Ahad, 27 Julai 2014

SELAMAT HARI RAYA






Assalamualaikum wrt,
Salam sejahtera dan 
SELAMAT HARI RAYA, AIDIL FITRI MAAF 
jua ZAHIR dan BATIN kepada semua Warga MAYA, 
Alhamdulilah, setelah kita diuji pada bulan Ramadhan yang baru berlalu maka kini kita akan menempuh hari kemenangan kita, maka bergembira lah bersama sama keluarga sahabat handai, rakan rakan dan taulan, bermaaf maafan, kunjung berkunjung demi merapatkan silaturrahim sesama kita dihari yang mulia ini, dan dikesempatan ini jugalah kita diwajibkan bermaaf maafan membuka lebaran baru, InSyaAllah dengan berkat kesungguhan dan usaha segalanya akan terbentuk dengan baik dan terlaksana dengan jayanya, InSyaAllah...

Lebaran baru bererti perbentuk lah kehidupan kita agar kemajuan diri serta pembangunan didalam kehidupan ini akan lebih bermakna dengan bersandarkan kepada Al-Quran, hadith serta sunnah nya, berhijrah lah dari kegelapan mencari sinar perjalanan nya yang sebenar tanpa ragu ragu menghayati kehidupan ini dengan tugas dan amanah yang telah dipertanggongjawapkan kepada kita sebagai hamba hamba yang taat akan perintah nya,

Manusia sempurna kepada sifat nya, dan ada juga yang kurang bernasib baik kerna kekurangan sifat, kecacatan lahiriah dan jua kecacatan yang telah berlaku ditimpa musibah dunia, apa apa pun semua nya sudah kehendak azali takdir yang menentukan nya, qadak dan qadar nya, akan tetapi sempunakah kah aqal jua fikiran kita ..? soalan itu bertanyalah kepada diri kita sendiri untuk dinilai dengan penuh keinsafan, semoga perjalanan kehidupan kita akan dilalui dengan tenang, aman dan sejahtera, InSyaAllah ...

Kata Al-Ghazali :
Yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL, SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN ...

“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...
Ikhlas daripada :-
ANDAKRASULL & KELUARGA IlI
DAN JUGA MAJLIS AYAHANDA NEGERI SEMBILAN(MANS)
PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL-EHSAN ISLAMIAH NEGERI SEMBILAN,
PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL-EHSAN ISLAMIAH MALAYSIA ...
"AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR"
1ARAH...
1TUJUAN...
1MATLAMAT PERJUANGAN... DEMI AGAMA...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~BANGSA...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~TANAHAIR...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~GENERASI...

Tiada ulasan: