Jumaat, 28 Mac 2014

DOA BUAT MH370











BismillahHirahmanNirahim ...
Ya Allah Ya TuhanKu sesungguh nya doa ku doa hamba hamba mu pasti  menjadi kenyataan (YAKNI memohon lah kamu sekelian, hai hamba-hamba Ku, nescaya aku kabulkan permohonan mu). Ya Allah Ya TuhanKu, inilah permohonan kami dan engkau yang mengkabulkan. Inilah kesungguhan kami dan Engkaulah tumpuan dan harapan kami. Tiada daya dan upaya Ku Ya Allah kecuali dengan pertolongan mu Ya Allah.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih.
Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, puji-pujian yang melengkapi segala nikmatNya dan membalas akan kelebihanNya. Ya Tuhan kami bagiMu segala puji yang layak dengan kebesaran zatMu dan keagungan kekuasaanMu.


Maha Suci Engkau Ya Allah, tiada dapat kami menyempurnakan pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau sendiri telah memuji akan diriMu, maka bagiMu lah segala puji itu ketika Engkau redha dan bagiMu lah segala puji itu yang kekal selama-lamanya.
Ya Allah, limpahilah rahmat ke atas Nabi Muhammad hambaMu dan utusanMu yang 'ummiy' dan ke atas ahli keluarga Muhammad, isteri-isterinya serta zuriat keturunannya, sebagaimana Engkau rahmatkan ke atas Nabi Ibrahim dan ke atas keluarga Nabi Ibrahim dan berkatilah ke atas Nabi Muhammad, hambaMu dan utusanMu yang 'ummiy' dan ke atas ahli keluarga Muhammad, isteri-isterinya serta zuriat keturunannya sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya diseluruh alam. Sesungguhnya Engkau Terpuji lagi Mulia.
Tiada Tuhan yang wajib disembah dengan sebenarnya melainkan Allah yang Maha Penyantun lagi Maha Pemurah, Maha Suci Allah Tuhan Pemelihara 'arasy yang agung, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Ya Allah Ya TuhanKu, kami mohon kepadaMu akan segala sebab yang boleh mendorong mendapatkan rahmatMu dan segala keampunanMu, terselamat daripada segala dosa, beruntung mendapat segala kebaikan (pahala), berjaya mendapat syurga dan tersisih daripada neraka. Ya Allah, tiada tertinggal kepada kami walau satu dosa pun melainkan Engkau mengampuninya, tiada tertimpa walau satu kesusahan pun melainkan Engkau melepaskannya, tiada dihinggapi oleh sesuatu hutang melainkan Engkau menjelaskannya, tiada timbul sesuatu hajat mengenai dunia dan akhirat melainkan Engkau tunaikan hajat itu, mohon limpah rahmatMu jua ya Allah Tuhan sebaik-baik yang memberi rahmat.

Ya Allah Ya TuhanKu, bahawa sesungguhnya kami memohon dan berharap kepadaMu Ya Allah dan nabiMu Muhammad, nabi pembawa rahmat, wahai junjungan kami, wahai Muhammad, segala rahmat dan sejahtera atasmu kami berharap denganmu kepada Tuhan kami semoga berhasil hajat kami, hindar kan lah bala kepada penumpang dan anak anak kapal terbang kami MAS MH370 yang telah hilang tanpa kabar berita, jika dilangit kembalikan lah, jika dilaut timbulkan lah dan jika didarat ujudkan lah ia Ya Allah,

Ya Allah Ya TuhanKu, syafaatkanlah nabiMu Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dalam perkara yang tersebut. Ampunkanlah dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan kami. Engkaulah Tuhan segala kebaikan, Tuhan yang Maha Gagah, Tuhan yang Maha Mengetahui, Maha perkasa lagi Maha Kurnia, Penyabar lagi Maha Bijaksana.
Dan Engkau (Allah) cucurilah dengan sepenuh rahmat ke atas junjungan kami nabi Muhammad dan ke atas ahli-ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat baginda. Segala pujian untuk Allah,
Pencipta dan Pentadbir sekalian alam ...

Tiada ulasan: