Jumaat, 10 Januari 2014

1ARAH, 1TUJUAN, 1MATLAMAT PERJUANGAN (SETIA KAMI)

SETIA KAMI ...

“ KAMI telah percaya dengan ajaranmu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, KAMI telah membenarkan janji-janji KAMI dan KAMI bersaksi bahawa segala ajaran Al-Quran yang kamu bawa adalah benar...

Berdasarkan keyakinan dan penyaksian ini KAMI serahkan janji dan ikatan kesetiaan kami untuk dengar dan mentaati segala perintahmu...

Teruskanlah Ya Rasulullah apa sahaja yang kamu mahu, maka kami bersamamu...

Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan kebenaran nya jika dihadapan KAMI adalah lautan dan engkau mengharunginya KAMI akan mengharunginya bersama kamu dan tidak seorangpun daripada KAMI yang akan meninggalkanmu...

KAMI tidak pernah merasa benci jika kamu ketemukan KAMI dengan musuh esok hari...

Sesungguhnya KAMI orang yang bersabar ketika berperang dan setia kepadamu ketika bertemu musuh...

Mudah-mudahan Allah memperlihatkan kepada kamu apa yang menyukakan kamu pada diri KAMI...

Maka majulah dengan keberkatan mu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim .”.



“ Ya Allah mereka ini berjalan kaki, maka bawalah mereka, miskin maka cukupkanlah mereka dan lapar, berilah makanan kepada mereka..”
Kekurangan ini tidak menghalang KAMI beriman membuat pilihan yang berani dan pilihan seorang yang mulia. Dihadapan KAMI hanya ada dua pilihan sama ada lari meninggalkan perjuangan dan berdiam diri selamanya atau menghadapinya dengan penuh kesabaran, keberanian dan penyerahan bulat kepada Allah S.W.T.

Muhasabah bantu kenal pasti kelemahan diri

Umat Islam wajar menilai amalan untuk kesenangan dunia, akhirat

Muhasabah adalah kata kunci kepada salah satu metod penting pengukuhan pencapaian yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan. Rasulullah SAW mendidik umat Islam menilai dirinya sendiri dan beramal sesuai dengan penilaian itu untuk kesenangan dunia serta akhirat. 


Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang bijak itu adalah yang menghisab (menilai) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah mati. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT.” (Riwayat Imam al-Tirmizi) 

firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Saidina Umar bin al-Khattab berkata: “Hisablah (nilailah) diri kamu sebelum kamu dihisabkan dan hitunglah (amal kebaikan) kamu sebelum kamu dihitungkan (di hari akhirat kelak).” 

Bermuhasabah akan membolehkan seseorang itu peka serta menyedari kelemahan dirinya seterusnya bersedia melakukan penambahbaikan. Kesedaran yang terhasil daripada amalan muhasabah adalah anugerah Allah SWT kerana dari padanya seseorang boleh mengorak langkah mengubah nasib diri. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum kecuali merekalah yang mengubah nasib mereka sendiri.”

Sebaliknya apa yang amat membimbangkan akibat tiada muhasabah diri ialah seseorang tidak menyedari kelemahan dan kesilapannya menyebabkan ia berterusan dilakukan. Sedangkan pada masa sama, peka pula terhadap kelemahan orang sehingga suka mencari dan mendedahkan kelemahan orang lain. 
Sedangkan larangan ini jelas disebut dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Bina karektor individu

Muhasabah juga mampu mengenalkan kekuatan dan potensi sendiri. Kesedaran ini amat berguna untuk memacu kejayaan serta membentuk sikap, membina karakter individu atau pekerja dengan nilai murni seperti bersifat terbuka, positif, yakin diri serta bercita-cita tinggi meningkatkan kejayaan.

Sifat diri untuk menjadi pekerja terbaik melalui usaha muhasabah adalah akhlak mulia lagi terpuji. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berbuat baiklah kamu, sesungguhnya Allah SWT menyukai mereka yang berbuat kebaikan.”

Sebagai langkah untuk meningkatkan kejayaan diri serta organisasi, muhasabah dalam pelbagai cara dan sistem perlu dibudayakan. Langkah strategik muhasabah diri boleh dilakukan dengan memikirkan sasaran kerja harian, mingguan dan bulanan meliputi beberapa soalan asas.

Contohnya, apakah tugasan atau kerja yang telah berjaya dilakukan semalam, sejauh manakah ia telah menepati apa yang dirancang. Jika tidak menepati sasaran, mengapa? Adakah kerja dilakukan dengan cara betul dan benar? Bagaimana untuk mengatasi kelemahan serta meningkatkan kualitinya?

Muhasabah terhadap sasaran kerja harian bukan saja dapat mengenalpasti masalah tetapi secara tidak langsung mewujudkan momentum kerajinan kerja. Apabila status pencapaian kerja sentiasa dikemaskini, kekuatan dan kelemahan dikenal pasti, maka semangat kerja akan dapat dibajai.

Bagi organisasi, muhasabah kerja yang telah dilaksanakan melalui pelbagai mekanisme dan sistem pengurusan seperti perbincangan, mesyuarat, taklimat pagi, audit nilai, pengaduan awam, Hari Bertemu Pelanggan, penyediaan laporan kerja perlu dihayati serta dibudayakan.

Tujuan muhasabah kerja keseluruhannya untuk mengelakkan kerugian pada diri, organisasi dan masyarakat sama ada pada nilai usia, tenaga, masa mahupun wang ringgit yang ditegah selaras firman Allah SWT yang bermaksud: “Jangan kamu meletakkan diri kamu pada kehancuran.”

Usaha sentiasa diredai

Selain matlamat keseluruhan, tindakan bermuhasabah ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT supaya segala usaha titik peluh dan diri diredai oleh-Nya, selain mengelak diri daripada menjadi muflis kerana pekerjaan dibuat tiada kebenarannya. 

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu? Sahabat menjawab: Orang yang muflis di antara kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak memiliki kesenangan. Rasulullah bersabda: Orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa dan zakat, namun ia juga datang dengan membawa (dosa) menuduh, mencela, memakan harta orang lain, memukul orang lain. Maka orang itu diberikan pahala kebaikan yang dimiliki. Hingga habis pahala kebaikannya lalu dia pun dicampakkan ke dalam api neraka.” (Riwayat Imam Muslim)

Besarnya hikmah bermuhasabah ini, marilah kita sentiasa melakukannya supaya kerja hari ini lebih baik dari semalam dan sentiasa mendapat rahmat serta keredaan Allah SWT...

Rai Maulidur Rasul semai rasa cinta kepada Rasulullah

Terdapat dalil umum daripada al-Quran yang dijadikan hujah ulama membenarkan diadakan sambutan Maulidur Rasul antaranya untuk menggalakkan umat Islam menjadi insan berjaya dengan mencontohi Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang yang berjaya.” (Surah al-A’raf, ayat 157)


Meraikan sambutan Maulidur Rasul juga termasuk dalam rangka memuliakan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bahawa Aku adalah berserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanKu) dan kamu muliakan mereka dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalan-Nya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” (Surah al-Ma’idah, ayat 12) 

Sabda Rasulullah SAW: “Belum sempurna iman seseorang daripada kamu, kecuali aku lebih dikasihinya berbanding dengan keluarganya, dan hartanya dan manusia keseluruhannya.” (Riwayat Muslim)

Semai perasaan cinta

Memperingati dan menghayati perjalanan hidup Rasulullah SAW juga boleh menyemaikan perasaan cinta kepada Baginda. Kini ramai orang semakin jauh daripada perasaan cinta kepada Rasulullah SAW. 

Sabda Rasulullah SAW: “Belum sempurna iman seseorang daripada kamu, kecuali aku lebih dikasihinya berbanding dengan keluarganya, dan hartanya dan manusia keseluruhannya.” (Riwayat Muslim)

Saidina Umar al Khattab berkata kepada Nabi Muhammad SAW: “Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri. Baginda SAW berkata: Tidak, wahai Umar. Sampai aku lebih kamu cintai daripada dirimu sendiri. Saidina Umar berkata: “Demi Allah SWT, engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri. Baginda SAW berkata: Sekarang wahai Umar.” (Riwayat Bukhari) 
Tiada salahnya meraikan sesuatu perayaan kerana Rasulullah SAW sendiri pernah menyebut mengenai hari kebesaran. Semasa datang ke Madinah, Nabi Muhammad SAW mendapati orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura iaitu 10 Muharam.

Nabi SAW bertanya: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura? Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan bila mana Firaun dikaramkan dan Musa dibebaskan. Kami puasa kerana bersyukur kepada Tuhan. Maka Rasulullah bersabda: Kami lebih patut menghormati Musa dibanding kamu.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) 

Salafussoleh juga menyambut Maulidur Rasul. Mantan Mufti Mesir, Prof Dr Ali Jum’ah berkata: “Telah menjadi kebolehan (keharusan) dan tradisi di kalangan salafussoleh sejak abad ke-4 dan ke-5 merayakan peringatan maulid Nabi SAW yang agung. Mereka menghidupkan malam maulid dengan pelbagai ketaatan dan ibadah pendekatan kepada Allah seperti memberi makan fakir miskin, membaca al-Quran, berzikir, melantunkan puisi dan puji-pujian mengenai Rasulullah.”

Justeru, tidak perlulah kita mempertikaikan sama ada boleh atau tidak meraikan sambutan Maulidur Rasul sebaliknya bersama melakukan sesuatu yang baik supaya umat Islam sentiasa mencintai Nabi Muhammad SAW. Pastikan pengisian majlis akan mendekatkan hati kita dengan Baginda...

Hasan Malek tak letak jawatan - Nasional - Sinar Harian

www.sinarharian.com.my/.../hasan-malek-berazam-laksana-tugas-dengan- baik-demi-kepentingan-pengguna-1.160612
15 Mei 2013 ... SEREMBAN - Anggota Parlimen Kuala Pilah Datuk Hasan Malek yang hari ini diumumkan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, ...
www.sinarharian.com.my/menteri-elak-makan-ayam-kalau-harga-naik-1. 182507
14 Jul 2013 ... KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai ...
www.sinarharian.com.my/nasional/hasan-malek-tak-letak-jawatan-1.239221
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hasan Malek tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Penafian itu  ...
www.sinarharian.com.my/hasan-jangan-mudah-mengamuk-tarif-elektrik- naik-1.227008
3 Dis 2013 ... SHAH ALAM - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek hari ini, menyifatkan ...
www.sinarharian.com.my/.../mp-kuala-pilah-kurangkan-cakap-cakap-soal- calon-1.110684
8 Dis 2012 ... KUALA PILAH - Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahan kelima-lima kerusi Dewan ...
www.sinarharian.com.my/nasional
KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri ... KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hasan Malek tidak meletakkan jawatan ...
www.sinarharian.com.my/.../kerajaan-serah-sebuah-lagi-kr1m-1.173458
19 Jun 2013 ... Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek memotong reben sebagai gimik perasmian Kedai ...
www.sinarharian.com.my/.../senarai-penuh-mt-umno-2013-2016-1.212926
21 Okt 2013 ... Tan Sri Badruddin Amiruldin (penyandang/menang tanpa ... Datuk Seri Najib Tun Razak (penyandang/menang tanpa ... Datuk Hasan Malek

Mencintai saudara seagama

BERMUSUH, benci-membenci dan berpuak-puak adalah antara penyumbang kepada kecacatan iman. Bila iman cacat, takwa juga akan cacat dan lebih buruknya, keIslaman akan tercalar.

Mencaci dan mencerca, berprasangka buruk dan berniat jahat terhadap sesama Muslim adalah antara faktor permusuhan yang patut dielak supaya iman dan takwa serta keIslaman tidak cacat dan tidak tempang.
Malah apa yang perlu dilakukan oleh setiap daripada kita ialah mengutamakan pembinaan dan pemeliharaan silaturahim, saling menyayangi, hormat-menghormati tanpa prejudis kerana umat Islam adalah bersaudara.

Soal siapa yang lebih alim, lebih lebai, lebih sempurna iman dan takwa serta keIslamannya, ia bergantung kepada sejauh mana apa yang difardu dan disunatkan itu diamalkan, serta dijauhi segala larangan.

Apalah ertinya kesempurnaan berpakaian dan ketaksuban beribadah seseorang individu atau puak itu jika seandainya ada sifat dan sikap bermusuhan, saling membenci, berpuak-puak dan maki-hamun, maka dengan sendirinya iman dan takwa serta keIslaman mereka itu akan tercalar sebenarnya.

Ini dijelaskan menerusi hadis Rasulullah SAW daripada Anas daripada Nabi SAW daripada Husain al-Mualim berkata, telah menceritakan kepada kami Qotabah daripada Anas daripada Nabi SAW, baginda bersabda yang bermaksud: €œTidaklah beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Bahkan, berkasih-sayang dan berbaik-sangka tidak sahaja terbatas kepada saudara mara dan rakan taulan yang dikenali, tetapi bermesra dan meraikan mereka yang tidak dikenali juga adalah merupakan antara faktor yang membawa kepada kemantapan keimanan, ketakwaan dan keIslaman.

Hal ini terbukti melalui hadis baginda SAW daripada Abdullah bin Amru katanya, Ada seseorang yang bertanya kepada Nabi SAW dengan pertanyaan Islam manakah yang paling baik? Jawab baginda SAW: Kamu memberi makan, mengucap salam kepada orang yang kamu kenal dan yang kamu tidak kenal.

Kesempurnaan iman, takwa dan Islam juga akan benar-benar sempurna apabila Rasulullah SAW dicintai sebagaimana sabda baginda yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: Maka demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, tidaklah beriman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada orang tuanya dan anaknya.
€
Sehubungan dengan itu, demi kesempurnaan iman dan takwa serta keIslman, maka marilah kita sentiasa dalam berkasih-sayang dan hormat-menghormati di antara satu sama lain.

Menyemarakan budaya membenci, bermusuhan, memaki-hamun, berpuak-puak, berdemontrasi, merusuh dan mengganggu ketenteraman awam adalah sesuatu yang merugikan. Adalah lebih baik jika dipupuk, dipelihara, seterusnya dibina semangat ukhuwah atau persaudaraan sesama Islam, kerana ia dapat mengelakkan daripada berlaku musibah...

Khamis, 9 Januari 2014

Andrew perlu faham Perkara 11 Perlembagaan - Pakar perundangan

KIRI: LAWRENCE ANDREW, MUSA AWANG, AZRIL MOHD. AMIN
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew digesa mendapatkan pandangan pakar undang-undang berhubung tafsiran sebenar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan beragama di negara ini.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya.
Walau bagaimanapun, jelas beliau, hak untuk mengembangkan agama, selain Islam adalah tertakluk kepada Perkara 11 (4) yang menyatakan undang-undang negeri dan Persekutuan boleh digubal bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan umat Islam.
“Perkara 11 (1) hendaklah dibaca secara bersekali dengan Perkara 11 (4). Mungkin Andrew kurang faham tetapi beliau tidak boleh selama-lamanya dalam keadaan begitu.
“Kalau Andrew masih ingin berkeras, saya cadangkan beliau membuat permohonan ke Mahkamah Persekutuan untuk mentafsirkan Perkara 11 (1) dan Perkara 11 (4)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Musa mengulas keengganan Andrew untuk tunduk terhadap desakan pihak-pihak yang mahukan beliau menarik balik dan memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini supaya gereja Katolik terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan di Selangor.
Andrew memberi alasan bahawa kenyataan itu dibuat berdasarkan kepada Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan, termasuk Fasal 3 yang membenarkan mana-mana kumpulan agama menguruskan agamanya sendiri.
Musa menambah, terdapat kemungkinan Andrew menggunakan alasan itu bagi melindungi perbuatannya mengeluarkan kenyataan yang tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
“Mungkin juga beliau ingin menjadikan bantahan umat Islam terhadap kenyataannya sebagai isu dan untuk menunjukkan kononnya Islam itu radikal, zalim serta kejam," ujarnya.
Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Azril Mohd. Amin memberitahu, akidah umat Islam di negara ini pada hakikatnya diberi perlindungan yang sewajarnya daripada pengaruh iktikad dan kepercayaan agama bukan Islam seperti yang termaktub di bawah Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Bukan Islam) Selangor 1988 juga melarang orang bukan Islam menggunakan sebanyak 26 perkataan yang bersumberkan ajaran Islam termasuk kalimah Allah dalam kegiatan keagamaan mereka.
“Sehubungan itu, tuntutan umat Islam agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Andrew di bawah enakmen tersebut adalah wajar," jelasnya dalam kenyataan menerusi blognya di http://azrilmohdamin.com hari ini.
Dalam pada itu, Pensyarah Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling memberitahu, Andrew seharusnya merujuk kepada Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Menurut beliau, klausa tersebut menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan, namun agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini.
“Maksudnya masih ada kelonggaran kepada penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing selagi tindakan mereka tidak menjejaskan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan," jelasnya.
Mohamad Faisol berpandangan, mana-mana tindakan yang mengganggu-gugat Islam adalah bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan dianggap salah dari segi perundangan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140110/dn_05/Andrew-perlu-faham-Perkara-11-Perlembagaan---Pakar-perundangan#ixzz2pySN6h00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

