam sendiri. Sekularisme menjajah minda umat Islam. Sekularisme menggunakan kesamarataan antara agama dan menjadikannya nilai pembaharuan. Ia menjadikan umat Islam lupa neraca dan nilai agamanya sendiri, bahkan lebih berbangga dengan neraca dan metodologi sekularisme. 
Penemuan sains dan hujah logik memenuhi ruang dan alam pemikiran umat Islam. Kesannya peta pemikiran umat Islam bertukar arah. Kompas kepercayaan dan keimanan umat Islam yang menghala ke arah kerohanian diubah dengan meletakkan dan membuka ruang logik yang lebih besar. Sekularisme, secara tegar atau anjal, adalah sepenuhnya berdasarkan kehendak manusia dan meletakkan akal manusia pada tempat yang lebih tinggi daripada kepercayaan agama.

Seterusnya, cabaran dan ancaman sepanjang 2013 ialah liberalisme agama yang terangkum juga pluralisme menyanggah bahawa al-Quran itu adalah wahyu dan secara teologinya menganggap penganut semua agama adalah sama dan setaraf dan seterusnya membawa kepada penolakan kepada hukum syariah. Pluralisme agama dianggap sebagai penyelesaian kepada konflik agama.

Ancaman pluralisme ini merebak di serata dunia Islam dan Malaysiajuga merasai kesannya. Pluralisme agama, iaitu fahaman bahawa semua agama adalah sama dan menolak ketinggian agama Islam berbanding agama lain mengancam akidah umat Islam. Bagi akidah umat Islam, Islam adalah satu-satunya agama yang sempurna dan diredai Allah SWT. Andainya pluralisme agama tidak dihapuskan, kesejahteraan kita tidak dapat disandarkan kepada paksi agama yang tepat dan kukuh.

Sekularisme, liberalisme dan pluralisme agama berkait rapat antara satu sama lain. Apabila agama dipisahkan daripada kehidupan, maka ia membebaskan manusia daripada kepercayaan agama. Ia menganggap semua agama adalah sama. Seterusnya, liberalisme memuliakan kebebasan seksual dan hedonisme, iaitu budaya hiburan melampau.

Di depan mata kita lihat kebebasan seksual dan hedonisme dengan begitu jelas. Kita dapati beberapa kumpulan giat mempromosi, atas tiket memberi faham kepada masyarakat, perkara berkaitan lesbian atau gay contohnya. Gerakan untuk menyemak semula undang-undang berkaitan kemoralan seperti kelucahan melampau dan liwat. Amat menyerlah dan jelas ialah laporan COMANGO kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan ini bukan sesuatu yang tersorok lagi. Kelantangan suara kumpulan ini begitu terserlah tahun ini.

Disogok hiburan Barat

Dalam konteks hedonisme, orang Islam disogok dengan hiburan Barat yang sudah tentu bercanggah dengan nilai agama Islam. Berleluasanya pengambilan arak dan hiburan melampau yang bukan saja melalaikan, tetapi memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal boleh dilihat dipelbagai tempat dan keadaan. Ia bukan rahsia lagi, bahkan perlahan-lahan menjadi cara hidup masyarakat. Penajaan yang tinggi oleh syarikat tertentu bagi tujuan hedonsime juga sudah begitu jelas dan nyata.

Bagi menghadapi 2014, perkara ini perlu diberikan perhatian serius di samping meletakkan tanggungjawab kepada setiap individu untuk menjaga diri sendiri, Raja-raja, barisan pimpinan kerajaan, pemimpin politik (parti pemerintah atau pembangkang), pembuat polisi dan pimpinan masyarakat juga memikul tanggungjawab utama. Saraf dan kekuatan umat Islam, iaitu akidah dan pemikiran, terletak di atas bahu sekalian pemimpin...