YAYASAN AYAHANDA SINAR HARIAN

www.sinarharian.com.my/.../yayasan-ayahanda-susun-perjuangan-1.234172
26 Dis 2013 ... KUALA LUMPUR - Sebanyak 58 NGO Melayu di bawah seliaan Yayasan Ayahanda Semalaysia (YAS) berhimpun dalam Seminar Kepimpinan ...
www.sinarharian.com.my/.../yayasan-ayahanda-semalaysia-kembalikan- martabat-1.92179
7 Okt 2012 ... Pelancaran dan perasmian Yayasan Ayahanda SeMalaysia (Yas) oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Dewan Utama ...
www.sinarharian.com.my/.../siasat-gelaran-ayahanda-palsu-1.227156
4 Dis 2013 ... Pengerusi Eksekutif, Yayasan Ayahanda Semalaysia (YAS), Syed Husain Al Shahab, berkata, jawatankuasa berkenaan akan menyiasat, ...
www.sinarharian.com.my/.../409-ayahanda-buat-resolusi-jelas- tanggungjawab-1.233298
23 Dis 2013 ... Pengerusi Eksekutif Yayasan Ayahanda SeMalaysia (YAS), Ayahanda Syed Husain Al Shahab berkata, resolusi tersebut mengandungi 12 ...


  • 409 Ayahanda buat resolusi jelas tanggungjawabSyed Husain (depan, empat, kanan) menerima resolusi daripada wakil-wakil NGO sebelum diserahkan kepada pihak berwajib.
 1 / 1 
KUALA LUMPUR – Seramai 409 Ayahanda daripada 52 NGO telah membuat ketetapan dan resolusi berhubung penggunaan gelaran Ayahanda dan memperjelas matlamat serta tanggungjawab Ayahanda sebagai pemegang amanah kepada wasiat Raja-Raja Melayu.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Ayahanda SeMalaysia (YAS), Ayahanda Syed Husain Al Shahab berkata, resolusi tersebut mengandungi 12 perkara dan memperjelaskan secara menyeluruh mengenai takrifan Ayahanda dan pemberian gelaran yang ditetapkan melalui proses baiah dan kesahihan sanad.

“Kami mahu agensi berwajib memahami dengan jelas peranan utama Ayahanda dan gelaran ini diiktiraf serta digunakan secara rasmi oleh semua 52 NGO di bawah YAS.

“Resolusi ini akan diserahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Jabatan perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ketua Polis Negara, Ketua Pendaftar Pertubuhan (ROS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi-agensi keagamaan di seluruh negeri,” katanya selepas Seminar Kepimpinan Ayahanda SeMalaysia Peringkat Kebangsaan, semalam.
Beliau berkata, antara kandungan resolusi tersebut menyatakan tujuan dan tanggungjawab hakiki Ayahanda sebagai pemegang amanah kepada wasiat Raja-Raja Melayu yang telah dititah dan diwatikahkan pada 1 Syaaban 1377 Hijrah bersamaan 5 Ogos 1957 semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang kini menjadi Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Menurutnya, Ayahanda juga bertanggungjawab mempertahankan peruntukan terhadap Islam sebagai agama persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kekal menjaga kesucian agama Islam dan kekal dengan amalan serta pegangan ahlil sunnah wal jamaah.

“Kami Ayahanda akan menjadi benteng mempertahankan tanah air daripada sebarang cubaan untuk mencemar atau melemahkan kedaulatannya dengan moto Ayahanda Patriot Kedaulatan.

“Kami juga akan menerbitkan buku-buku panduan untuk pemahaman asas baiah dan asas perjuangan, penyeragaman kaedah pelantikan dan tatacara urus tadbir dan penyelarasan matlamat serta segala dasar pelaksanaan,” katanya.

Menurutnya, YAS juga menggesa KDN, PDRM, Jakim dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri serta semua agensi keselamatan di peringkat persekutuan dan negeri supaya memantau dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang menggunakan gelaran Ayahanda secara palsu atau tidak mengikut sanad atau baiah yang ditetapkan Majlis Perundingan Ketua-Ketua NGO Bertaraf Ayahanda, YAS dan Jawatankuasa Sanad YAS.